Rabu, 18 November 2009

Hari PerATAma

lebat sungguh hujan pada hari tersebut.


sebenarnya, member aku tu ikut sekali aku ke banda johor bahru, dia yang anak ikut. segan nak duduk di rumah bersama nenek, mak aku dan makcik aku di rumah. so hari pertama dia dah buat date dengan member lama dia untuk berjumpa, tetapi sayang member dia ada perkara yang perlu diselesaikan. kesian dia bersiar di bandar dengan keadaan kedai yang belum buka.

risau juga takut kena culik, huh.....resah aku boleh mati dibuatnya, tak mati pun gila. sebab sayang sangat kat member aku tu, mana nak dapat yang terbaik macam tu. satu dalam sejuta.







selepas menduduki peperiksaan, aku call dia sama ada dia dah bertemu dengan member dia tu, dia cakap belum lagi. so aku suruh dia call sama ada nak jumpa atau pun tak, so dia kata ok, dan aku cadangkan di hutan bandar johor bahru. dan bertemu lah kami di situ.




merangkap makan tengahari sekali kerana perut aku dah terasa sangat lapar. actualy medan selera di hutan bandar ni ok gak makanan dia, tapi hanya buka untuk sarapan pagi dan tengahari sahaja, mujur ada kedai yang buka waktu petang semasa kami sampai. oh yer.... terlupa, sebelum tu kami pergi menonton 2012. sebab tu tiba di hutan bandar ni lewat.



aku tak dapat nak ambil gambar sangat semasa di hutan bandar kerana hujan turun dengan lebat sekali, sebenarnya hutan bandar ni adalah pusat rekriasi untuk keluarga.





JoHOR BaHRu



salam to all friend, sorry because take so long time to update my blog, because of, i just in jb for two days for my paper or exam. cheh speaking ler pulak. aku berada di johor bahru selama dua hari untuk menduduki peperiksaan subjek jabatan.

so gambar tu diambil semasa hari atau malam aku tiba di johor bahru, saja nak lihat lokasi untuk esok, buat persediaan. disambil itu juga membawa sayang aku meninjau atau melihat suasana di johor bahru di waktu malam.

tak pergi memana sangat pun sebab dah jauh malam. so malam tu pusing di bandar dan pulang semula di skudai untuk tidur.




Ahad, 15 November 2009

BaTU PAhat



sorry for megan fox, but she so nice....i like her, semalam sebelum aku ambil kereta, aku telah pun ke batu pahat untuk berjumpa dengan sahabat baik aku, aku kenal dia ni pun semasa kursus induksi khusus hari tu, berjumpa dengan dia untuk berbincang dan just hang out sahaja.

then aku belanja dia pizza hut, selera besar betul perempuan tu, tapi tak ada hal sebab dia dah tolong aku, dan aku pun dah lama tak makan pizza hut. makan sambil berborak dengan bermacam topik yang diperkatakan, aku sebenarnya bukan selalu keluar dengan dia ni, tetapi dia ni happening. so best buat kawan.

selepas makan pizza hut, kami berjalan-jalan pula di carefour batu pahat kerana beliau ingin membeli beberapa perkakasan untuk dibawa ke johor bahru, dan sempat pula dia belikan cenderahati untuk aku, ermmm aku rasa, aku akan masukkan kemudian apa yang telah dia beri untuk aku, thanks so much, niza.

selesai, aku pun tergesa-gesa nak balik kerana aku nak ambil kereta di bengkel, datang pulak penjual dari mana tah, memberikan satu kupon, alah....macam gores dan menang, aku cakap ngan member aku tu, tak perlu layan, tapi dia nak layan gak, so kena pi office budak tu.

nasib baik member aku ni kira ok kepala dia, maksudnya tak lurus ler, dia cancel benda-benda tu semua, huh.....tapi yang aku tak boleh lupa tu, member aku ngan aku berlaku sebagai suami isteri, dan penjual cina tu percaya.....

hahaha...niza....kau ni memang ler....merepek jer...tau dek lover aku mampus aku kena pancung!!!!!!!........




KeREta


semalam, aku ambil kereta aku yang kecil molek ni kat bangkel, alhamdulillah selesai proses pembaikan dan aku try bawa, memang best, tak macam dulu, biasalah baru lepas service. nak jaga semula.

sebenarnya kereta aku ni bukan aku sahaja yang pakai, nama jer atas nama aku, tapi kereta ni pernah adik ipar dan ayah aku yang pakai, so macam-macam lah yang telah di bikin pada kereta ini,

aku still percaya kat ayah aku yang pakai, tetapi dapat pada adik ipar aku, macam-macam yang berlaku, hermmm.....kekadang tu rasa geram juga, sebab aku nak dapatkan kereta ini bukan mudah, tapi bila dia minta senang jer dapat.

masa tu dia nak pakai kereta, then memikirkan adik aku so aku bagi, dan aku ambil wira, selang beberapa tahun aku mengalami kemelesetan ekonomi, aku nak hantar sahaja kereta wira tu balik kampung, tapi adik ipar aku cakap dia nak kereta wira tu, ayah aku setuju jer lah, kena lah ikut cakap ayah, then ayah aku pakai kancil untuk beberapa bulan dan aku pakai motor sahaja.

tapi yang aku marah sangat kat dia tu, mudah dapat kereta tapi tak mahu jaga dengan baik pun, walaupun kereta tu dia yang pegang dan bayar. jaga lah dengan baiuk, contohnya, kereta kancil tu, macam-macam nak kena buat semula, aku pun tak faham macam mana tah dia jaga.












Jumaat, 13 November 2009

peperiksaan



salam.....huh!!!!!....hari isnin ini ada peperiksaan untuk subjek jabatan, huh...aku pun tak tahu apa yang ada dalam kertas soalan tu, berdebar-debar pun ada juga kat dalam hati ini. tak tahu lah apa yang nak jawab.....

so aktiviti aku adalah...esok aku pergi ambil kereta aku yang aku hantar untuk service, then tunggu orang kesangan aku sampai di kampung, rindunya kat dia, kemudian hari ahad petang aku akan bertolak ke johor bahru....

for all my friend, boleh tolong tak, tak banyak sikit jer, cuma minta keikhlasan hati masing-masing untuk doakan saya lulus peperiksaan ini....love u all my friend....

Khamis, 12 November 2009

Keberkatan surah al-ikhlas




Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan
keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.



Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW)
israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu
tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

HeLP




tadi aku naik ke office atas, sebab hantar komputer, then terserempak pula ngan member aku yang dah lama senyap jer.......so dia minta tolong untuk masukkan antivirus baru....so aku pun masukkan, sambil berborak tentang seorang budak di office dia yang tak pandai nak buat kerja....

tah lah tak faham kat budak tu, rasanya dah lama gak kerja, tapi still tak leh nak buat kerja...ermmm ikut dia lah, malas nak ambil tau sebab aku pun masih lagi tunggang terbalik.....

Rabu, 11 November 2009

KiSAh



salam....beberapa hari yang lepas, sedang aku leka seketika chatting dengan lover aku, manakala ibu ku sedang manjahit di kamarnya, kucing kesayangan aku, hitam, seperti berbunyi gatal di beranda rumah aku,

kerana bising aku pun sergah si hitam tu, selang beberapa minit, aku seperti ada org memanggil aku, "long.....long", panggilan untuk anak sulung, aku membiarkan sahaja panggilan tersebut dan menghabiskan ayat-ayat aku. kemudian aku bergegas ke kamar ibu aku dan bertanyakan, gerangan apa kah dia memanggil aku. dan dia keluar bilik sambil berkata "mana lah mak ada panggil kau, kau ni berangan ler", aku mendiamkan diri sahaja, dan terus berlalu tanpa berkata apa-apa. sesampai sahaja di bilik, aku still berfikir, berangan ker aku, kerana aku boleh tergelak semasa ym dengan owner me, myself and mine...... huh....confuse, dan ketika itu aku sms juga bersama lover aku, kerana jelas kedengaran suara tersebut......confuse-confuse.






sebelum itu, ibu aku pula. secara tiba-tiba dia datang ke bilik aku, ketika sibuk dengan update blog, dia tanya aku,
"kau keluar pergi mana tadi", tanya beliau.
"e'eh, pergi mana pula, dari tadi duk sibuk ngan lap top ni",jawab aku.
"mak dengbar ada org buka pintu",sambungnya.
"merepek jer mak ni, along duk kat bilik yang sebelah dengan hall ni pun tak dengar org buka pintu, berangan jer",jawab aku kembali.





sedikit dialog, hermm....aku pun tak pasti, sebelum ni adik aku, tapi aku dah biasa sangat kat rumah aku ni, macam-macam yang pernah berlaku, but buat tak tahu jer.....just abaikan sahaja, selagi dia tak ganggu cukup...hahahahaha....

kalau tahu si member aku yang sorang tu tentu dia tak mahu datang lagi........




Selasa, 10 November 2009

GaNGguaN ataU PamERan



aku terima email daripada sahabat aku, ermm....satu perkara yang menarik, sebenarnya terdapat segelintir masyarakat malaysia yang mempunyai sikap yang seperti ini, sebenarnya, pada aku, perkara ini tak seharusnya berlaku.

tidak kah tuan punya barang tersebut berasa malu dengan tindakan mereka ini, sesungguhnya ini amat memalukan, ada juga rumah flat yang sebegini rupa keadaannya. mereka menyidai pakaian di balkoni, huh!!!! sungguh memalukan..



MonSun



tadi petang, aku keluar sebentar untuk mengambil angin luar, dan menyaksikan suasana yang mendung, sebenarnya dah beberapa hari hujan turun, tetapi tak lah kerap sangat. dan aku berharap sangat supaya dia tak turun seperti tahun lalu,

yang mana tempat aku mengalami banjir yang teruk. dan jalan ke kampung aku terputus akibat banjir tersebut. apa-apa pun semua yang tuhan beri kan atau uji itu ada sebabnya...








It's SuNDay


salam, beberapa hari yang lepas, aku telah membantu sedikit jiran aku dalam proses membuka rumah lama dia, ini kerana dia ingin membina rumah yang baru dan lebih elok daripada rumah yang sedia ada yang telah usang.

sebenarnya aku tolong tak seberapa pun, kerana cuaca yang panas, dan tak tahan dengan teriknya matahari, dan kemudian aku just balik ke rumah dan tidur sahaja, sebelum tu sepupu aku ada datang bermalam di rumah aku, apa yang aku bengangnya, dia nak pinjam lap top aku untuk serve internet, so aku telah pun beri dia menggunakan dengan tempoh yang agak lama juga.

tetapi bila aku datang nak ambil semula kerana aku ingin menggunakannya, dia cakap "lex lah long", bengang sey gua........

yang pasti umur dia baru 15 tahun, dan selamber dia jer hisap rokok depan mak aku. hermmm... memang aku tak puas hati ngan dia tu......



Isnin, 9 November 2009

ConFUse



hari jumaat yang lepas, aku terima satu printer yang telah siap di repaire oleh syarikat yang dibayar oleh pejabat aku, apa yang aku nak khabarkan di sini adalah, aku tak ingat bila aku hantar printer tu, kerana dalam pengiraan aku, semua barang yang aku dah hantar semua dah dapat balik,

tup-tup sampai lagi satu printer. rupa-rupanya ada satu printer yang kurang setelah aku check semula fail aku, sebab aku rasa printer tu bukan aku yang hantar, mungkin dia orang datang ambil, mereka call adu kerosakan, may be aku tak ada masa tu.

huh puas gak aku memikir, bahagian mana lah pula letaknyer printer ni. hahahaha.....


KeREta

salam....hari jumaat yang lepas aku telah pun pergi menukar tayar kereta comel aku yang tak berapa nak comel ni, walaupun comel banyak berjasa pada aku, banyak tempat yang aku pergi bersama dia ni, dan banyak sejarah tentang kereta ni, sama ada suka atau duka. dan dengan kereta ini lah, aku menghabiskan masa dengan orang tersayang aku.





aku terpaksa menukar tayarnya kerana dah terlalu uzur (botak/bunga dia dah habis da...) so bila bawa pun terasa melayang-layang di awangan. kalau aku sendiri tak apa, maksud aku bila berlaku kemalangan, andainya mak aku atau insan yang aku sayang tu mengalami apa-apa musibah, sememangnya aku tak dapat nak memaafkan diri aku.



dan aku tak sanggup mereka berdua ni mengalami kesakitan atau kecacatan sama ada berpunca dari aku or mana-mana penyebab. walaupun kecuaian diri mereka sendiri, aku tetap akan menyalahkan diri aku kerana tak menjaga mereka berdua dengan baik.



so dah tukar tayar...ermmmboleh lah berjalan jauh kan sayang......... sayang awak.....

Sabtu, 7 November 2009

KaRNiVaL

salam. dah lama picture ni tapi hari ini baru aku nak view kat semua. bukan apa, aku call member aku tadi dan dia cakap dia ada even lagi, kali ini Putrajaya Waterski World Cup 2009. dia terlibat, tapi aktiviti ini hanya siang sahaja, tetapi malam pula dia kena kerja juga.ermmm kesian.



sebenarnya, aku nak makan saing ngan dia, mula-mula merancang nak makan di medan selera presint 9, tetapi masa nak makan tu dia dapat call suruh layan juri pula, menunggu lah aku, then dia datang hanya minum air yang dah di oder, dan makan burger kemudian. poor fitri, nak makan pun macam tak sempat, tapi aku pun menahan lapar...kesian juga kat aku.



terkecil pula pic kat bawah...aku cilok pic ni kat dia punya facebook. hahaha.....sajer nak tunjuk.

Jumaat, 6 November 2009

salam.....seperti yang diperkatakan sebelum ini, aku mendapat jemputan untuk majlis tahlil di Istana Bukit Serene, dan aku kena lah pergi......aku bertolak dari rumah pukul 12 dan sampai di jb dalam pukul 3.00ptg. aku singgah di rumah makcik aku untuk berehat sebelum majlis bermula....thanks for my auntie.




dan aku bertolak pukul 5.30 dari rumah makcik aku, dan sampai dalam pukul 6.15 di istana, dan apa yang pasti aku orang pertama tiba.....dalam hujan renyai-renyai, dah lah kawasan istana tu sunyi....seram.....dengan blurr-blurrnya aku berjalan kaki ke istana.





selepas beberapa minit member-member aku yang lain pun tiba, dan acara tersebut tamat dalam pukul 8.45pm. dan terus sahaja menuju ke rumah makcik aku, lepak2 sekejap dan terus balik ke kampung, sebab esok kerja......



suasana di dalam toilet istana.....



apa yang pasti aku sampai rumah aku dalam pukul 1 am, ngantuk sey pi kerja.......




hanya menjamah/merasa...sebagai alas perut sahaja



dalam perjalanan aku singgah di hentian machap untuk berehat dan mengisi minyak kereta, sambil tu isi lah perut aku yang tak berapa nak lapar ni....


burukkan muka....keletihan hukhuk.....

Rabu, 4 November 2009

KaWAn



hari ini ada seorang member aku tu datang cerita masalah dia kat aku, tu pun aku tanya pada dia, kenapa dia termenung sampai macam tu sekali, dia pun cerita lah masalah dia ni,

dia baru jer kerja di tempat aku (office), dan mempunyai seorang kawan yang asal dari negeri yang sama, duduk serumah dan satu pejabat, satu pejabat juga dengan aku lah, dan tarikh masuk kerja pun sekali,

macam ni, member aku ni ada seorang pakwe, baru jer kenal dalam 6 bulan kot, then member dia ni curi-curi simpan number pakwe dia, dan selalu sms or contact dengan pakwe member aku ni, pada mulanya member aku ni just syak jer, tapi satu hari tu, ketika member dia sedang mandi, dia pun ambil phone budak tu dan tengok saper kah gerangan yang selalu dia sms, dan dia terkejut besar kerana nombor tersebut adalah milik pakwe dia...ermmm.....

dan dia story lagi, dalam bulan lepas member dia ni ada pi perak, dia inform kat member aku yang dia pi perak dengan bas, tetapi hari ini, budak tu mengaku yang dia pergi dengan pakwe member aku ni, lagi budak tu bengang, dan satu malam di perak, dan terjadi perkara tersebut....ermmm faham-faham jer lah.

member aku tak terkata apa kerana kecewa dengan sikap member dan pakwe dia, then aku nasihat kat dia, nak buat apa kau fikir, kau kenal ngan pakwe kau tu pun baru lagi, dan nasib baik Tuhan tunjukkan sebelum hubungan tersebut lebih jauh, dan lebih sakit kau nak tanggung, dan kau termenung bukan dapat apa, member dia yang makan kawan tu pun bukan nak simpati dengan dia, so buang masa jer, kau ada benda penting lagi yang nak fikir.

adalah lagi aku bebel kat dia, tapi takkan nak letak kat sini, berjela-jela lah pulak nanti, just letak sample dah lah...hahaha......

so ikut dia lah sama ada nak ikut atau tak.






MaJLis TaHLil





salam.....hari ini, sedang aku membuat kerja di office, dapat satu kad jemputan, aku ingatkan kad jemputan kahwin, setelah membukanya, aku dapati ia adalah kad jemputan untuk majlis tahlil di Istana Bukit Serene, jb. yer ker....so kena pergi lah esok nampak nyer, tak per lah jadi lah rakyat johor yang baik kan.



tapi esok nak pergi sendiri ker, sebab dia pilih 30 orang dari pejabat aku untuk hadir di majlis tersebut, so aku ingat nak tumpang jer dia orang, duit minyak kena bagi lah kan, nanti apa plak org cakap. ermmm yang bagusnya aku belum pun bertanya dengan sesiapa pun.

esok pagilah aku tanya pada budak-budak ni sapa yang sudi nak tumpangkan aku yang menyibuk ni...huhuuhu.....



Selasa, 3 November 2009

LuNcH





aku pi mcd hari ini dengan ekin, dia yang ajak, kalau ikutkan malas nak masuk bandar tu, sesak dan susah nak cari parking, walaupun bandar kecil, dia belanja aku.

sejak akhir-akhir ni dia pun macam happy jer sebab di dah dapat barang kemas dia balik, yang member dia pinjam (gadai), so aku ingat kan pada dia jangan buat lagi macam tu, jangan senang-senang percaya kan org.

dan dia ni sebenarnya sensitif juga orang nyer.....so ekin apa yang berlaku pada kau just ambil sebagai pedoman dan apa orang lain nak buat ker nak mengata ker lantak kan, kau bersuami dan mempunyai anak, itu lagi penting, memang kawan-kawan juga penting, tapi kalau selalu nak peningkan kepala dan menyusahkan, kawan ker tu?





Isnin, 2 November 2009

KArNiVAL PerBadaNAn

pada hari ahad yang lepas, perbadanan putrajaya telah mengadakan satu karnival di presint 9, so member aku ni telah pun menjadi urusetia untuk majlis pertandingan karaoke, dan aku menemaninya sehinggalah acara tersebut tamat.


letih telinga mendengar nyanyian dia orang



bermacam-macam aksi dan ragam yang telah peserta tunjukkan, dan ada yang mencuit hati para penonton, tidak kurang hebatnya juga dengan yang mempunyai suara yang menarik dan sedap didengar. apa-apa pun tahniah bagi pemenang.


seorang peserta yang menyusahkan pihak urusetia,


untuk pengetahuan semua, 40 orang telah menyertai pertandingan tersebut, dan ada yang menarik diri di saat akhir, mungkin suara dah tak keluar, kerana hari pun semakin petang dan hujan renyai-renyai pada hari tersebut, mungkin mereka takut akan merosakkan majlis akibat memanggil hujan kot, ada-ada jer aku ni, kalau suara sedap tak per gak nak kutuk orang.


pengacara pada hari tersebut,



mempunyai dua peserta kanak-kanak, kedua-duanya mempunyai suara yang boleh tahan, tapi sempat ambil satu jer.....


salah seorang peserta kanak-kanak,


di bawah ni, aksi seorang peserta yang begitu menyusahkan orang lain, lagaknye seperti penyanyi hebat, tetapi lihat sahaja aksi yang begitu mencuit hati penonton di karnival tersebut. boleh lah buat hiburan ataupun iklan pada hari tersebut.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...