akibat ejekan dari penonton malaysia kalah di tangan jepun 2-3. itu yang terjadi malam tadi. siapa yang perlu dipersalahkan?
kepada fairuzizuan, seharusnya apabila terjadi perkara seperti itu, kita patut lebih semangat dan lebih berusaha dan tunjukkan kepada mereka yang mengejek bahawa kita boleh lakukan, tetapi nak salahkan beliau juga tidak pasti, kerana terdapat segelintir yang tidak dapat menahan atau mengawal diri apabila dirinya dihina. tetapi dalam kes ini, hanya ignore sahaja mereka yang tidak bermoral itu.
yang penonton yang tidak bertanggungjawab pula, mereka ini tidak layak untuk menjadi rakyat malaysia yang mempunyai budaya kita sendiri, dan perbuatan mereka itu bukanlah menunjukkan mereka ini rakyat malaysia. kita penuh dengan adab dan kesopanan. kita tidak diajar dengan cara yang sedemikian rupa. dan sesungguhnya nilai kesopanan dan nilai murni yang menjadi identiti malaysia sebelum ini terhakis akibat budaya-budaya yang diikut oleh ramai remaja dan orang-orang di malaysia sekarang.
kepada pemain malaysia, sokongan tetap di beri. lakukan yang terbaik, tunjukkan kesungguhan diri untuk mengharumkan nama malaysia di persada sukan dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan