aku sebak betul petang2 ni, aku baca blog member aku tentang father day ni, huh....... then teringat plak kat arwah ayah aku, rindu sangat kat dia, macam nak nangis sekarang ni,
aku teringat apa yang dia telah lakukan untuk aku selama ni, sejak dari sekolah sampai lah tahun 2008, macam2...... walau pun dia tegas, dan aku selalu kena belasah dengan dia, tapi aku tau dia sayang aku, mak selalu cakap yang abah sayang kat aku, tapi aku tak pernah ambil tau, aku ni seorg yang tak banyak cakap, mak aku sering suruh aku berbual dengan dia, sebab ayah aku berharap agar dia dapat berborak2 dengan aku, tapi jarang sekali dia dapat berborak dengan aku,
pernah menangis kerana aku, huh.... ada sekali tu aku tengking dia, aku rasa bengang jer masa tu, sebab dia bergaduh2 ngan adik aku, aku tak tahan, kepala aku semak, then dia menangis duduk kat dalam bilik, aku sangat menyesal, sebab buat dia menangis,
dulu lepas politeknik, dia yang susah2 dapatkan aku kerja, kat st-microelectronik, tg agas muar, kalau aku ot..... sanggup ambil aku kat bukit gambir, tak kisah lah dia penat ker tak, tak pernah pun nak bising2, teringat aku masa banjir besar 2007, aku tak dapat balik ke kg sebab jalan terputus, aku call suruh ambil aku, sanggup jer, tanpa membantah, hinnga nyaris kereta aku yang dia bawa hanyut dibawa arus,
sanggup ambil aku kat terengganu, sebab aku sakit masa tu, malam2 buta dari johor, ambil masa 8 jam untuk sampai ke terengganu,
pernah dia bising kat aku tentang love bite kat leher ngan badan aku, play boy (dulu), buat tak tau jer..... buat selamba aku jer,
banyak kenakalan yang aku lakukan masa dia ada, sikit pun tak ada rasa bersalah aku kat dia, sampai dia cakap ngan adik2 aku yang dia risau kan aku, malu tak? aku yang sulung pula, tapi aku buat tak tau jer......
actualy aku sayang sangat kat dia, aku rindu sangat kat dia, serius, rindu sangat....... tak sempat aku nak minta maaf kat dia, tak sempat aku nak balas jasa2 dia kat aku, tak pernah aku jumpa org yang sebaik ayah aku, awal sangat dia pergi,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan