Ahad, 25 September 2022

Kerinduan Yang Tiada Batas.

Assalammualaikum, 4 Sept 2022 bersamaan 7 Safar 1444 hijrah  hari ini. Genap 3 minggu pemergian arwah adik aku Fauzi Husin, Dalam hati ini, hanya tuhan yang tahu betapa rindunya aku kepada Allayarham. Manakan tidak, setiap minggu mesti sehari aku datang bertandang ke rumah beliau, lepak bersama dan melayan karenah anak-anak beliau.


 

Aku juga berkongsi hobi yang sama, memancing. Sejak di kampung kami luangkan masa pergi memancing di sungai berhampiran, samada Sungai Chemplak, Sungai Labis atau sungai bersempadan dengan Felda Maokil. Telah aku berjanji dengan beliau, hari terakhir aku datang lepak bersama beliau, 30 Ogos 2022, sembang yang aku akan beli mesin dan joran baru, kerana perkakasan itu telah dipinjamkan kepada adik ipar aku yang di Bukit Jelutong, Tetapi tidak aku sangka, beliau pergi tanpa menantikan aku.

 

 

Setiap minggu aku berasa seperti tidak lengkap sekarang ini, kerana kurangnya satu aktiviti gurau senda gelak ketawa bersama beliau. Aku akan call dahulu sebelum hadir ke rumah beliau kerana, beliau punya jadual duty yang tak menentu, bergantung kepada kem, dan sentiasa akan mendapat panggilan hadir bertugas.

 

Kebiasannya, beliau akan masak jika aku datang bertandang ke rumah beliau. Dan kebiasaannya aku akan melarang beliau memasak untuk kehadiran aku. tetapi setibanya di rumah beliau, telah siap dihidang. kadang-kadang, aku akan berbual dengan beliau ketika beliau sedang memasak.

 

 

Masing ingat lagi hari terakhir, selepas pulang membawa beliau bersama anak-anak beliau bersiar menaiki baby red aku pergi ke kedai berhampiran. Dia pesan dengan anak-anak beliau, "nanti ajak Pak Long jalan-jalan tau", dan sering sahaja beliau pesan kepada aku, "ko tengok-tengokkan anak aku ni", In Sya Allah, anak-anak kau tanggungjawab aku kerana aku adalah wali utama kepada mereka.

 


Sememangnya aku merindukan dia, sentiasa. Cuba kuatkan hati dan cuba sibukkan diri dengan kerja-kerja harian dan di pejabat. 

Tetapi aku kekadang terasa sayu bila melihat anak-anak arwah yang kecil-kecil lagi, bagaimanakah kehidupan mereka yang merindukan abah. Memang aku manjakan mereka semua sejak dari dulu, tetapi sayang kepada ayah lain dengan sayang kepada pakcik. Allahu..

 

 

Along doakan kau sentiasa aman dan sentiasa diberkati di sana, sentiasa berada di kalangan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang sentiasa diberkati dan dicucuri rahmat. Aku di sini akan sentiasa sedekahkan Al Fatihah untuk kau dan arwah abah, amin.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...