Berkahwin, ikatan kasih antara dua insan "between men and women" melalui ijab dan kabul merupakan satu perkara yang dituntut di dalam agama, dan merupakan pelengkap dalam kehidupan ini. Juga dituntut agar mempunyai waris, insyaallah waris yang baik agar dapat meneruskan perjuangan, juga dapat membangunkan negara.
Umur aku telah pun mencecah 30 tahun pada tahun lepas dan bakal mencecah 31 pada tahun ini, hanya tinggal beberapa bulan sahaja. Keinginin untuk mempunyai seorang isteri juga terpanggil dalam diri aku, bila memikirkan keperluan pula terasa takut untuk mengalami zaman atau alam perkahwinan. pertama sekali memikirkan hal kewangan aku, "huh....".
Melihat sahaja mereka yang melangsungkan perkahwinan, terdetik juga rasa cemburu melihat kebahagiaan mereka. Ada beberapa perkara yang melambatkan aku untuk mengalaminya, dan ada yang tidak perlu aku ketengahkan di sini mungkin.
Tergelak sendirian aku kerana, bagaimana aku memperoleh seorang isteri sedangkan aku ini kurang berkeyakinan dalam mengurat seorang wanita, sifat malu mungkin. Apabila aku bercerita tentang dengan sahabat-sahabat aku, mereka mengatakan bahawa aku ini terlalu merendah diri. Meungkin, di dalam hati aku ini berkata bahawa mungkinkah aku memiliki dia 'seorang wanita yang aku minati' sedangkan aku ini tidak memiliki apa-apa.
dalam mengejar impian ini aku sedari bahawa ada ketika, apabila aku meminati seseorang itu tetapi dia tidak memberikan respond terhadapa aku. Dan apabila seseorang itu meminati aku, aku pula tidak mempunyai rasa keinginan untuk bersama dengan dia. Bercinta selepas perkahwinan? mungkin indah. Tapi boleh atau tidak dalam menerbitkan rasa keserasian?
Entah lah, terserah pada Tuhan, insyaallah kalau ada rezki berkahwin juga aku, tetapi usaha tetap akan aku lakukan dalam mencapai cita-cita aku yang satu ini.
"hahahaha"............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan