Selasa, 1 Mac 2011

Kawan (Kes 1)


Di sini aku bukan mahu mengungkit perkara yang lalu, hanya bercerita dan meluahkan apa yang otak aku rewind, Aku teringat ada beberapa kawan yang boleh aku anggap baik juga dahulu. Sehingga aku mempercayai mereka kerana kami pernah tinggal serumah. Mungkin apabila tinggal serumah susah senang ditanggung bersama. Tetapi bila tidak lagi serumah dan di negeri masing-masing. Nilai persahabatan itu boleh dibuang jauh.

Kes pertama, Kawan aku semasa aku belajar di Politeknik Kota Kuala Terengganu dahulu. Namanya biar sahaja aku simpan. Perkara ini terjadi semasa aku sambung pembelajaran aku di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Kawan aku ini menhubungi aku kerana mempunyai masalah kewangan. Bagi aku, dia kawan lama aku yang merupakan salah seorang yang aku percaya semasa aku belajar di Terengganu dahulu.

Oleh kerana aku mempercayai dan kasihan pada dia, aku dengan baik hatinya memberi pinjam jumlah wang yang dia perlukan. Jumlah yang agak besar juga pada ketika itu. Dia berjanji akan membayarnya semula. Aku tidak meletakkan pula tarikh pembayaran kerana bagi aku apabila dia mempunyai wang dia akan bayar. Tetapi dia sendiri yang meletakkan janji.

Hampir setahun berlalu, aku masih mendiamkan diri. Dan pada penghujung tahun tersebut, aku pula yang mengalami masalah kewangan. Tidak mempunyai wang untuk pulang kerana penggal pembelajaran telah pun tamat. Akibat dalam keadaan terdesak, aku hubungi kawan aku tersebut, kerana tempoh yang dia janjikan telah lama tamat. Aku bertanyakan tentang duit tersebut. Dia berjanji akan membayarnya dalam minggu itu.

Masa berlalu, aku check account aku still lagi belum masuk duit tersebut. Aku cuba hubunginya lagi. Dan begitu kecewa sekali aku apa apabila nombor tersebut dimatikan, dari hari ke sehari aku cuba hubungi tetapi begitu juga. Last aku hubungi nombor tersebut, tidak aktif.

Apa yang aku lakukan pada masa itu, akibat masih lagi belajar. Aku jual handphone aku untuk menanggung perjalanan aku pulang ke kampung. Boleh sahaja aku hubungi orang tua aku, tetapi aku tidak mahu menyusahkan mereka. Sejenak aku terfikir mengapa aku harus ada kawan yang sangat menyusahkan.

Aku tidak pernah lupakan perkara ini kerana ia menyebabkan aku lalui satu perkara yang sukar dan menyusahkan. Dan akibat membantu kawan yang pernah aku percaya. Aku serah perkara ini kepada Tuhan, biar dia membalasnya. Pada aku biarlah ia berlalu, hanya menjadi kenangan dan pedoman buat aku pada masa hadapan.

Perkara ini membuat aku kurang kepercayaan terhadap seorang kawan.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...