Jumaat, 31 Julai 2009

BisMiLLaHirRahMaNirRahiM


di sini aku nak berkongsi ilmu, apa fadhilat yang kita dapat dengan membaca bismillah:-



  • Allah akan memerintahkan malaikat mencatat amal manusia yang membaca nya sebanyak 400 kebaikan.

  • membacanya sebanyak 21 kali ketika hendak tidur akan aman dari syaitan, kecurian, maut mendadak dan bala.

  • membacanya ketika mahu jimak akan melahirkan anak yangh cerdas, terbuka hatinya serta menjadi anak yang soleh, dan kebajukannya pula sejumlah tarikan nafas anaknya itu,

  • membacanya sebanyak 41 kali pada telinga orang yang pengsan boleh menyedarkannya kembali.

  • membaca sebanyak 313 kali beserta selawat sebanyak100 kali pada hari ahad saat matahari terbit dengan menghadap kiblat, insyaallah diberikan rezeki yang tidak diduga.

  • membaca 386 kali dan ditiupkan pada air, lalu diberikan kepada org yang bebal selama tujuh hari, insyaallah lenyaplah kebebalannya.....

  • membaca 50 kali pada org yang zalim, akan tunduklah dan takutlah org yang zalim itu.

begitulah fadhilatnya, yang penting, kita sebagai manusia hendaklah menurut perintahnya dan jangan sesekali kita melakukan amalan dengan niat balasan, dan beramal lah dengan seikhlas mungkin, sesungguhnya Dia lebih mengetahui..........

FloRia


to all my friend, please welcome to Putrajaya, kerana terdapatnya satu pesta flora yang diadakan setiap tahun, dan ia kembali pada tahun ini pada 1 hingga 8 ogos, saksikan lah pemeran bunga yang berjenis-jenis, hahahaha.......promote plak, mesti lah rakyat malaysia yang sayangkan negaranya, huhuhuhu....... tapi cuma yang berminat pada bunga-bunga jer.....mat bunga? ermmmm minat ker.......bekan mat bunga tu pencinta wanita.....minat ke bunga ni, cuma mengayat awekz sahaja rasanya........tapi kalau nak dating kat sini pun tak best gak, ramai sangat org, so aku hari ni dah pun berada di putrajaya dan ingin menyaksikan keindahan ciptaan Allah untuk hamba2 nya untuk mensyukuri segala nikmatnya yang diberikan kepada kita.......

Khamis, 30 Julai 2009

alHaMDuLiLLaH






alhamdulillah, syukur kepada NYA, kerana rezekinya aku mampu memiliki barang2 yang aku idamkan, tak tergambar gembira di hati kerana apa yang aku ingin kan aku berjaya miliki......ermmmm xcited sangat sampai ulang dua kali, huhuhu..... aku kumpul sikit-sikit beli barang2 ni, dan meminta izin dulu pada mak aku sama ada dia bagi tak aku bazirkan duit nak beli barang ni, dan tanya kan pendapat sayang aku sama ada dia pun setuju atau tidak, kedua-dua nya membenarkan.....so aku pun beli lah.........

pertamanya, aku miliki lap top aku sendiri, wah......gembira nye.......dah lama aku nanti kan bila agaknya aku dapat membelinya.........haha.....dan aku dah masuk internet kat umah aku........

kedua, aku beli handphone ni, hahahaha lagi skali, gumbira hati beta...............perabiskan duit.......macam tu plak kan......hermmmmm

last, camera......dah lama aku nantikan, cemburu tgok kawan aku tu beli camera dulu.

Rabu, 29 Julai 2009

JOB






cakap pasal kerja ni, tahniah diucapkan pada member aku yang sorg tu kerna telah menamatkan zaman pengangguran, dia telah diterima di sebuah institusi pendidikan (swasta)....... then kerja lah dengan sebaik nya....... dan aku doakan agar kau berjaya di alam pekerjaan yang baru.... bekerja dengan bersungguh-sungguh, seperti yang telah di sabda kan " bekerja lah kamu seperti kamu hidup seribu tahun lagi dan beramal lah kamu seperti esok tiba hari kematian mu" macam ustaz pula........huhuhuhu.......congrat again.........

Isnin, 27 Julai 2009

sUNgaI BulUH










keesokan harinya pula aku membawa mak aku pergi ke sungai buluh setelah menghantar adik aku balik ke kolej dia, tujuan utama adalah untuk membelikan bunga org yang telah dikirimkan kepada mak aku, dengan hati yang sedikit malas aku pun pergilah membawa beliau untuk meninjau kawasan tersebut....

sahabat aku ni sempat plak nak berposing kat bunga2 orkid tu, lama gak mak aku ni nak memilih bunga, sahabat aku pun sempat memilih bunga orkid untuk koleksi dia,

aku plak cuba mengambil gambar2 bunga2 kat situ.........

suka warnanya.....

PeSTa BuAH



jangan berotak kuning.....huhuhu.....sebenarnya ada pesta makan buah-buahan di putrajaya, so family aku mengambil kesempatan ini untuk mengeratkan lagi hubungan dengan buah-buahan...motif? aku saje jer......saja lah nak berjalan nak tengok apa yang menarik kat pesta ni. sebenarnya boleh makan seberapa banyak buah kat situ, tetapi di ulangi tetapi, bila nak bawa balik kena lah bayar.......

entahlah apa nak jadi ngan dia org ni, ngan pisang tu pun nak bergambar.....huhuhu.......

Rabu, 22 Julai 2009

Baru.....


semalam aku belikan mak aku tv baru.....huhuhuhu......ok lah tu.....sebab aku pun nak tgok gak tv tu....alasan jer kan belikan dia tv baru, biar lah dia pun sorg kat umah....aku balik kerja pun terus tido....biar tv ni temankan dia....sayang mak......tapi aku pun puas gak tgok cartoon. kegemaran aku......cartoon network, disney channel, hahahaha.....org gila cartoon, sampai mak aku cakap muka aku pun dah macam muka cartoon.....huhuhuhu

MoNDay 19 JuLY





slamat datang ke muar....bandar maharani




aku pergi menemankan mak aku pi bank......then aku pergi temankan member aku pi bandar muar pula untuk hantar borang.......makan di tanjung agas, muar. dan selepas tu kita org pi jalan2 kat tg emas tersebut.....

abang oiii......jangan ler buat macam tu, jatuh nanti.......tak faham bebudak sekarang ni, ketapi pun nak di panjat

jom pi jalan2 naik kereta api ni.......syiokkk tau....tapi hitam lah lepas tu sebab kena asap..

aku pun sama....nak panjat2 gak.....apa tah nak jadi......

ya allah....posing maut abg kita ni......jaga2 nanti jatuh.......

AhAD 19 JUly




ahad......sahabat aku still lagi kerja......but aku pi rumah adik aku kat puchong, then bawa dia makan kan IOI Mall Puchong, then malam tu aku bertolak ker kg...... dalam pukul 12 .30, sebab sebelum tu sempat aku jumpa sham.........

adik aku dan suami dia, pening ker nak pilih pizza yang mana satu.........

pilih jangan tak pilih, makan sedap...sebab ada org blanja...hahahaha
tapi aku yang habis duit....huhuhuhu

hai abang......free tak.....nak ajak balik rumah sebab nak minta tolong cuci kan kereta

kedai makan yang aku pergi bila jumpa sham.......dia suka makan kat sini......

saBTu 18 JUly





pegang.....takut jatuh plak kang........




aku bangun lewat, sahabat aku dah pergi office pagi2 lagi, so tinggal aku kat umah, then bangun pagi dan kluar cari sesuatu untuk di makan, sahabat aku call suruh datang office, nasib baik aku tak beli apa lagi sebab dia dah belikan nasi lemak, so aku temankan dia kat office sampai lah pukul 4.00 ptg, hantar dia balik mandi dan keluar semula, destinasi IOI Mall Puchong,



tak dapat tgok wayang, bergambar pun cukup lah



kemudian malam aku pergi pula alamanda pada mulanya nak tgok wayang tapi penuh, so pi karaoke sahaja,






sempat posing sebelum nyanyi

mencuba bakat, suara ala2 katak

wah.....minta sign kat dada.......




Jumaat, 17 Julai 2009

PeNINg








aku rasa tertekan, pening dengan apa yang berlaku pada aku sekarang ni, aku ada hampir masuk ke satu organisasi, hermm.... dan setelah apa yang aku lalui semasa menguruskan masalah aku ketika buat permohonan ........... apa yang berlaku, aku seperti terkontang kanting seorg menyelesaikan masalah tersebut, pada mulanya, org2 yang cuba manarik perhatian aku ke dalam organisasi mereka beriya2 dan sering bertemu dengan aku, kemudian apabila aku menghadapi kesulitan tersebut mereka menyepikan diri, dan aku terumbang ambing....... bagaimanakan, apakah yang harus aku lakukan, at last, ada seorg dari pihak pengurusan iaitu seorg agen menalifon aku, dan terangkan perkara yang aku hadapi, baru jelas di mata aku perkara atau kerumitan yang sebenar, beberapa kali aku keluar masuk, berapa banyak bil talifon aku habiskan untuk selesaikan perkara tersebut, dan hari ini ianya telah selesai, alhamdulillah,











setelah itu, aku berfikir, " patutkan, perlukah dan adakah aku ingin meneruskan niat aku untuk menyertai organisasi tersebut, kerana ia melibatkan sejumlah wang yang begitu besar, pada asalnya organisasi tersebut merupakan organisasi yang bagus, tapi kita memerlukan keyakinan dan usaha yang lebih, tetapi aku berkurang keyakinan, kerana hanya diri aku sahaja yang tahu bagaimana dan siapa sebenarnya aku,











aku bertanya kepada member2 aku, apa pendapat mereka, mereka bagi cadangan supaya aku jangan menyertai organisasi tersebut, lebih2 lagi kesayangan aku, memang dia berkeras supaya aku memikirkannya semula.......... ya allah...... perlukah aku sembahyang istikharah..... agar Dia menunjukkan apa yang aku harus lakukan.........








sebenarnya aku berada dalam dilema...... terpaksa, serba salah, dan macam2 lagilah........














LAmbAt


kali ni rasa aku dah masuk kali ketiga aku tak naik mengaji, datang lambat, huhuhu.... sebenarnya risau juga kalau dia org bising (pegawai2) malam tadi tak leh nak tidur, tak tau kenapa, sedar2 mak aku dah ketuk pintu suruh aku bangun, banyak kali terjaga malam tadi, tak senang jer rasa kat dalam hati, sekarang ni masih lagi rasa mengantuk, huh... macam mana dengan esok kan tak tau lah aku, nak pi kl ke tak.... tapi duit tak masuk lagi nak pi kl ni...... hope so, duit tu masuk hari ini.

Khamis, 16 Julai 2009

SaKIt MAta

tak tahan aku tgok meja tempat aku buat kerja ni, sampai macam ni jadinya, dulu masa mula2 aku masuk, bersih aku kemaskan meja ni dari makhluk2 yang menyemakkan, ya allah, tak faham betul aku dengan keadaannya, aku plak, bila dia org dah buat macam tu kat meja repair aku tu, aku buat kerja kat dalam bilik jer, buat kat atas lantai.......sedihnyer........tak simpati ke dia org terhadap aku, huhuhu....tak minta dan tak perlukan simpati, insyaallah aku boleh.......


agenda SEMALAM






member aku yang hantar aku pi labis tunggu penolong pegawai dan kenderaan office dari segamat, thanks fitri, sebab sanggup bangun pagi2 nak hantar saya......





sampai di johor bahru dalam pukul 8.30 a.m, aku dah risau sebab surat tu cakap start kursus pukul 8 a.m, risau lah sebab lambat, then jalan plak sesak, ditambah lagi hari hujan berduyun2 lah kereta di atas jalan raya, but alhamdulillah sebab masa sampai di persada org still lagu buat pendaftaran so tak rasa lambat lah, habis kursus dalam pukul 4 ptg, ingatkan nak berjalan di johor bahru, but no point, kita org buat keputusan untuk terus pulang ke segamat,
samapi segamat dalam pukul 7, sayang aku yang ambil dan terus balik ke rumah, mandi2 dan keluar balik pi makan ngan bunda ku dan kesayangan ku,


kurSUS










semalam 15 july 09, aku telah mengikuti kursus KESEDARAN INTEGRASI SISTEM NAMA DOMAIN (DNS) DAN IPv6 DAN KESELAMATAN SISTEM DOMAIN, di sana aku didedahkan dengan apa itu IPv4 dan IPv6, perbezaan antara keduanya, kebaikan dan keburukan, bagaimana berlakunya attacker dan macam2 lagi lah, perkara ni lebih tertumpu kepada pihak2 yang menguruskan server, macam aku ni tak terlibat secara langsung pun, tapi ok juga sebab dapat pengetahuan lah pasal ni, tapi ok gak dapat berjalanan, lapang lah kepala dari duduk kat dalam office tu melayan karenah2 mereka2 itu.........
sempat berposing kat dalam dewan, huhuhu, semasa aku pi kursus ni member juruteknik komputer dari daerah lain, salah seorg nye niza, yang mengambil gambar aku tu.....dan yang sebelah kiri aku tu rosaimi,



penolong pegawai aku, masa ni dah habis kursus, tengah tunggu driver, nak balik lah, lambat plak driver ni, rupa2 nya dia salah masuk jalan, biasalah bandar jb kan, kena lah tgok betul2 silap hari bulan salah masuk jalan dan kena pusing jauh....huhuhu........dalam perjalanan balik ok jer, berborak lah 3 org ni sampai ke segamat,

persada johor, hermmm.....nice place, dewan besar juga........makan pun sodap.....

huhuhuhu..................

terTIpu DaN MenIPU


salam.........terlebih dahulu ingin ucap ribuan terima kasih kepada owner Indah Cuma Seketika, then malam tadi, aku mendapat sms dari seorg kawan aku, dan bersms lah aku dengan dia, tiba2 terpancul ayat2 yang kurang menyenangkan, hermmm......sampai aku tak pasti apa kah sebenarnya, mungkin aku menganggu kehidupan mereka, yer ker....ermmm......tak kisah lah, sebab aku sudah pun mempunyai kawan dan lover yang betul2 caring ngan aku, thanks fitri dan sham.....

Selasa, 14 Julai 2009

KuRSus



esok, rabu, 15 july, aku ada kursus kat persada johor, johor bahru, hermmm.....malasnya, biasa nya aku akan bermalam kat sana jer, tapi macam malas jer, so aku bertolak dari segamat pagi lah, start kursus pukul 8 pagi, nak pergi kursus pun macam malas jer ni,
esok dalam pukul 5.30 pagi aku akan bertolak bersama2 pegawai aku, tentang internet ler, dah aku kerja bahagian sistem maklumat, aarrrgghhhhh.....macam malas nak pergi jer.....

meMbeNCi OR TiDAk


kalau sahabat aku tu memperkatakan apa yang dia post tu terhadap ku, aku minta maaf, bukan sengaja memdiamkan diri tapi serba salah, kepada sahabat2 ku, tidak pernah timbul di hati untuk membenci tanpa bersebab, sebenarnya aku bukan jenis suka2 ingin membenci selagi org tu hormat, jujur dengan aku, dengan sesiapa pun sahabat aku yang berada di puchong dan kl, tidak pernah timbul rasa benci, sedangkan tuhan sahaja yang tahu apa ada dalam hati aku ini, aku bukan seorang yang mudah lupakan kawan,
kekadang, bila tiba di rumah adik aku, teringin juga aku membelok ke satu kawasan tersebut, tapi keresahan melanda bila memikirkan dan teringat kan pertistiwa lama...........

SKali LaGI tAk FAHam


dalam perjalan aku ker puchong, aku melalui jalan nilai-salak tinggi-putrajaya-puchong, lihat lah keadaan di pembahagi jalan tu, penuh dengan sampah dan botol minuman, macam mana lah malaysia nak bersih, kerana rakyatnya yang tiada kesedaran bahawa kebersihan itu adalah terlalu penting, macam mana dengan keadaan rumah dia org agaknya, mesti penuh dengan sampah2.....

TeRPangGIL

baru sebentar tadi aku buka blog indah cuma hayalan, sungguh menarik, di mana beliau postkan satu cara dibukakan pintu rezki, sesungguh nya kita sebagai hamba nya haruslah bermohon dan berserah kepadanya,






sila klik add di bawah ini:

MY MuM



happy birthday for my mun, doa kan semoga panjang umur, masuk 50 tahun, sebenarnya hari isnin, tapi hari sabtu hari tu kebetulan dia ada bersama adik2 aku yang lain, so dia buat suprise party awal, sebab hari isnin kan dah kerja,

luve my mum, harap aku dapat berbakti pada dia, tinggal dia sorg, dengan arwah abah tak sempat, herm..... sekarang ni nak tinggal dia sensorg kat umah pun macam risau jer, pagi tadi pun sebelum aku keluar dia ketuk pindu bilik aku dia cakap nak pi kutip durian, sebab sayang aku nak balik malam ni, risau gak membiarkan dia pergi sorg2, sebab aku kerja hari ni, huh......

thanks again for my friend sham and kimmy because came, pada mula nya ingat dia tak sudi nak datang, tak risau kan pasal sham but kimmy, sebab belum biasa ngan family aku, nasib baik dia sporting, thanks again.......

Jumaat, 10 Julai 2009

H1N1


ni lagi satu hal, teringat pada owner 'indah cuma hayalan' dia cakap tak berani nak pi bercuti sebab virus ni, so aku pun macam takut jer nak pi sabah ni, sungguh menganggu ekonomi, terutama dari sektor perlancongan, huhuhuhu.........

SaBAh


hermmm.......hari ni awal2 lagi si ekin datang kat aku, ada hal katanya, rupa2nya dia ajak aku pergi sabah 12 ogos ni, aku memang nak jalan2 ni, then kalau aku pi pun aku ajak lover aku, tapi dia tak confirm kan lagi ni, hermmm....... pada awal nya dulu aku cakap aku nak ikut, tapi dia cakap just perempuan jer, ok lah, tapi hari ini dia dia datang ajak aku plak, tgoklah macam mana nanti.........

laGi TaK FAhaM



aku seriusly tak faham ngan org2 office aku ni, begini hari ini ada makan2 kat office, biasa dia org akan makan nasi, pagi2 lagi dah makan nasi, aku tak biasa makan berat2 ni pagi2..... then aku ajak ekin kluar breakfast ngan aku, makan lontong, nasi juga, tapi tak lah macam kat office yang berlauk bagai tu, then ada sorg mamat tu nak bising2 sebab si ekin ni keluar ngan aku, aku anggap ekin tu tak lebih dari seorg kawan pun, sebab aku tau dia tu bini dipertegaskan lagi BINI aka WIFE org, please lah......matang dan jadi org dewasa, jangan ler jadi seperti budak2 sekolah, kalau kau nak ambil si ekin tu ambil lah, tak ada kena mengena dalam hidup aku, bosan sey.........
sebab aku suka berkawan, just kawan bukan nak berskandle, kalau sayang sangat kat ekin tu sayang lah, aku tak kan kacau dan buat yang bukan2 pada dia pun, tak faham sangat2.......
aku nak campur ngan org ke tak ker, itu hal aku, kalau tak tau masalah org dan apa yang org kena buat dan ada hal ker jangan nak cakap2, bodoh sey........ tak faham ngan org2 yang macam ni, aku kacau hidup dia ker, kacau awek dia ker, ganggu adik dia ker, mak dia ker...........
jadi lah org yang bertamadun, kita hidup ni bukan seorg tapi bersama2 jadi nya kena faham dan bertolaransi dengan penduduk bumi yang bernama manusia, jangan duk fikir hal sendiri jer, sebab kita berkongsi di dunia ni bukan milik peribadi,

BeNGAng



semalam, dalam perjalanan pulang, aku terpaksa menunggu kereta api melintas, mengambil masa dalam 15 minit, dan dalam masa tersebut juga beraturlah kereta2 di belakang menunggu masa palang diangkat, sambil mendengar muzik dan berangan, tiba2 aku tersentak melihat satu kereta berhenti disebelah aku, and aku berkata sendiri "what the hell, org lain boleh beratur menunggu, org lain nak cepat juga", apa yang dia lakukan itu sebenarnya merbahaya, kerana tempat dia berhenti tu adalah lorong untuk terus, bila2 masa boleh kena sapu dengan kereta lain, dan silap hari bulan, dengan2 aku terbabit dalam kemalangan akibat tiada keperihatinan dan kesedaran dalam dirinya,






aku pun tak faham dengan rakyat Malaysia ni, sebenarnya mereka ni memang rakyat yang baik, sopan, ramah dan mesra.... lihat saja bila berjumpa ker apa ker, (but not all) kerana ada mereka2 yang bersifat seperti hanjing.... lihat saja kat paper, macam2 jenayah yang ada, tapi itu cerita lain, ok berbalik pasal pemandu di Malaysia, bila mereka dah dapat pegang stearing, lupa dunia, bawa kereta tak ikut had kelajuan, tiada sikap bertolak ansur, dia sahajalah yang betul walau apa yang dia lakukan adalah salah, lihat juga keadaannya bila berlaku kesesakan lalulintas, hon ditekan2, memekak kan telinga, hon macam mana pun bukan nya boleh lancar perjalanan, ada juga kes yang berlaku, bila salah sikit, dah nak marah dan maki2..... bila sampai destinasi yang dituju, rupa2 nya pemandu yang dia maki itu adalah saudaranya sendiri,



aku tak boleh cakap lebih2 kat sini, sebab bila aku kat jalan raya, perangai aku pun sikit lebih kurang jer ngan dia org.........



huhuhuhu................











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...