Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).
MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan
membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan
kolestrol yang buruk.
DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding
pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan
sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia
adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik
untuk antioksidan.
MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah
kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan
jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus
delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri.
Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi
‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang
mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran
darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan
kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat
meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima
dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi
dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa
jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi
mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan
merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit
kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan
kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata
Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang
unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan
atherosclerosis.”
MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus
delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat
pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G
dan juga kumpulan 0.
MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan
perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati
dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat
menyembuhkan kanser itu.
DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat
memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia
ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang
ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser
payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat
menghalang pembesaran sel kanser kulit.
MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa
kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua.
Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan
sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah,
faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi
yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang
pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan
gigi.
MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti
bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap
minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit
Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian
setiap minggu.
MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan
ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada
pengidap asthma dan lelah.
MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral
lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A,
B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang
beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari
3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan
memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
~Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
~menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
~menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian
mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya
menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
~kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik
MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat
melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu
pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor
mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan
tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan
sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan
Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung
mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima
memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang
penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima
adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan
kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
LAGI KHASIAT DELIMA
~Melawan penyakit gout
~mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
~merawat 'sinus'
~meningkatkan tenaga
~menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
~Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
~menormalkan fungsi hati
~menstabilkan peredaran darah
~merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
~mencuci darah kotor
Cara amalan :
1 sudu besar before breakfast.
Boleh diminum terus atau dibancuh dengan segelas air.
TAHUKAH ANDA ?
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga
sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)
Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam
Al-Quran. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit
berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus
segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia.
Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia
dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da
Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal
karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara
India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir
Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima
tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada
kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula,
pokoknya malar segar. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah
California
Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
PENTINGNYA WANITA MENGAMALKAN PATI DELIMA
1. Menegangkan payudara
2. Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
3. Mencerahkan kulit
4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
6. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
7. Merawat dan mencegah kanser rahim
8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.
11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj.
12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)