Tidak pasti aku sama ada pendapat ini dipersetujui oleh semua, just luahkan rasa aku sahaja di sini. Dalam beberapa bulan lepas merangkap pada tahun lepas, KTM (Kereta api Tanah Melayu) telah melakukan tindakan mengambil semula tanah-tanah yang telah diceroboh. Tujuan pengambilan tanah tersebut bertujuan untuk membina landasan berkembar dalam meningkatkan lagi perkhidmatan, satu perkara yang baik dan perlu dikembangkan kerana memudahkan arang awam.
Dalam melakukan proses ini, terdapat tanah-tanah milik KTM yang telah diceroboh dan telah terbina rumah atau kedai. Dalam bahasa kasarnya 'Setinggan'. Aku terlibat secara tidak langsung semasa proses mesyuarat yang diadakan. Banyak perkara yang dibahaskan, termasuk pemberian wang pampasan.
Apabila lepak di kantin tempat aku bekerja, kekadang terdapat juga sahabat-sahabat yang berseloroh,
"kau tidak mahu ceroboh tanah kerajaan ker? sudahlah menceroboh tanah orang, tuan tanah bagi pula duit untuk kosongkan tanah, beruntung sungguh orang-orang tu",
sungguh perihatin kerajaan terhadap kebajikan mereka agar tidak merempat. Kalau lah tanah yang diceroboh itu milik orang perseorangan atau individual, matilah orang yang ceroboh itu kena belasah paling tidak mendapat makian.
Jumlah pampasan yang diberikan itu agak banyak juga. Dan baru-baru ini aku dengar pampasan tersebut ditambah lagi untuk mengurangkan beban orang-orang yang menceroboh itu. Tetapi ada segelintir yang seperti tidak sedar diuntung, mengapa aku berkata demikian rupa? Telah menceroboh tanah milik orang, duit juga telah diterima, tetapi masih lagi berdegil untuk keluar dari tanah tersebut. Apa alasan mereka ya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan