Selasa, 25 Januari 2011

Bukan Mudah.


Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik kepada :

Ibu:

Sekarang ini aku hanya punya seorang ibu sahaja, sejak kematian ayah aku dua tahun lalu. Mungkin doa darinya, aku mendapat kerja yang berdekatan dengan kampung halaman, walaupun jauh disudut hati aku ini, aku lebih suka untuk tinggal luar dari kampung aku.



Mungkin orang akan berkata " Bagus kau duduk kampung, tidak perlu bayar sewa rumah, tak perlukan belanja yang tinggi untuk makan, juga sewa rumah",

Yang pasti aku tidak mempunyai jiwa kampung. Aku seperti mati kutu duduk di kampung ini. Ingin keluar lepak bersama kawan? siapa sahaja yang tinggal di kampung ini. Waktu siang aku habis di pejabat, dan waktu malam pula aku hanya menghabiskan masa bersantai di rumah.



Mungkin ada hikmah aku ditakdirkan begini, jika tidak mungkin aku akan terus hanyut dalam dunia aku sendiri, mungkin?

Sejak kebelakangan ini, berlaku satu tragedi yang melibatkan ibu aku. Susah bagi aku memahami isi hatinya. Hingga aku terfikir, mengapa perkara sedemikian berlaku dalam kehidupan aku, mengapa aku harus menghadapi semua ini. Sebelum ini aku hanya mendengar cerita dan hanya melihat di kaca television sahaja, tetapi kini aku baharu sahaja melalui perkara yang aku lihat dan dengar sebelum ini.



Pedih hati ini mengenangkan perkara tersebut, masih lagi teringat peristiwa tersebut. "Ibu aku dituduh cuba merampas suami orang", adakah benar perkara itu. Bila malam menjelang, berbaring aku di katil, memikirkan apa yang ibu aku lalui, malu untuk aku akui bahawa mengalir juga air mata aku. kekadang tersedu menahan dari terus mengalir.

Terlalu sayang kepada ibu aku, tidak sanggup aku mendengar dan melihat perkara itu berlaku. Dan pada malam itu aku menerima panggilan dari anak lelaki tersebut, dan tercabar juga dengan kata-kata beliau, sebagai anak yang sulung, aku perlu memantau segala aktiviti ibi dan juga adik-adik aku yang lain. Seperti tidak dapat bagi aku menunaikan tanggungjawab yang ditinggalkan oleh ayah tercinta.




Apabila perkara itu dan pelbagai masalah yang di hadapi terasa makin kuat rindu aku pada arwah. Biarlah, diamkan sahaja, mungkin itu perkara yang terbaik untuk aku lakukan di kala ini. Bak kata pepatah, mendiamkan diri bukan bererti kalah, bukan bererti marah. Biar tuhan yang tentukan.

Mungkin sahaja, sahabat aku akan mengatakan bahawa aku nampak cool, seperti tidak punya masalah, tetapi mereka tidak pernah tahu, bahawa disebalik wajah yang tenang ini, tersimpan pelbagai masalah, tersimpan segala kesedihan, tersimpan segala duka lara.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...