Khamis, 15 Julai 2010

Floria 2010 Putrajaya

salam, weekend yang lepas juga aku sempat pergi berjalan-jalan di Floria 2010, Putrajaya. wah memang menarik dan yang pastinya cuaca baik dan panas terik, tetapi memang puas juga berjalan di sana.



pada hari sabtu aku telah pergi bersama dua orang sahabat baik aku, sham (owner for enty Me, Myself n Mine) dan fitri (owner For entry Prinze Fitrie). pada hari pertama pemergian aku adalah hanya untuk memerhati dan menyaksikan apa yang menarik di Floria pada tahun ini. entah bagaimana aku boleh terlupa untuk membawa camera aku, dan photo di sini semua aku ambil menggunakan phone aku. sambil-sambil menyaksikan penorama dan keindahan yang ada, sempat juga aku menjeling pada harga bunga yang ada di situ.



dan pada keesokan harinya aku pergi sekali lagi, so dua hari aku pergi ke Floria ini. Tapi pada hari kedua aku membawa sekali family aku, kerana minat ibu aku, pada sesiapa yang mengikuti blog aku ini pasti akan bercakap "asik pergi cari bunga jer" melayankan karenah ibu tercinta. Hanya dia sahaja yang tinggal setelah pemergian ayah tercinta. Jadi aku tidak melepaskan peluang untuk bersama dengannya. selagi masih sempat.


macam biasa, pasti ada sahaja pokok bunga yang ibu aku beli, dan aku membelikan satu pokok hiasan, adik aku membelikan satu pokok bonzai, dan ibu aku pula membeli 1 pasu bunga orkid dan beberapa batang orkid potong, salah satu spesis orkid. dia memanggilnya orkid potong so aku ikut sahaja.


pada hari itu juga adik bongsu aku telah membawa rakan-rakannya dari tempat dia belajar, habis kecoh satu tempat itu kerana karenah mereka, tapi aku tidak dapat join sangat, sebab aku bersama ibu aku, kena lah melayan ibu aku itu, kalau tidak pasti merajuk nanti.


yang pasti berjalan di situ pada hari kedua memang meletihkan kerana kami pergi ketika matahari betul-betul di atas kepala, basah juga baju ini dek peluh yang berjurai-jurai, dan di sini aku ada meletakkan beberapa photo yang ingin aku kongsi kan.


so, aku pun tak sabar untuk menantikan Floria pada tahun depan, jika ada, jom kita meriahkan lagi, tetapi Floria ini akan tamat pada Weekend ini, sempat lagi untuk menjengah.








Isnin, 12 Julai 2010

Twilight Eclipse



dan pada malam sabtu sebelum majlis hari jadi itu, sahabat aku sham telah membelanja kami, aku dan fitri untuk menonton twilight eclipse di Alamanda, dan aku tiba terlewat kerana kesesakan dari tangkak sehingga aku tiba di Putrajaya, kemudian aku menghantar ibu aku dahulu di Puchong.

dan minta maaf sangat pada sahabat aku kerana aku, kau orang terlewat 15 minute untuk menonton movie tersebut.

Pasar Borong

salam satu malaysia, pada weekend yang lepas, aku telah pergi ke Puchong untuk menyambut majlis hari jadi anak saudara aku dan majlis tersebut juga disambut untuk ibu tercinta, dan sebelum itu, aku berada di Putrajaya bersama sahabat aku, fitri dan sham. ketika sedang melayari keenakan tidur, aku dikejutkan oleh satu panggilan talifon. rupa-rupa adik aku yang berada di Puchong meminta aku belikan lauk untuk makan tengahari.


dan bertolak lah kami ke pasar borong di equen. tak pasti pula ejaannya, semata-mata ingin membeli ikan pari yang dipesan oleh adik aku sebentar tadi. berlegar-legar di dalam pasar tersebut mengambil masa hampir satu jam hanya memilih ikan tersebut, dari kedai ke kedai, tidak pasti apa yang dipilih oleh fitri, mungkin mencari kualiti yang terbaik mungkin.


dan kami terus ke Puchong untuk menghantar apa yang dipesan tadi, sebenarnya aku tidak cukup tidur pada hari tersebut kerana, baru sahaja tiba dari kampung, dan pergi pula menonton twilight, thanks buat member aku sham morefist, kerana membelanja tiket wayang.

Khamis, 8 Julai 2010

salam, ada keluar di surat khabar yang menyatakan bahawa suhu dunia semakin panas, dan sebenarnya bumi ini semakin tidak stabil pusingan cuacanya.... di sini aku letakkan keratan akhbar apa yang berlaku di sebuah hegara tersebut:








NEW YORK: Seorang wanita berusia 92 tahun dari Philadelphia adalah antara mangsa yang maut kerana tidak tahan dengan cuaca terlalu panas yang kini melanda Amerika Syarikat.

Seorang lagi mangsa juga wanita, yang tidak mempunyai rumah, dijumpai terbaring di sebelah sebuah kereta Ahad lalu di pinggir bandar raya Detroit.


Cuaca panas menjangkau 37.7 darjah Celsius (100 darjah Fahrenheit) melanda bandar raya dari Richmond ke Boston, Providence dan Hartford, kata Perkhidmatan Kaji Cuaca Nasional.



Suhu melepasi paras rekod di New York dengan mencecah 39.4 darjah Celsius dan Philadelphia dengan 38.8 darjah Celsius.

Boleh dikatakan ia adalah antara hari paling panas dalam tempoh satu dekad bagi kebanyakan lokasi di timur laut dan kawasan pedalaman, kata jurucakap Perkhidmatan Kaji Cuaca, Sean Potter. Ia adalah sama seperti kejadian pada 2001 atau mungkin 1998.

Kawasan bandar yang banyak mengalami pembangunan dilanda lebih teruk daripada luar bandar, kerana kawasan bandar menyerap lebih banyak tenaga solar pada waktu siang dan melepaskannya dengan lebih perlahan pada waktu malam.

Pakar kaji cuaca menggelarnya gelombang panas, berikutan suhu melebihi 37.7 darjah Celsius selama lebih tiga hari berturut-turut. Bandar raya terbesar di New Jersey, Newark, mencatatkan suhu lebih tinggi iaitu 37.7 darjah Celsius bagi hari ketiga berturut-turut.
Suhu di seluruh kawasan Atlantik Tengah semalam sekali lagi mencatatkan suhu di antara 32 darjah Celsius hingga 37.7 darjah Celsius.

Persatuan Palang Merah Suffolk, di Long Island, New York, berkata ia bercadang menyumbang air minuman dalam botol kepada pekerja yang melakukan kerja buruh di atas bumbung atau di ladang.

Keadaan cuaca membara itu kelmarin juga memaksa pegawai pengangkutan memperlahankan kelajuan kereta api komuter di kawasan luar bandar di Washington dan New York kerana landasannya yang terlalu panas. Keadaan terlalu panas boleh mengakibatkan landasan menjadi bengkok kerana tekanan tinggi. Beberapa perkhidmatan kereta api di New Jersey juga dibatalkan kelmarin.

Petugas di Pusat Jagaan Haiwan Marin di Brigantine, New Jersey menggunakan bekas yang diisi dengan ketulan ais bagi membantu singa laut yang sakit atau lemah menyejukkan diri.

Di NEWARK, orang ramai mengambil peluang menyejukkan badan dalam kolam renang dan pusat penyejukan khas.

Di BEIJING, suhu yang memecah rekod melebihi 43.8 darjah Celsius adalah yang paling tinggi dicatat dalam tempoh enam dekad.

Ketika Beijing dilanda cuaca panas bagi hari ketiga kelmarin, satu amaran dikeluarkan pula mengenai ancaman suhu lebih panas dalam tempoh terdekat, menurut pentadbiran kaji cuaca China.

Cuaca panas itu melanda sebahagian besar timur laut dan selatan China, dengan kadar suhu secara purata di antara 35 darjah Celsius hingga 37.7 darjah Celsius.

Cuaca panas itu mengakibatkan enjin sebuah bas penumpang di Beijing rosak dan berlaku kebocoran minyak, dan kemudian terbakar. Tiada kecederaan dilaporkan.

Isnin lalu, seorang lelaki berusia 27 tahun maut di stesen kereta api Beijing akibat cuaca panas, lapor media China.

Selasa, 6 Julai 2010

Floria 2010

Putrajaya Floria 2010

Putrajaya Floria, the Putrajaya Flower and Garden Festival will be organised once again in Putrajaya Malaysia. The 9 day fiesta will be on 10th until 18 July 2010

Putrajaya Floria 2010 is an international event that is hosted by Perbadanan Putrajaya and Ministry of Federal Territories and Urban Wellbeing. Arranged and landscaped in various setting with dedicated location for photo opportunities, the intertwining flowers and foliage will creat a magnificent medley of colour aimed to enthrall visitors. It is hoped that the festival shall inculcate in visitors a respect for nature, love for colours, flowers, plants and gardening.

covering an area of 15 acres, there will be so much to see and do. there will be many programmes and activities for visitors to choose from. At night all the attractions will be lit up wiht lights that give a spectacular view of the flowers and gardens which blend well with the lights from the buildings, structures ang bridges of Putrajaya Some of the attractions at Floria 2010.


Admission Is Free

Date

:

10th - 18th July 2010

Venue

:

Waterfront Precinct 2, Putrajaya

Visiting Hours

:

Monday-Thursday

: 9.00 am - 10.00 pm



Friday-Sunday

: 9.00 am - 12.00 am


For more information, call Perbadanan Putrajaya at 603-8887 7137 or visit





Buah Kurma

salam, baru-baru ini aku ada mendapat e-mail dari abnag angkat aku, dan aku fikir tidak salah rasanya andai aku berkongsi apa yang aku terima:





Kurma memang enak dimakan begitu sahaja. Namun begitu, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memaksimumkan khasiat kurma kepada manusia. Dengan campuran bersama dengan bahan lain, kurma boleh dijadikan ubat yang sangat mujarab untuk pelbagai penyakit. Di bawah ini dihidangkan beberapa cara penyediaan ubat yang berasaskan kurma untuk merawat beberapa penyakit.

i. Mengubati tenaga batin

Ramuan:

Kurma kering dan susu segar

Cara penyediaan:

Caranya dengan merendam buah kurma kering yang keras (labanah) ke dalam susu segar dan dibiarkan buat beberapa ketika sehingga kurma kering tadi menjadi lembut dan air susu tadi bertukar menjadi keperang-perangan. Susu tersebut bolehlah diminum sambil menyebut nama Allah SWT dan berselawat. Insya- Allah SWT dengan keizinan-Nya, sekiranya dijadikan amalan rutin, penyakit yang berkaitan dengan lemah tenaga batin akan dapat disembuhkan.



ii. Mengubati gastrik

Ramuan:

Kurma dan susu lembu atau susu kambing asli

Cara penyediaan:

Masak susu lembu atau susu kambing asli di atas api yang sederhana, masukkan kurma di dalamnya, biarkan sehingga mendidih, kemudian angkat dan biarkan suam. Minumlah setiap dua hari, insya-Allah SWT, penyakit gastrik atau medu akan berkurangan.

Petua dan Larangan Penggunaan Kurma

Kurma sememangnya mempunyai manfaat yang banyak. Namun, terdapat beberapa larangan dalam pengambilannya.

Antaranya dengan jelas Rasulullah SAW melarang sahabatnya, Shuhaib dan Sayyidina Ali, memakan kurma ketika sedang sakit mata.

Selain itu, terdapat juga larangan nabi yang melarang memakan kurma dalam beberapa situasi. Antaranya seperti yang disebut di bawah:

Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Bahawa Nabi Muhammad SAW menegah mencampurkan anggur kering dan kurma atau mencampurkan antara kurma muda dan kurma masak.




Terdapat juga hadis yang lain mengatakan bahawa Rasulullah SAW melarang sahabatnya memakan dua biji kurma sekali gus.

Hadis Ibnu Umar r.a:

Diriwayatkan daripada Jabalah bin Suhaim r.a katanya:

“Ibnu Az-Zubair r.a pernah memberikan kami buah kurma. Ketika itu orang ramai sedang ditimpa kesusahan. Pada waktu kami sedang makan, tiba-tiba datanglah Ibnu Umar. Dia menegur dengan katanya: Jangan kamu mengambil dua biji kurma sekali gus. Hal ini demikian kerana Rasulullah SAW telah melarang perbuatan tersebut kecuali setelah seseorang itu mendapat izin terlebih dahulu daripada temannya.”

(Sahih Muslim: no 3809)

Artikel di atas dipetik dari BAB 1: Kurma dalam buku Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di http://www.books. perintis. com.my atau berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 5303.








Jumaat, 2 Julai 2010

Buang bapa di rumah jagaan bukan Islam

aku dapat artikal ni ketika membaca berita harian online, memang teruk sikap anak dia yang tidak mempunyai akal fikiran yang telah dianugrahkan kepadanya.


JAAFAR ditinggalkan anak di rumah jagaan orang tua bukan Islam di Mount Erskine, Georgetown sejak setahun lalu.


Warga emas mohon tempat lebih selesa bagi mudah ibadat

GEORGETOWN: Seorang warga emas berusia 85 tahun yang uzur mendakwa 'dibuang' ahli keluarganya dengan menempatkannya di sebuah rumah jagaan orang tua swasta yang dikendalikan bukan Islam di Mount Erskine di sini, sejak setahun lalu.


Jaafar Ali, yang terpaksa menggunakan topang untuk bergerak kerana pahanya dimasukkan besi selepas terbabit kemalangan serta menghidap kencing manis, kini tinggal sebumbung dengan bukan Islam yang turut membela anjing

Dengan usianya yang semakin lanjut, Jaafar amat mengharapkan dapat tinggal di tempat lebih selesa untuk beribadat dengan tenang dan sempurna bersama sebelum 'menutup mata' selama-lamanya.

Jaafar yang sebak apabila menceritakan nasib malangnya, berkata dia tidak kisah jika anaknya menghantarnya ke rumah orang tua diuruskan orang Islam, bukannya tempat didiami sekarang.

"Selepas meninggalkan saya di sini sejak setahun lalu, anak saya tidak pernah datang menjengok dan bertanya khabar. Saya sangat sedih dan tidak sangka mereka buat saya macam ini.

"Tergamak mereka buang saya di sini. Saya tidak kisah jika mereka hantar ke rumah orang tua yang diuruskan oleh orang Islam, bukannya tempat macam ini, yang turut membela anjing.
“Pak cik dah tua, nak beribadat dengan tenang dan sempurna sebelum habiskan sisa-sisa hidup. Tetapi, tempat macam ini tidak sesuai. Mana lagi saya nak pergi,” katanya yang sebak mengenangkan nasibnya dalam pertemuan dengan Berita Harian, semalam.

Bekas pekerja Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berasal dari Kampung Dodol, Jalan Perak di sini, mempunyai isteri, Rafiah Senapi, 70-an, yang lumpuh dan tinggal bersama anaknya di Penanti, Bukit Mertajam.

Jaafar mendakwa, walaupun anaknya menghantarnya ke pusat jagaan itu, bayaran bulanan sebanyak RM700 kepada pusat itu, menggunakan wang pencennya.

Difahamkan, pusat jagaan itu mempunyai kira-kira 10 penghuni bukan Islam, manakala sebahagian besar petugasnya adalah wanita.

Jaafar yang mempunyai empat anak tetapi seorang daripadanya sudah meninggal dunia, mendakwa tiada seorang pun anaknya sanggup membelanya, walaupun mereka bukanlah orang susah.

"Saya begitu sedih kerana tiada siapa yang mahu tolong saya. Adik beradik dan anak semuanya tidak mahu tolong. Anak tidak ingatkan bapa lagi walaupun kita yang bela sejak kecil," katanya sambil merintih dia tidak `tahan' lagi tinggal di pusat jagaan itu kerana tidak dapat beribadat dengan sempurna.

Dia beberapa kali menadah tangan tanda bersyukur apabila melihat wakil Berita Harian mengunjungi rumah jagaan itu.

"Saya mahu keluar dari sini, tak kisah pergi ke mana-manapun," katanya yang merayu mana-mana pihak untuk membantu menempatkannya di rumah orang tua yang diuruskan orang Islam.

“Saya mahu beribadat kepada Allah untuk menghabiskan sisa-sisa hidup saya. Saya amat berharap untuk sembahyang di Masjid Sungai Nibong," katanya yang mempunyai rumah di Sungai Nibong di sini.


Oleh Fazli Abdullah
fazliabdullah@bharian.com.my
2010/07/02


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...