BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
- mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
- memelihara satu cara hidup demokratik;
- mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
- menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
- membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip yang berikut :
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
Satu perkara yang mudah dilupkan oleh rakyatnya sendiri, percaya atau tidak atau anda menyokong saya atau tidak.
Memang diakui ada masyarakat Malaysia yang masih lagi mengingati setiap baris dan patah yang terkandung di dalamnya, tidak salah kalau saya mengatakan bahawa Rukun Negara ini hanya diingati waktu di bangku sekolah sahaja. Dan tidak mustahil majoriti kita membaca ikrar ini di sekolah hanya sekadar mengikut dan tidak menghayatinya.
Mengapa saya berkata sedemikian, cuba lihat rakyat malaysia pada tika ini. Andainya kita menerapkan nilai-nilai yang ada dalam Rukun Negara ini tidak berlaku masalah-masalah dan juga gejala-gejala sosial yang boleh dikatakan membimbangkan di negara ini.
Bukan sahaja dikalangan remaja, tetapi semua peringkat umur. Dan dalam semua bahagian dan hampir setiap peringkat di Malaysia kita dapat lihat ianya amat membimbangkan. Hilang rasa hormat antara sesama kita, demi kepentingan diri sendiri, dengan sengaja menimbulkan masalah di dalam negara dan menimbulkan kucar kacir dan huru hara.
Lihat sahaja sejak kebelakangan ini, andai ada masalah. Jalan mudah yang diambil adalah dengan mengadakan demonstrasi. Apa keuntungan yang mereka dapat dengan menimbulkan masalah huru hara tersebut. Bukankan merugikan diri sendiri, orang lain, masyarakat dan akhirnya merugikan negara.
Kekadang adakah mereka lupa bahawa kita hidup di Malaysia yang mempunyai beberapa kaum di dalamnya. Dan yang terbesar adalah Melayu, Cina dan India, masing-masing mempunyai agama dan budaya yang berbeza. Seharusnya ada sikap memahami dan bertolak ansur antara sesama kaum. Telah 30 tahun saya berada di Malaysia, saya dapat lihat ada dikalangan mereka ini punya sikap anti perkauman. Perlukah sikap sedemikian. Cuba fikir, tidakkah kita hidup di Malaysia ini saling memerlukan antara satu sama lain. Cuba duduk sejenak dan memikirkan kitaran ekonomi di Malaysia ini. Sememangnya kita amat memerlukan antara satu sama lain. Setiap orang, setiap kaum menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Adakah mungkin kerana kesesakan hidup dan wang adalah perkara utama yang diperlukan pada masa ini untuk menjamin dan menikmati hidup yang mewah atau mudah dan dengan itu kita lupakan nilai-nilai yang ada di dalam Rukun Negara demi kepentingan diri kita sendiri. Perlukah kita merosakkan keamanan negara kita sendiri? Perlukah kita merosakkan anak bangsa kita sendiri? Perlukah kita memusnahkan masa depan negara kita?
Mungkin sia-sia sahaja jika kita ingin mengingatkan tentang keamanan negara andai individu itu sendiri tiada kesedaran dan hanya mementingkan diri sendiri, kesenangan diri sendiri dari memikirkan masa depan negara. Nafsu mungkin telah membutakan segalanya, demi mencapai niat dan haluan diri sendiri.
adakah kita dapat menikmati keamanan seperti ini di tempat lain? tidak perlu saya menyatakan di mana. Kita lihat dan fikir semula, terdapat penindasan terhadap kaum lain, melaungkan demokrasi tetapi sebaliknya, pergolakan politik, semuanya akan merosakkan negara. dan yang sudah pasti diri sendiri yang akan mendapat susah dan merana kerana tiada kebebasan melakukan aktiviti diri.
Terserah pada diri kita bagaimana menentukannya. Setiap individu yang ada di negara ini adalah aset yang berharga, dan amat bernilai untuk negara. Walaupun tidak besar tetapi nilainya untuk negara tetap ada. Ingat juga bahawa kita saling memerlukan anatara satu sama lain bagi membina satu negara yang maju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan