Jumaat, 14 Mei 2010
Karnival Di Putrajaya, Malaysia
Rabu, 12 Mei 2010
Banci Penduduk.
tetapi sebelum ini, terdapat penduduk yang tidak memberi kerjasama langsung dengan pihak pembanci, mengapa terjadi perkara yang sedemikian rupa? mungkin kerana diakibatkan oleh kejadian-kejadian yang berlaku sejak akhir-akhir ini, contohnya, pecah rumah, pukau dan segala macam jenayah.
sehinggakan ada yang berani menyamar diri sebagai seorang anggota polis, dan ketika ini aku menulis post ini, baru aku tersedar tentang jenayah-jenayah yang ada dan yang telah berlaku di negara yang tercinta ini. mengapa terjadi perkara itu? ada sesiapa boleh bagi pendapat.
kerajaan malaysia ada menyatakan bahawa malaysia kini memerlukan tenaga kerja yang ramai, aku lihat ramai umat yang duduk bersepah tanpa mempunyai kerja, tak faham. adakah mereka ini tidak mahu berusaha untuk mendapatkan kerja.
tapi mungkin kerana tahap pembelajaran mereka ini kurang dan tidak diterima untuk bekerja kot. tapi di ladang-ladang penuh dengan orang luar yang datang bekerja di malaysia. dan memang ada kerja. banyaklah sektor yang menggunakan khidmat luar negara untuk bekerja, entah lah.
tepuk dada tanya selera. aku tidak berapa nak tahu apa masalah mereka. so i cant talk much.
jauh meleret, dari banci hingga ke sektor pekerjaan. tapi aku mengajak kepada penduduk malaysia agar memberikan kerjasama terhadap pembanci-pembanci yang datang ke rumah, tidak mumbuka gate juga tidak mengapa, tapi hanya jawab dengan sebaiknya semasa di ajukan soalan. terima kasih, sesungguhnya anda semua penyumbang kemajuan negara, setiap dari kita yang bergelar dan berstatus rakyat malaysia adalah bertanggungjawab dalam memajukan juga memakmurkan negara.
Bumi.
terdapat juga negara yang tidak mengendahkan perkara ini, hanya mementingkan keuntungan dari menjaga tempat tinggal mereka, kesan yang diterima bukan hanya kepada orang lain tetapi diri sendiri juga terkena tempiasnya dengan secara langsung.
mungkinkah ini telah ditetapkan oleh Nya, kerana sesungguhnya kita menghampiri ke hujungnya. hanya Dia yang lebih mengetahui. walauapa pun, bersama lah kita menjaga kemakmuran dan alam sekitar demi menjalani kehidupan yang lebih selesa.
Robin Hood
Antosianin untuk mata
Antosianin merupakan pigmen berwarna merah ungu yang boleh dijumpai dalam tisu-tisu tumbuhan, seperti daun, bunga atau buah. Selain memperbaiki penghantaran oksigen dan darah ke mata, ekstrak bilberi banyak disarankan atau kesihatan mata sifat antioksidanya. Antosianin juga melindungi sel endothelial pada membran daripada menjadi tegar dan menjadikan kapilari lebih fleksibel.
Ekstrak bilberi juga dapat mempercepatkan pemulihan rodopsin. (Rodopsin ialah pigmen peka cahaya yang terdapat pada rod retina). Justeru itu, pengambilan suplemen ini membantu penglihatan waktu siang dan malam. Untuk kesan terbaik, ambilah bilberi dengan kombinasi herba seperti eyebright, lycium dan lutein. Kesemua makanan ini berfaedah untuk mata kerana mengandungi mineral dan nutrien.
Retina mudah terdedah kepada tekanan oksidatif kerana penggunaan oksigen yang tinggi, nisbah asid lemak poli tak tepu berantai panjang yang tinggi serta terdedah kepada cahaya.
Ambilah makanan yang mengandungi nutrien anti radikal bebas seperti beta karotena, vitamin A, C, E serta zink dan selenium untuk melindungi mata daripada radikal bebas. Vitamin dan nutrien ini tentunya sesuai untuk kesihatan mata, apatah lagi di kalangan golongan berusia.
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar adalah perlu untuk membekalkan vitamin dan mineral bagi mengekalkan struktur sel mata. Lobak merah, bayam, sayuran hijau serta buah-buahan dan sayur-sayuran pelbagai warna dapat membekalkan pigmen karotenoid untuk kesihatan mata serta meneutralkan radikal bebas.
Isu Kekalahan.
akibat ejekan dari penonton malaysia kalah di tangan jepun 2-3. itu yang terjadi malam tadi. siapa yang perlu dipersalahkan?
Sabtu, 8 Mei 2010
Selamat Hari Ibu
walaupun dia dan arwah ayah aku bukan lah seorang yang senang, tetapi berusaha juga untuk keselesaan anak-anak mereka. sangat berterima kasih kepada mereka berdua, tetapi aku tidak sempat untuk membalas budi ayah aku yang telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun lepas. dan hanya ibu aku sahaja lah ada.
dan sesungguhnya aku sayang sangat pada dia. for my mum, Happy Mother Day.
Jumaat, 7 Mei 2010
Terasa Hati
lagu ini betul-betul menusuk hati aku,
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x
Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa
Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x
Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..
Ya Allah....
Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x
Hidup matiku hanya untukmu..