semalam, dalam perjalanan pulang, aku terpaksa menunggu kereta api melintas, mengambil masa dalam 15 minit, dan dalam masa tersebut juga beraturlah kereta2 di belakang menunggu masa palang diangkat, sambil mendengar muzik dan berangan, tiba2 aku tersentak melihat satu kereta berhenti disebelah aku, and aku berkata sendiri "what the hell, org lain boleh beratur menunggu, org lain nak cepat juga", apa yang dia lakukan itu sebenarnya merbahaya, kerana tempat dia berhenti tu adalah lorong untuk terus, bila2 masa boleh kena sapu dengan kereta lain, dan silap hari bulan, dengan2 aku terbabit dalam kemalangan akibat tiada keperihatinan dan kesedaran dalam dirinya,
aku pun tak faham dengan rakyat Malaysia ni, sebenarnya mereka ni memang rakyat yang baik, sopan, ramah dan mesra.... lihat saja bila berjumpa ker apa ker, (but not all) kerana ada mereka2 yang bersifat seperti hanjing.... lihat saja kat paper, macam2 jenayah yang ada, tapi itu cerita lain, ok berbalik pasal pemandu di Malaysia, bila mereka dah dapat pegang stearing, lupa dunia, bawa kereta tak ikut had kelajuan, tiada sikap bertolak ansur, dia sahajalah yang betul walau apa yang dia lakukan adalah salah, lihat juga keadaannya bila berlaku kesesakan lalulintas, hon ditekan2, memekak kan telinga, hon macam mana pun bukan nya boleh lancar perjalanan, ada juga kes yang berlaku, bila salah sikit, dah nak marah dan maki2..... bila sampai destinasi yang dituju, rupa2 nya pemandu yang dia maki itu adalah saudaranya sendiri,
aku tak boleh cakap lebih2 kat sini, sebab bila aku kat jalan raya, perangai aku pun sikit lebih kurang jer ngan dia org.........
huhuhuhu................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan