salam, terasa lama sangat dah aku tak update blog aku ni, sibuk sikit kerana banyak kerja di office dan banyak benda yang nak diuruskan di rumah,
baru-baru ini aku mendengar satu berita buruk tentang sahabat aku yang seorang ni, aku simpati juga dengan dia, memang berat apa yang dia tanggung tu, tapi aku sekadar hambaNya yang tak mampu berbuat apa-apa, dan hanya berdoa untuk kesejahteraan beliau sahaja,
ingin membantu juga rasanya seperti tak terdaya, aku kenal member aku yang seorang ini pun semasa kursus induksi khusus awal tahun dulu, dan tak sangka boleh baik macam sekarang, she nice girls, baik sangat. memang caring lah dia ni.
macam-macam yang dia bantu aku, tah.... bila dengar berita yang dia khabarkan pada aku memang aku terkejut sangat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan