Khamis, 29 September 2022

Hari Letih.


29 September 2022. Bukan buletin bukan surat khabar juga, cuma kongsika aktiviti aku dalam meniti hari-hari aku sebelum nafas terhenti, 

"hahahaha..... ke situ pula", hakikatnya semua pasti nadi terhenti, hanya Allah sahaja yang mengetahui bilakah nafas kita terhenti. Segalanya telah terlulis dan telah ditentukan perjalanan kita, Pernah diajar dan dipesan bahawa setiap nasib seseorang itu berubah dengan ikhlasnya doa kita kepada Nya. 


 

Seawal jam 4 pagi aku telah membuka mata menikmati embun subuh, terkulat-kulat mata memerhatikan wajah yang suram dicermin. persiapkan diri kerana perjanjian memulakan perjalanan seawal jam 5 pagi. Seawal jam 4.45 pagi juga aku telah terpacak diperkarangan pejabat. Tetapi paling berterima kasih, kerana mereka tiba di pejabat jam 5.30 pagi.

"Trampil bro.....!!!!",  terbaik sangat yang boleh dipegang dengan janji-janji yang bergelar MELAYU. 

"eyh... aku juga melayu, hahaha......", ingat pesan tuhan tentang masa, sehingga diturunkan wahyu berkanaan pentingnya masa, dan juga telah diturunkan wahyu tentang berpegang kepada janji. 

"Tidakkah begitu? setuju atau tidak?",

Keletihan aku hari ini, kerana sepanjang hampir tiga tahun aku bertugas di jabatan baru, ini pertama kali aku keluar dari negeri sendiri kerana urusan kerja. Task hari ini, aku bersama-sama tiga orang lagi dari bahagian lain di jabatan pergi ke Kuala Lumpur atas urusan mencadang dan mencipta satu data base


 

Tujuan pengkalan data itu diwujudkan adalah untuk menyimpan beberapa dokumen tentang sesuatu premis di dalam kerajaan negeri bagi memudahkan mereka mengurus tadbir segala perihal.

Anjuran daripada MOSTI yang mana ingin membantu beberapa syarikat kecil bagi memulakan perniagaan teknologi data dengan bantuan daripada kerajaan pusat. merupakan sagtu pertandingan juga bagi syarikat-syarikat tersebut yang mana mereka perlu mencipta satu laman sesawang atau aplikasi dan akan dinilai oleh pihak MOSTI. Pemenang akan mendapat habuan bernilai RM250k. 

Jika aplikasi dan laman sesawang itu ingin diteruskan oleh agensi atau jabatan, mereka perlu menyambung pembayaran kepada syarikat yang dilantik bagi tujuan menyokong syarikat mereka daripada belakang. Hakikatnya bagi kerajaan negeri pula, proses pembayaran tersebut perlu mendapat kelulusan daripada beberapa agensi dan jabatan untuk kelulusan kewangan. 

"Panjang melewey pula aku bercerita bab lain",

Ada beberapa penyertaan daripada beberapa agensi dan jabatan tadi, setiap kertas kerja dibentangkan di dalam dewan untuk didengarkan kepada semua agensi dan jabatan dan akhirnya mereka akan menilai semua perbentangan dan memberikan undi. 

"urmm..... daripada jabatan aku, hahaha... sedih, diam-diam sudah", 

Mengapa? atas pemerhatian aku, memang tiada kekuatan dan impak besar yang dapat dimanfaatkan kepada masyarakat, kerana tujuan mereka mencipta laman sesawang ini atas sebab kegunaan di dalam jabatan sahaja, bukan untuk kepentingan kepada masyarakat. Sebenarnya aku telah lama mengetahui tentang laman sesawang yang mereka ingin wujudkan dan apa sebab kerajaan negeri menolak permohonan mereka. Aku sekadar berdiam diri dan memerhati, tetapi ada juga cadangan yang aku keluarkan semasa perbincangan tersebut.

Tunggu dan lihat sahaja di mana kesudahan cerita mereka. Aku ingin menilai dan comment  lebih, siapalah diri aku ini kan, sekadar semut merah kecil,

"hahahaha......",

Itu sahajalah cerita untuk hari ini, dan amat meletihkan kerja pada hari ini.

Isnin, 26 September 2022

LAIN.

Hari ini, setelah seperti aku tidak ambil kisah, tetiba sedang termenung di dalam toilet aku terfikir. mengapa hari ini, tidak boleh pick up phone, sebelum ini boleh sahaja pick up. Dan pernah aku dimarahi kerana aku tidak call bila berada di rumah. Tetapi hari ini lain.

Boleh sahaja aku menghubungi orang-orang yang ada disekelilingnya, untuk bertanyakan perihal, tapi malas aku lakukan sedemikian. Untuk apa?

Dan cara reply teks juga ada sedikit berbeza. Biarlah. lagi pun. "orang dah bahagia" memang sedar sahaja bahawa diri aku ini di mana letaknya. 

Pandai-pandailah, aku memang tidak meletakkan harapan yang begitu tinggi melangit kerana bermacam-macam yang telah aku lalui.


Ahad, 25 September 2022

Kerinduan Yang Tiada Batas.

Assalammualaikum, 4 Sept 2022 bersamaan 7 Safar 1444 hijrah  hari ini. Genap 3 minggu pemergian arwah adik aku Fauzi Husin, Dalam hati ini, hanya tuhan yang tahu betapa rindunya aku kepada Allayarham. Manakan tidak, setiap minggu mesti sehari aku datang bertandang ke rumah beliau, lepak bersama dan melayan karenah anak-anak beliau.


 

Aku juga berkongsi hobi yang sama, memancing. Sejak di kampung kami luangkan masa pergi memancing di sungai berhampiran, samada Sungai Chemplak, Sungai Labis atau sungai bersempadan dengan Felda Maokil. Telah aku berjanji dengan beliau, hari terakhir aku datang lepak bersama beliau, 30 Ogos 2022, sembang yang aku akan beli mesin dan joran baru, kerana perkakasan itu telah dipinjamkan kepada adik ipar aku yang di Bukit Jelutong, Tetapi tidak aku sangka, beliau pergi tanpa menantikan aku.

 

 

Setiap minggu aku berasa seperti tidak lengkap sekarang ini, kerana kurangnya satu aktiviti gurau senda gelak ketawa bersama beliau. Aku akan call dahulu sebelum hadir ke rumah beliau kerana, beliau punya jadual duty yang tak menentu, bergantung kepada kem, dan sentiasa akan mendapat panggilan hadir bertugas.

 

Kebiasannya, beliau akan masak jika aku datang bertandang ke rumah beliau. Dan kebiasaannya aku akan melarang beliau memasak untuk kehadiran aku. tetapi setibanya di rumah beliau, telah siap dihidang. kadang-kadang, aku akan berbual dengan beliau ketika beliau sedang memasak.

 

 

Masing ingat lagi hari terakhir, selepas pulang membawa beliau bersama anak-anak beliau bersiar menaiki baby red aku pergi ke kedai berhampiran. Dia pesan dengan anak-anak beliau, "nanti ajak Pak Long jalan-jalan tau", dan sering sahaja beliau pesan kepada aku, "ko tengok-tengokkan anak aku ni", In Sya Allah, anak-anak kau tanggungjawab aku kerana aku adalah wali utama kepada mereka.

 


Sememangnya aku merindukan dia, sentiasa. Cuba kuatkan hati dan cuba sibukkan diri dengan kerja-kerja harian dan di pejabat. 

Tetapi aku kekadang terasa sayu bila melihat anak-anak arwah yang kecil-kecil lagi, bagaimanakah kehidupan mereka yang merindukan abah. Memang aku manjakan mereka semua sejak dari dulu, tetapi sayang kepada ayah lain dengan sayang kepada pakcik. Allahu..

 

 

Along doakan kau sentiasa aman dan sentiasa diberkati di sana, sentiasa berada di kalangan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang sentiasa diberkati dan dicucuri rahmat. Aku di sini akan sentiasa sedekahkan Al Fatihah untuk kau dan arwah abah, amin.



Khamis, 15 September 2022

Saga My Baby.

Alhamdulillah, Akhirnya dapat juga baby baru. hahaha. Tiada lah niat lain hanya kerana aku sering berjalan jauh untuk pulang ke kampung. 

Saga jer lah yang mampu, sebenarnya malas aku ingin menangung hutang, andainya iswara aku still ok dan boleh bergerak jauh, tiada lah aku berniat menukar kereta, kerana menambah bebanan hutang sedangkan aku telah selesa dengan tiada hutang.

 


Demi keselamatan di jalan raya, pejamkan mata sahaja. Pada asalnya, aku telah masuk loan untuk kereta Bezza, bank telah call dan menyatakan bahawa ada kelulusan. tetapi aku pula terlupa tentang perkara tersebut. Setelah kereta saga dibooking dan tunggu keluar, pihak dari produa menalefon dan bercakap perihal kereta tersebut. aku cakak sahajalah "cancel order"

 

 Dan arwah adik dapat merasa naik kereta saga ini, kebetulan 3 hari sebelum arwah meninggalkan kami, aku telah bertandang ke rumah beliau dan membawa mereka bersiar-siar di kawasan taman perumahan beliau. Dan perjumpaan aku dengan arwah juga bersebab, membincangkan hal-hal berbangkit. Ambil kereta saga ini atas suggestion beliau juga.

 

Terima Kasih.

11 September, tarikh keramat buat diri aku, apa yang keramatnya? ia merupakan tarikh ulang tahun kelahiran aku. Maka genap umur aku yang ke 41 tahun, Alhamdulillah, Dia memberikan kesempatan kepada aku untuk terus memperbaiki diri dan menilai yang mana baik atau buruk tentang diri aku.


Tetapi ada kelainan pada tahun ini, manakan tidak, aku baru kehilangan salah sorang insan tersayang. Adik lelaki aku, hingga ke hari ini, masih lagi terasa rindu, bukan tidak redha dengan ketentuanNya, tetapi terasa rindu yang amat kuat dalam hati ini.

By The Way, terima kasih kepada sahabat aku, juga staff aku di pejabat kerana membuang sedikit wang memberikan senyum yang hilang terbang ke mana buat diri aku. Sentiasa sahaja mereka ini membuat aku tersenyum dengan keletah mereka.Sentiasa buat aku tertawa dengan perbualan harian mereka.


Sedikit-sedikit sahajalah post yang aku buat, panjang-panjang bukan ada yang membaca, apakah aku sendiri sahaja yang membaca karangan aku ini, hahahaha

walaupun aku sedar ada beberapa yang mengikuti blog aku ini, terima kasih kerana sentiasa mengikuti,

Rabu, 14 September 2022

Hilangnya Kekal Di hati Sentiasa.


 

4 September 2022, tarikh gelap yang akan sentiasa terpahat di dalam hati. Perginya seorang adik yang disayangi. Orang yang paling rapat dengan aku. Gurau senda ketawa dan lain-lain.

Maka tiada lagi kedengaran senda gurau dan gelak ketawa bila bercuti ramai-ramai di rumah mak.

Kehilangan beliau amat terasa buat diri aku kerana beliau merupakan orang yang paling rapat dengan aku, dan seorang adik yang aku sentiasa manjakan sejak beliau dari kecil lagi.

 


 

Sehingga ke hari ini, terpandang-pandang dan terbayang wajah beliau tersenyum dan ketawa di mata aku. Hampir dua minggu sekali aku akan bertandang ke rumah beliau untuk lepak dan sembang sambil melayan keletah anak-anak beliau.

Paling tidak boleh aku pandang, keadaan anak-anak beliau yang masih kecil. Allahu.....

Sebenarnya, aku ketandusan idea untuk menulis tentang beliau ni, masih lagi dalam keadaan yang tidak stabil.

 

Di bawah saya selitkan ulasan dari TV3,


 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...