Jumaat, 2 Julai 2010

Buang bapa di rumah jagaan bukan Islam

aku dapat artikal ni ketika membaca berita harian online, memang teruk sikap anak dia yang tidak mempunyai akal fikiran yang telah dianugrahkan kepadanya.


JAAFAR ditinggalkan anak di rumah jagaan orang tua bukan Islam di Mount Erskine, Georgetown sejak setahun lalu.


Warga emas mohon tempat lebih selesa bagi mudah ibadat

GEORGETOWN: Seorang warga emas berusia 85 tahun yang uzur mendakwa 'dibuang' ahli keluarganya dengan menempatkannya di sebuah rumah jagaan orang tua swasta yang dikendalikan bukan Islam di Mount Erskine di sini, sejak setahun lalu.


Jaafar Ali, yang terpaksa menggunakan topang untuk bergerak kerana pahanya dimasukkan besi selepas terbabit kemalangan serta menghidap kencing manis, kini tinggal sebumbung dengan bukan Islam yang turut membela anjing

Dengan usianya yang semakin lanjut, Jaafar amat mengharapkan dapat tinggal di tempat lebih selesa untuk beribadat dengan tenang dan sempurna bersama sebelum 'menutup mata' selama-lamanya.

Jaafar yang sebak apabila menceritakan nasib malangnya, berkata dia tidak kisah jika anaknya menghantarnya ke rumah orang tua diuruskan orang Islam, bukannya tempat didiami sekarang.

"Selepas meninggalkan saya di sini sejak setahun lalu, anak saya tidak pernah datang menjengok dan bertanya khabar. Saya sangat sedih dan tidak sangka mereka buat saya macam ini.

"Tergamak mereka buang saya di sini. Saya tidak kisah jika mereka hantar ke rumah orang tua yang diuruskan oleh orang Islam, bukannya tempat macam ini, yang turut membela anjing.
“Pak cik dah tua, nak beribadat dengan tenang dan sempurna sebelum habiskan sisa-sisa hidup. Tetapi, tempat macam ini tidak sesuai. Mana lagi saya nak pergi,” katanya yang sebak mengenangkan nasibnya dalam pertemuan dengan Berita Harian, semalam.

Bekas pekerja Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berasal dari Kampung Dodol, Jalan Perak di sini, mempunyai isteri, Rafiah Senapi, 70-an, yang lumpuh dan tinggal bersama anaknya di Penanti, Bukit Mertajam.

Jaafar mendakwa, walaupun anaknya menghantarnya ke pusat jagaan itu, bayaran bulanan sebanyak RM700 kepada pusat itu, menggunakan wang pencennya.

Difahamkan, pusat jagaan itu mempunyai kira-kira 10 penghuni bukan Islam, manakala sebahagian besar petugasnya adalah wanita.

Jaafar yang mempunyai empat anak tetapi seorang daripadanya sudah meninggal dunia, mendakwa tiada seorang pun anaknya sanggup membelanya, walaupun mereka bukanlah orang susah.

"Saya begitu sedih kerana tiada siapa yang mahu tolong saya. Adik beradik dan anak semuanya tidak mahu tolong. Anak tidak ingatkan bapa lagi walaupun kita yang bela sejak kecil," katanya sambil merintih dia tidak `tahan' lagi tinggal di pusat jagaan itu kerana tidak dapat beribadat dengan sempurna.

Dia beberapa kali menadah tangan tanda bersyukur apabila melihat wakil Berita Harian mengunjungi rumah jagaan itu.

"Saya mahu keluar dari sini, tak kisah pergi ke mana-manapun," katanya yang merayu mana-mana pihak untuk membantu menempatkannya di rumah orang tua yang diuruskan orang Islam.

“Saya mahu beribadat kepada Allah untuk menghabiskan sisa-sisa hidup saya. Saya amat berharap untuk sembahyang di Masjid Sungai Nibong," katanya yang mempunyai rumah di Sungai Nibong di sini.


Oleh Fazli Abdullah
fazliabdullah@bharian.com.my
2010/07/02


3 ulasan:

CT FATIHAH berkata...

aku simpati sgt dgn pakcik tu, sampai hati anaknya buat cmtuh, xde prasaan langsung! nmpk sangat tak takut dengan sksaan api neraka.. walaupun abah aku dah meninggal, tapi perasaan sayang aku tak pernah pudar..

sue berkata...

sedih giler dgn nasib pak cik 2...
sampai hati anak2 nye buat bapak dorng macm nie ye...

Indah Cuma Seketika.... berkata...

kasian nya...pakcik tu...

anak yang tak mengenang budi... lebih baik tidak lahir d dunia...

to all...
Jagalah kesehatan kita.... kerna kesehatan itu penting... kerana kita tidak bisa mengharapkan orang lain untuk menjaga kita waktu kita sakit atau apa...

kita harus sehat sampai kita mengembuskan nafas terakhir kita...

"Healthy LifeStyle"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...