Assalammualaikum,
Semalam 6 Ogos 2016, berlangsung Majlis Aidilfitri
bagi keluarga/ keturunan Ja’i. Yang melibatkan beberapa orang nenek dan datuk.
Cucu-cucu dan cicit-cicit serta yang ke bawah bagi Arwah Ja’i. Agak terlewat
majlis pada tahun ini. Dan penglibatan dari semua keluarga agak kurang, mungkin
kerana sudah habis syawal atau masin-masing mempunyai urusan sendiri.
Pada awalnya, keluarga aku tidak mahu menghadiri
majlis tersebut kerana punya agenda sendiri, kerana mempunyai jemputan kenduri
kawin (majlis persandingan) sepupu aku di kampong kelahiran aku di Tanjung
Gading, Muar.
Mungkin kerana ingin menjaga hati beberapa pihak,
ibu aku mengajak juga singgah ke Majlis Aidilfitri tersebut. Aturcara majlis
dimulakan dengan majlis tahlil pendik dengan bacaan yasin dan doa untuk arwah.
Seterusnya, penyampaian ucapan wakil dari setiap keluarga (adik-beradik nenek) seramai
tujuh keluarga.
Acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar bagi
setiap keluarga, dan acara sebenanrya hingga pada petang itu. Memandangkan kami
punya urusan lain, maka terpaksa meninggalkan majlis terlebih dahulu sebelum
tamat majlis tersebut.
Perjalanan ke Tanjung Gading, Muar mengambil masa
selama lebih kurang satu jam. Bernasib baik pada hari semalam, adik ipar aku
yang memandu, dan keadaan aku pada masa itu tidak mengizinkan kerana diserang
magrain. Sepanjang perjalanan aku lelapkan mata, secara tidak sedar telah tiba
di lokasi.
Seperti biasa, makan dan mengambil masa berbual dengan sanak saudara. Dan bergurau
senda.
Habis dari majlis, ibu mengajak singgah ke Pasar
Awam, Muar untuk membeli lauk untuk makan malam. Menu utama ikan mayong. Tak
pasti samada semua kenal dengan ikan tersebut. Dua kilo udang yang ingin
dicelup tepung dan kupang untuk masak sambal. Agak meriah kerana adik beradik
aku yang lain pulang ke kampung.
Aktiviti semalam, hujung minggu bagi aku, kerana
hari Ahad merupakan hari kerja bagi aku. Dan sekarang duduk di meja mengadap computer.