Selasa, 30 Jun 2009

BaHAna DuRIan



sebenarnya aku tak berapa suka nak makan durian ni, tak minat...... walaupun mak aku mempunyai dusun durian, hanya 2 org adik aku sahaja yang minat durian ni, hari semalam merupakan hari cuti untuk johor, so aku mengambil peluang untuk pergi ke dusun tersebut, sebab memang tengah musim durian sekarang ni, sayang pula kalau dibiarkan begitu sahaja, aku bawa kesayangan aku, dia kan hantu durian, ada lah beberapa biji durian dalam 8 biji, sampai jer rumah dia ajak aku makan, aku suruh dia sahaja yang makan, tapi ajak juga.... insan tersayang, then hari ni, aku demam, tak tahan rasa panas badan ni, tapi untuk org yang tersayang, tak ada masalah.....

BaRU

tadi aku delete pic2 yang aku dah tak guna lagi, then ternampak pic yang pada mula nya aku nak letak kan kat blog aku ni sebagai aktiviti aku, hari khamis hari tu aku ada beli kasut dan cap, huhuhu...... ada2 jer aku ni kan.......
ni lah rupanya kasut yang aku beli.....ok tak? huhuhu


ni pula cap

Isnin, 29 Jun 2009

Aku Di PUtraJaya






banyak pula post, sebab 2 hari aku tak dapat nak online, so kumpul2 jer lah... huhuhuh..... selepas dari subang jaya aku terus pergi rumah sahabat aku, aku dah janji dengan dia nak sampai office dia pukul 9.00pm, aku ajak dia pergi berenang, then berenang lah selama satu jam, then kami terus pergi ke Alamanda, huhuhu..... karaoke, tak der kerja, aku nak ajak sham, tapi sham ada hal nak ambil kimmy kat shah alam, so kami berdua sahaja,






sebelum karaoke aku ngan sayang aku pi berjalan2 di alamanda, dan beli lah beberapa barang, aku beli perfume, dah habis, then masa menuju ke tempat karaoke tu dia nak naik escolator (betul ker aku eja) tersalah plak nak naik, aku mula2 macam blurr2 macam tu, tah kenapa boleh lembap plak otak ni tiba2, huhuhu



aku dah janji dengan sham untuk pi clubbing, then pi ambil dia kemudian terus ke kuala lumpur tuk pergi clubbing, yang best nyer tu, bila dah balik tu, memasing membuta, hukhukhuk..... bawalah aku kereta itu dalam pukul 4.00am, si kimmy plak tak banyak cakap, but thanks for u all sebab enjoy sesama ngan aku, dah lama tak enjoy.................



SubANg








aktiviti seterusnya aku di selangor, petang itu juga mak kesayangan aku mengajak aku pergi ke subang untuk melihat orkid2 yang ada di sana mana lah tau kalau ada yang berkenan di hati, untuk tidak mengecilkan hatinya aku pun membeawa beliau ke tempat tersebut, walaupun badan terasa sangat letih,







tak tahan dengan cuaca sekarang yang begitu panas,, memang panas kat subang ni, rasa nak buka baju jer, sebab dah berpeluh2, sebenarnya aku dah lama nak pergi ke sini sebab ada satu pokok yang aku cari, sebab bila tanya member2 aku , dia org cakap kat sini ada jual pokok tu, huhuhu, sajer jer nak cari dan tanam.......then aku beli lah satu.... hehehehehe.........sebab tertarik ngan hantu nya, tapi sayang dah kahwin plak..... hehehehe.... kalau tak pun bukan dia pandang aku pun, dah kawin ker dia?.... tah, dah kot.... dah lama tak mengikuti perkembangan artis2 ni.....



BerGErAK




hari jumaat, aku masuk office sekejap untuk aku settle kan keja yang belum selesai, aku ada program, aku nak pi kuala lumpur, tujuan utama nak jumpa tersayang, then tujuan kedua utama adalah aku nak ambil semula motor aku, adik aku dapat futher study, so motor aku yang dia pinjam tu dah nak kena bawa balik ke johor semula,



aku tiba kuala lumpur lebih kurang 1.30pm, huh, lambat sebab highway tengah repaire, so jam, malas betul aku nak lalui jam2 ni, buang masa jer.... then aku turun kat serdang jer sebab lebih dekat dengan umah adik aku, member kesayangan aku yang jemput, dia kluar office jap, then jemput aku kemudian hantar aku ke rumah adik aku dan dia masuk kerja semula di putrajaya, sebenarnya aku bermalam kat rumah dia, disebabkan dia kena kerja sabtu dan ahad tu aku kena ambil motor aku dulu, memudahkan aku berjalan sebab nanti tak der kenderaan plak,







Jumaat, 26 Jun 2009

BirthDay



happy birthday for my friend, very miss him, sorry can't celebrate it with u, wish u have better job, seorg yang baik sangat, sanggup mendengar masalah aku sehingga lewat malam melayan aku bila aku meluahkan rasa yang terpendam dalam hati aku, aku berasa beruntung sangat mempunyai kawan seperti dia, sham aka fitri, hehehehe...... tah bila dapat g clubbing ngan dia ni, aku pun dah lama sangat tak pi clubbing ni, gian ler plak, huhuhu........ aku doa kan kau berjaya dalam hidup kau, amin........

Khamis, 25 Jun 2009

seRVice








hari ini aku meluangkan masa aku untuk servis kereta aku, setelah memasang satu komputer under projek RMKJ, aku pergi dalam bebarapa jam, waktu rehat tengahari, kluar sorg2, so bosan gak lah duduk kat kedai makan sementara tunggu aku punya kereta siap diservis,







tapi yang bestnya, aku ingat kan aku betul2 dah siap kan kerja aku kat office, rupanya hanya siap pasang dan on kan sahaja, barang lain aku tak kemas kan, macam kotak2 komputer baru, dan komputer lama lupa aku nak simpan kat tempat aku, huhuhu..........
tengoklah keadaan tempat aku dipenuhi dengan komputer2 terpakai, ermmm..... ada dua biji yang standby nak pasang utk staff baru dan mahu dihantar ker pejabat lain, yang lain tu ermmm..... tak tau, buat standby kot, minggu depan aku hantar lah satu untuk pejabat yang lagi satu, kat labis, dah penuh sangat, semak aku tengok....... kalau boleh nak lapang jer tembap aku ni.............
meja yang aku bisinkan dia org letak kerepek, pisang dan lain2 tu jangan cakap, dah berapa biji komputer nya, ermmm..... tak tau lah nak sumbat mana komputer terpakai ni.......

Rabu, 24 Jun 2009

HaNYa

ni lah satu2 nya gambar gedik aku ngan stacy...... thanks for mohamad azlan sebab sudi ambil gambar aku ngan budak comel tu, masa tu ada party apa pun aku lupa, kat umah auntie x, tah bila lah aku dapat campur dengan dia org lagi.... ermmm........

KeNaNGan


teringat pula aku dengan budak2 stacy fans ni, tu pun bila aku buka blog member aku yang sorg tu, macam2 kenangan, hehehehe........ auntie x dan uncle yang begitu baik hati, sampai malu aku dengan mereka, karoke samapi tengah malam kat rumah dia, sangat baik family dia ni,
cik temah kita yang kaki melatah, kelakar....lepas tu disambut pula oleh lan, lan yang sporting walau pun nampak garang, en coz.... casper... mak tiri dia org huahuahua...... sun yang manjer2.... liana kalau tak silap aku nama dia, sorry yer.... dah lama tak jumpa banyak nama yang dah lupa.... maklumlah dah tua ni,






yang ni plak dari depan, syafiq, sun, liana, dan aku, perangai bebudak, sampai aku pun dah macam budak2, walhal dah tua bangka....... liana ngan sun antara yang rajin ikut stacy buat show, hingga kan ke jay be,
then aku teringat plak masa pergi ker pulau pinang, lagi banyak kenangan, tak faham, but nice....... then naik pula kat cameron, sampai nangis2 si sun, huhuhu...... teringat pula masa aku bawa kereta dia,
well, thanks for u all, so much memory in my mind with u all, firstly thanks for auntie and uncle, what kind person that i ever meet,
and all stacy fans........
rindu kat kau org...... tapi tak ada masa untuk luangkan masa ngan kau org, dah jauh dan bekerja, aku baik ngan dia org ni pun sebab lan dan casper yang bawa, then bila dah kenal dia org ni happy jer......
RINDU SANGAT KAT KAU ORG
SEMUA.......

MeNGeLat

huhuhu...... amik gambar curi, bukan main khusuk nyer akak ni main game, macam tak der kerja jer dia ni, kekadang membebel banyak kerja, tengok kertas2 dia yang tersusun kat sebelah tu, tak faham......
lagi satu, aku punya bos ni, aku minta buat pengesahan pun lambat nak buat, geramnya...... dia cakap sibuk, ye lah aku percaya dia sibuk, tapi aku nak cepat benda tu........ tapi yang atas tu bukan bos aku tau........

WaRUng

aku pergi makan dengan shikin tadi, kat ada satu warung yang letaknya di pinggir2 bandar segamat ni, then si shikin ni bising sebab kereta kuning tu, tak kisah lah kalau dia nak parking kereta kat situ, but tolong pandang sekeliling dan hormati org lain, tolong mati kan kereta, nak menunjuk ker..... ermmmm.............. yang aku tak tahan tu, first kereta tu lah, memekak dan berasap, second kawan aku ni, bising mulut dia tu..........


Jug


aku tak tau nak kata apa lagi, just lihat jer...... ari tu pisang, kerepek, lah tah apa lagi tah yang dia org letakkan, kalau aku ada tempat yang betul2 aku boleh simpan barang2 komputer tu tak apa, sebab pejabat ni, dia punya fail pun dah banyak sangat, bilik fail pun dah melebihi saiz bilik master yang ada kat rumah2 tu, jug ni pun sejak hari isnin hari tu dah diletakan di atas meja tersebut, siap bawa kuih pula tu, nak cakap pun semua pun dah tua, dah berbulu, berjanggut, hehehehe............... layan kan ajer org2 tua ni, tak leh nak cakap lebih, sensetip katanya............

RinDU



huh.... saat2 macam ni terasa rindu pula kat kawan2 aku.... sham, fitri, lan..... tapi aku ngan lan dah tak baik sangat pun, ada lah sebab2 tertentu, tadi ada buka blog dia, ermm.... siap berparang, huhuhu..... aku dah lama tak contact dia mahupun abg dia tu, pelik, i hope not me....

ya allah terasa rindu sangat kat member2 aku tu, sekarang dah kat johor, nak kluar minum sama pun bukan lah boleh pun, jauh....


rasa macam nak demam pun ada gak hari ni, macam tak sihat jer, dah 10 org tegur kenapa mata aku merah dan sembab, aku cakap tak ada apa2,

huhuhu..... bila tgok pic aku tu semula terasa macam serabai jer aku hari ni, macam org mati vini, huahuahua..... walhal cuma rindu jer kat some one jer, teruk nyer aku ni, hari jumaat ni dah turun key el jumpa dia, macam tak sabar jer tiba hari tersebut, huhuhu..... then 4 june aku turun lagi, nak hantar mak aku ngan adik aku, juma dia lagi,

kenapa lah jauh sangat aku dengan dia ni, dugaan ker, hehehehe...... cuma tgok pic2 dia kat dalam handphone aku jer..... aarrggggghhhhhhh....... tak tertanggung rindu aku kat dia,

alahai..... aku ingat naik key el ni nak lepak ngan sham, tapi dia balik kampung pula, ada2 jer.... "tak suka...tak suka...."(cara cakap tu macam iklan cat tu yer.....)

kena pasang dua biji komputer lagi, huh.... satu kompt buruk dan satu lagi kompt baru, malas nyer nak buat kerja hari ni......

RaBu HeNIng



hermmm.... terasa sangat bosan hari ni, aku pun tak tahu knp, rasa badan ni macam letih sangat, kerja office jer, tapi badan letih, macam2 lah aku ni, kerja macam biasa tapi kepala aku ke lain, hati aku bukan kat office tapi di tempat lain.... kat mana eyk.... putrajaya, betul2 rindu.... sebab tu kot aku tak bersemangat ni, macam2 benda nak buat ni, tapi tak ada mood sahaja, hermmm......

Selasa, 23 Jun 2009

BusY

lihat lah keadan tempat aku....huhuhu, macam-macam masalah yang dia org buat sampai aku pening kepala nak settle kan, tapi nasib baik boleh di settle kan, ermmmm..... ada satu komputer tu aku nak buat sendiri, aku call ler vendor nak ty, tapi dia cakap kena antar kat tempat dia, apa salah nye ajar sikit kat aku, huhuhuhu..... setakat nak bagi duit kopi tak der hal lah.......

seNSorG

sedih sesorg kat rumah ni, mana tak nyer...... mak aku pergi key el, rumah adik aku, ada urusan sikit ngan adik aku tu, huh...... boring gila duduk sorg2 kat rumah ni, melayan jer lah kucing aku yang 3 ekor tu untuk hilang kan bosan dan sunyi, mana aku nak makan, heheheh..... macam tak leh nak masak plak.... malas lah nak masak..... bukan tak pandai tapi malas jer......
so jadi nya makan kat luar lah, hermmmm.................

Isnin, 22 Jun 2009

perlu Atau TiDAk


dulu mak aku bising aku simpan janggut ni, tapi sekarang dia kata simpan jer, baru2 ni aku buang janggut aku sebab dah serabai sangat dah rupa nya,
masa aku buang tu ramai yang tak bersetuju dan ramai yang bersetuju, ermmm...... bagi aku pula aku selesa ada janggut tu sebab bila tak der nampak ayu...... huahuahua......
aku buang pun sebab sementara jer, nak bagi tumbuh yang baru,

















macam ni lah keadaan muka aku bila tak simpan janggut tu, aku sendiri tak suka tgok, macam ada tak kena jer, ermm...... sebenarnya bergantung pada diri aku sendiri, nak atau pun tidak, hehehehe.... aku simpan sebenarnya.....

AyAH

aku sebak betul petang2 ni, aku baca blog member aku tentang father day ni, huh....... then teringat plak kat arwah ayah aku, rindu sangat kat dia, macam nak nangis sekarang ni,
aku teringat apa yang dia telah lakukan untuk aku selama ni, sejak dari sekolah sampai lah tahun 2008, macam2...... walau pun dia tegas, dan aku selalu kena belasah dengan dia, tapi aku tau dia sayang aku, mak selalu cakap yang abah sayang kat aku, tapi aku tak pernah ambil tau, aku ni seorg yang tak banyak cakap, mak aku sering suruh aku berbual dengan dia, sebab ayah aku berharap agar dia dapat berborak2 dengan aku, tapi jarang sekali dia dapat berborak dengan aku,
pernah menangis kerana aku, huh.... ada sekali tu aku tengking dia, aku rasa bengang jer masa tu, sebab dia bergaduh2 ngan adik aku, aku tak tahan, kepala aku semak, then dia menangis duduk kat dalam bilik, aku sangat menyesal, sebab buat dia menangis,
dulu lepas politeknik, dia yang susah2 dapatkan aku kerja, kat st-microelectronik, tg agas muar, kalau aku ot..... sanggup ambil aku kat bukit gambir, tak kisah lah dia penat ker tak, tak pernah pun nak bising2, teringat aku masa banjir besar 2007, aku tak dapat balik ke kg sebab jalan terputus, aku call suruh ambil aku, sanggup jer, tanpa membantah, hinnga nyaris kereta aku yang dia bawa hanyut dibawa arus,
sanggup ambil aku kat terengganu, sebab aku sakit masa tu, malam2 buta dari johor, ambil masa 8 jam untuk sampai ke terengganu,
pernah dia bising kat aku tentang love bite kat leher ngan badan aku, play boy (dulu), buat tak tau jer..... buat selamba aku jer,
banyak kenakalan yang aku lakukan masa dia ada, sikit pun tak ada rasa bersalah aku kat dia, sampai dia cakap ngan adik2 aku yang dia risau kan aku, malu tak? aku yang sulung pula, tapi aku buat tak tau jer......
actualy aku sayang sangat kat dia, aku rindu sangat kat dia, serius, rindu sangat....... tak sempat aku nak minta maaf kat dia, tak sempat aku nak balas jasa2 dia kat aku, tak pernah aku jumpa org yang sebaik ayah aku, awal sangat dia pergi,




TeRsiRAt

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today
I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you but I know you won't be there
I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you
Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide 'cause it's you I miss
You know it's so hard to say goodbye when it comes to this
Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back
I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself
If I had just one more day, I would tell you how much that
I've missed you since you've been away
Oh, it's dangerous
It's so out of line to try to turn back time
I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myselfBy hurting you

Ahad, 21 Jun 2009

SaYAng




father aku, dah 8 bulan dia pergi, tinggal kan dunia ni, rindu betul aku kat dia, aku banyak buat salah kat dia, sebab aku anak yang paling nakal, sampai pening dia aku buat, tegas, garang, banyak kali kena kayu ngan dia, huhuhu........






my mum, aku sayang dia ni, skang aku duduk ngan dia kat kg, tak suka duk kg tapi kerana dia relakan jua, demi kerana bunda tercinta, apa jua pun sanggup, lagi pun dia dah bersusah payah untuk aku dari dulu lagi, cuma ngan father aku jer tak sempat nak balas budi dia, terlalu awal, but itu ketentuan NYA.









kemudian adik aku yang second, aku yang first, yang pakai baju purple tu, tu dulu pun degil, dah kahwin, anak dah sorg, aku jer yang tak kawin lagi, tak der yang nak aku ni, huhuhuhu, dia ni mulut lebih sikit, menyakitkan hati, dulu masa kecik2 selalu gaduh ngan dia, tangan aku selalu jer ke muka dia, huhuhuhu...... aku ada panas baran sikit, lepas tu dia slalu buat aku marah........








yang ni plak num 3, senyap..... tak banyak cakap..... paling baik antara kami berlima, selalu dengar cakap mak ngan abah...... nak bergaduh pun tak ngan dia ni........
yang pakai baju hijau tu num 5, nakal...degil.....manja sangat..... huhuhu.... kutuk adik sendri plak..... hehehehehe










yang ni plak num 4, perangai lebih kurang aku jer, aku sekepala ngan dia, kekadang pi bandar malam2 tak pakai helmet pun jadi, bila duk kat umah ni sensorg tak best, ada dia ni best gak, ada jer yang nak dibuat.......








lastly anak buah aku, yang sorg ni...... manja gila..... manja ngan arwah.... masa kebumikan pun dia nak ikut, so bawa..... tgok skali abah di letakkan dalam liang, kalau pi kubur dia yang nangis dulu, dia cakap rindu kat atuk, aku tahan jer air mata, aku sayang semua nya..... tak der lain just ni jer lah harta yang aku ada, kekadang tak sanggup aku nak tinggalkan depa semua........






BaRaNG

barang-barang yang sungguh bermakna bagi aku, ada banyak lagi yang bermakna tapi yang ni lebih bermakna,



barang-barang yang menjadi keperluan bagi aku..... x der modal ker aku ni, huhuhuhu...... sajer nak konsi, benda yang paling penting bagi aku, rasa macam tak lengkap bila barang2 ni tak ada,

KeMaLaNGan


baru-baru ni ada berlaku kemalangan di jalan aku pergi balik ke tempat kerja, huh.... teruk juga, aku tak berhenti sebab aku pun tergesa-gesa nak balik sebab nak pi Johor Bahru, mak aku dah tunggu kat umah, ramai yang dah tengok tak perlu bantu lagi, nanti buat menyemak jer, mula-mula tu aku ingat apa lah yang berlaku sebab jalan tu lurus jer, bila dah dekat baru nampak dengan jelas,

Sabtu, 20 Jun 2009

kursus





hari rabu dan khamis aku ada kursus di nusajaya, johor bahru, aku bertolak dari segamat hari selasa, setelah balik dari kerja, ambil bunda tercinta dan kemas barang terus aku bertolak ke johor bahru, perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam, ok lah tu, tapi mata mengantuk sebab balik kerja terus bertolak,







aku menginap di rumah makcik aku (mak su), aku baik dengan makcik aku yang ni, manja kan aku dari kecil, sampai besar pun dah manja, tak leh nak buang tebiat tu, esok nya pagi2 dah bangun sebab aku tak pernah pergi ke nusajaya pun sebelum ni, memang jauh, first day lah rasa jauh, second day dah ok dah,











actualy nusajaya tu belum pun siap sepenuhnya, aku sampai kat bangunan tempat aku kursus tu terasa macam salah tempat, sebab bangunan tu still dalam pembinaan, so aku keluar semula dan pergi guard tanya kan tempat tu, memang tempat yang aku pergi....... tapi still cakap dalam hati,




"betul ker ni bangunan nya",





tapi nusajaya ni memang cantik, bangunan nya memang cantik, aku tak dapat nak ambil semua semua, nanti aku pergi lagi sekali aku ambil gambar..... sebab aku tergesa2 nak balik, ingat hari jumaat aku nak kerja, skali sampai rumah makcik aku, ingat nak tidur sekejap, tapi sampai ke tengah malam..... huhuhuhu..... jadi ambil keputusan tak kerja hari jumaat,




antara gambar2 yang aku sempat ambil













Selasa, 16 Jun 2009

MeEtiNG



huhuhu....... meeting, aku terlupa hari ini ada meeting bersama, nasib baik pegawai aku ingat kan, then first aku kena prepair macam2 termasuk slide dan setting kan layar untuk projector dan semua lah, sajer jer ambil gambar barang2 aku kat atas meja..... hilang kan boring, bilik meeting pun aku ambil gambar.........

then aku prepair lah macam2 sambil tunggu dia org masuk meeting, punya lah lembap, tak tahu apa yang dibuat nya, duk bersembang kat luar kot, masalah nyer start 9.00am, tapi dah 15 minute berlalu aku still sorg2 kat dalam bilik meeting ni, huh..... macam mana Malaysia nak maju aku org2 nyer still di takuk lama, huhuhu........ macam2 plak aku ni, boring sey...........
beberapa org yang terlibat dalam meeting tersebut, bukan nak tunjuk dia org tapi nak sembang sikit, meeting belum mula dah start makan, huhuhuhu...... yang kat belakang tu tengah mengambil makanan lah, so aku pun makan ler sekali, kuih jer, ada nasi ayam, nanti lah masuk balik makan huhuhu, sebab ada 2 meeting hari ni, meeting yang pertama yang aku sertai dah habis, just 20 minute jer, kelakar...... huhuhuhu..........

Isnin, 15 Jun 2009

PiSAng


kan aku dah cakap ari tu, pisang tu busuk jer kat aku punya meja, tak tau lah aku ngan bebudak office ni, malas nak cakap lantak kat dia org, huhuhuhu....... jangan nanti jadi rubbish desk sudah, huhuhuu..........

sAtURday


hari sabtu sebelum pi kubur tu aku bawa mak aku dan member aku tu pergi ker tangkak, macam yang aku cakap mak aku nak membeli belah, sebenarnya nak beli barang untuk adik aku, last2 dia plak yang berbelanja beli kain, org ppuan, aku pun join gak beli kain untuk buat baju batik, terpikat sebab cantik dan kain nya lembut, makan tengahari sekali kat tangkak....... gelap sikit pic tu, camera murah.... huhuhuhu

ERmmM....


aku pergi kedai 1.90 kat labis, apa yang aku tak puas hati adalah tentang fenomena yang berlaku kat dalam gambar tu, tau tak apa tu, lagi satu benda tu dijual di kedai bukan muslim, di dalam islam kita sebagai muslim salah membeli ayat2 quran di kedai2 bukan muslim, sila ambil perhatian yer........





ini lah gambar kat atas yang telah didekat kan, hanya diletakkan di dalam bakul di atas lantai sahaja, sungguh tak patut......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...