Ahad, 13 Disember 2009

KeNDuRi

semalam, 12 dec 09, aku telah pergi ke felda tenang, labis, johor. untuk menghadiri majlis potong jambul, aku telah diundang oleh cik jasmin, pada mulanya aku segan nak pergi sebab hanya aku seorang sahaja yang ada di rumah, disebabkan dia dah cakap dia dah ada kat kampung dia aku pula yang tak mahu datang, bukan tak mahu, tapi aku ni pemalu.


setibanya aku di rumah datuk beliau, belum pun ada jemputan yang tiba, aku the first. kenal dengan mak dia dan ayah dia, ermm kemudian aku duduk menanti kan majlis tersebut. ye lah dia cakap ngan aku yang majlis bermula selepas zohor. aku call sayang aku dan dia bising, biasa lepas zohor tu majlis bermula jam 23op.m, huhuhu....


aku tak lama sangat dekat sana, sebab famili dan saudara mara dia dah ramai berkumpul, dan aku mula menarik diri. for jasmin, terima kasih atas undangan kau.




Rabu, 9 Disember 2009

SeNGaL


petang tadi selepas balik kerja, mak aku call suruh ambil dia di depan jackel segamat, so aku pergilah, dan makan di satu kedai makan di situ.

bukan nak cerita pasal kedai makan tu, memang sedap pun lauk-lauk yang ada di kedai tu, yang aku nak ceritakan adalah tentang giant di segamat tu (sorry), aku bengang betul, aku masuk pakai lah jacket, lepas tu ada sorang guard tu datang dan cakap tak boleh pakai bila masuk, pelik, selalu aku pergi di mana-mana pun tak ada yang macam tu. tah lah,

kalau sebelum aku masuk dia dah cakap tak apa, ni dah masuk dan pusing-pusing kat dalam tu baru nak bagi tau, walhal mamat bangang tu duduk kat pintu masuk giant tu lagi, sekadar pandang dan bukan nak bagi tau yang tak boleh nak pakai jacket tu...sengal....

hilang mood aku nak bershopping hari ini...

BuDAk MoToR

aku bengang betul dengan budak-budak motor kat tempat aku ni, memang kelas bawahan, yer lah, macam tak ada tempat lain nak melepak, kat sinpang-simpang jalan juga dia nak melepak, ada ke baghal sungguh,
aku tak kisah kalau dia nak melepak kat mana pun, ini di tengah-tengah simpang, pi lah lepak kat warung ker, tepi parit ke, duduk dalam parit pun tak der hal lah. sungguh menyusahkan orang sahaja. kalau kena langgar siapa yang susah, tak mak bapak ko org juga ker.....
dah tak perlu lepak jer, baring sekali kat atas jalan tu, senang kurang sikit budak-budak yang bermasalah dan susah nak dengar cakap ni, boleh melepak tapi tempat yang strategik lah bro.....

Jumaat, 4 Disember 2009

BeRaT








salam, hari ini aku nak berkonsi sikit tentang kerisauan yang melanda hati aku sekarang ini, bukan kerna masalah dengan orang lain, tetapi diri aku sendiri yang dah bermasalah, pening kepala aku memikirkannya.


sebenarnya aku sedang memikirkan, berat badan aku dah semakin bertambah sekarang ni, pening-pening, kalau berat aku bertambah, lover aku tinggalkan aku tak?.....huhuhu, aku pernah tanya dia, tapi dia cakap tak akan tinggalkan aku.



nak kata aku makan banyak, tak lah juga, still macam dulu, makan pun cuit-cuit jer, bukannya melantak, macam mana...... kenapa boleh naik berat badan aku ni, ada yang cakap aku senang hati sebab tu berat aku bertambah, senang hati ker? sebab sayang aku tu dah lah jauh, mana lah boleh senang hati aku ini.


ada satu hari, masa hari raya aidil adha, aku pi jemput lover aku di rumah dia, ayah dia boleh cakap "cik tengok faizal ni dah bertambah tembam/ berisi", arggghhhh.....tidak.

"alah cik, kerja office, duduk jer, mana lah badan saya tak naik", jawab aku.




so sekarang ini, nak berusaha dan nak kuat kan semangat nak turunkan berat badan aku semula, nak pergi bersukan lah, tapi aku kuat tido lah pula

Selasa, 1 Disember 2009

SaLAm AiDILadHA

rasanya belum terlewat lagi untuk aku mengucapkannya, salam aidil adha kepada semua pembaca entry ni, thanks for all.

SaHAbaT



salam, terasa lama sangat dah aku tak update blog aku ni, sibuk sikit kerana banyak kerja di office dan banyak benda yang nak diuruskan di rumah,




baru-baru ini aku mendengar satu berita buruk tentang sahabat aku yang seorang ni, aku simpati juga dengan dia, memang berat apa yang dia tanggung tu, tapi aku sekadar hambaNya yang tak mampu berbuat apa-apa, dan hanya berdoa untuk kesejahteraan beliau sahaja,

ingin membantu juga rasanya seperti tak terdaya, aku kenal member aku yang seorang ini pun semasa kursus induksi khusus awal tahun dulu, dan tak sangka boleh baik macam sekarang, she nice girls, baik sangat. memang caring lah dia ni.

macam-macam yang dia bantu aku, tah.... bila dengar berita yang dia khabarkan pada aku memang aku terkejut sangat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...