semalam, aku ambil kereta aku yang kecil molek ni kat bangkel, alhamdulillah selesai proses pembaikan dan aku try bawa, memang best, tak macam dulu, biasalah baru lepas service. nak jaga semula.
sebenarnya kereta aku ni bukan aku sahaja yang pakai, nama jer atas nama aku, tapi kereta ni pernah adik ipar dan ayah aku yang pakai, so macam-macam lah yang telah di bikin pada kereta ini,
aku still percaya kat ayah aku yang pakai, tetapi dapat pada adik ipar aku, macam-macam yang berlaku, hermmm.....kekadang tu rasa geram juga, sebab aku nak dapatkan kereta ini bukan mudah, tapi bila dia minta senang jer dapat.
masa tu dia nak pakai kereta, then memikirkan adik aku so aku bagi, dan aku ambil wira, selang beberapa tahun aku mengalami kemelesetan ekonomi, aku nak hantar sahaja kereta wira tu balik kampung, tapi adik ipar aku cakap dia nak kereta wira tu, ayah aku setuju jer lah, kena lah ikut cakap ayah, then ayah aku pakai kancil untuk beberapa bulan dan aku pakai motor sahaja.
tapi yang aku marah sangat kat dia tu, mudah dapat kereta tapi tak mahu jaga dengan baik pun, walaupun kereta tu dia yang pegang dan bayar. jaga lah dengan baiuk, contohnya, kereta kancil tu, macam-macam nak kena buat semula, aku pun tak faham macam mana tah dia jaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan