Rabu, 30 Oktober 2024

Puaka Atau Celaka.

Beberapa minggu lepas, aku telah didatangi oleh seorang rakan, kenalan lama, sejak aku mula bekerja di dalam sektor ini. Beliau menyampaikan perihal ada seorang ustaz ini telah datang berjumpa dengan timbalan.hadirnya beliau ke bilik timbalan tersebut aku tidak pasti untuk apa. Tetapi dalam perbincangan tersebut sempat memperkata dan mengumpat tentang aku.

Apa yang mereka bahaskan adalah, bahawa aku tidak pandai membuat montaj yang hebat,  dan mengatakan bahawa aku tidak boleh harap.

Aku tidak pasti mengapa dia orang ini terlalu bangang atau bodoh adakah mungkin? aku punya background adalah electronik komputer, bukan multimedia. dua perkara ini adalah berbeza, mengharapkan hasil aku sehebat montaj2 di televison, astro. tv3 dan lain-lain. Tidak kisah tentang perkara tersebut.

untuk meperbaiki kekurangan aku itu, walaupun bukan bidang aku juga bukan skop kerja aku, aku ambil inensiatif untuk belajar dan memperbaiki tentang perkara itu. Ada satu even ini, sebenarnya, proses menyipakan video itu telah 85% siap. Tetapi timbalan aku hadir tanpa bercakap elok. depan semua orang cakap aku tidak pandai. terus aku akui,

"oh... yer betul, saya memang tidak pandai", tutup cerita. dalam mereka berbual, aku mengemaskanh barang-barang aku dan terus beredar.

topik perbualan mereka, adalah untuk mengupah vendor bagi kerja penyediaan video tersebut. Itu juga menjadi sebab mengapa aku tinggalkan mereka. Sebab, adalah suatu perkara bodoh bagi aku lakukan, aku menyiapkan video tersebut tetapi tidak dapat bayaran, sedangkan mereka telah masukan di dalam  budget untuk video di dalam majlis tersebut.

Antara perkara lain, timbalan aku tu kaki kaut sebenarnya. semua pun nak diupah vendor, biar lah, aku tidak ambil hal tentang perkara tersebut.

Tetapi orang yang menajdi punca perkara ini, sampai bila-bila aku tidak lupa nama dan muka beliau. Bukan niat berdendam. tapi ingat untuk mengelak daripada bertembung.

Begitu juga dengan ustaz yang aku nyatakan di atas tadi, sebelum ini, banyak majlis dia yang aku bantu dan selesaikan, tidak sangka juga sedemikianlah perangai seorang uztaz. Yang ini, teks dan call daripada beliau, aku tidak akan pick walaupun secara tidak sengaja. aku akan mengelak dari bantu beliau selepas ini. 

Jika telah menyatakan itu, maka itu jugalah yang mereka akan dapat.

Rabu, 3 Julai 2024

Yang Cuba Digenggam Erat Tetapi Tidak Rapi.

Di dalam langkah aku meneruskan hari-hari aku dengan cuba tertibkan langkah dengan bergitu berhati-hati agar tidak tercalar walau satu garis di betis. Lumrah bagi sesiapa pun di dunia ini siapa tidak ada kesilapan yang berlaku dan membawa kemudaratan pada diri sendiri. Kebanyakan kita lebih suka dalam keadaan selesa daripada menghadap masalah-masalah yang mendatang. Tetapi kita hanya manusia yang biasa yang sentiasa didatangkan dengan dugaan dan cabaran, 


Selama ini aku berpegang bahawa, aku memerlukan seseorang paling kurang sebagai seorang rakan atau sahabat yang boleh menyokong, menasihati, membantu dan banyak perkara lain, kerana bagi aku, aku bukan seorang yang sempurna dan tidak mempunyai semua kelebihan.

Aku bukan seorang yang baik dan hebat, tetapi setiap perkara aku akan perhatikan dan teliti dan berfikir hujungnya menilai tentangnya. Hampir setiap perkara, termasuk memerhatikan orang-orang yang ada di sekeliling aku.

Yang paling rapat dengan aku juga tidak terkecuali. Setiap yang aku terima samada yang baik mahupun yang buruk, aku akan simpan di dalam memori atau hati, bukan bertujuan untuk aku berdendam atau ada perkara buruk lain dari aku kepada dia.

Sebenarnya, banyak perkara yang berlaku selama ini, tetapi aku hanya bersikap tidak kisah sangat dengan semua perkara yang berlaku. Tetapi setiap satunya tidak pernah aku lupakan, paling besar kisah yang berlaku di kawasan berhampiran yang melibatkan pihak berkuasa, sebenarnya tindakan aku pada hari tersebut adalah kerana kehendaknya, apa yang berlaku dan amat mengecewakan aku adalah apa yang keluar dari mulut dia sendiri, seperti mahu melepas tangan

"Entah, tidak tahu apa kena dengan dia ni?", jawaban dia.

Pada saat itu, memang aku sangat terkedu dan terkesima, tapi satu kelebihan aku adalah boleh mengawal emosi, termasuk riak muka aku. Aku tidak menunjukan sebarang perubahan muka kecewa atau sedih dan sebagainya, tetapi berlagak seperti tidak ada apa-apa yang terjadi. Sebenarnya sepanjang hari tersebut aku bersama dia dan sepanjang hari di dalam hati aku sentiasa bertanya dan berputar-putar dengan peristiawa tersebut. Di dalam hati, memang tidak menyangka dengan tindakan dia.

Sebenarnya, banyak lagi perkara yang sepertinya, tetapi itu yang paling besar, aku berikan ia sebagai contoh untuk aku bercerita. Dan banyak juga bantuan yang aku minta daripada dia, tetapi banyak beralasan, adakah selepas ini, dia perlukan bantuan dari aku, aku juga perlu beralasan juga, aku rasa ini yang akan aku lakukan selepas ini, bukan untuk membalas dendam, tetapi cukup berbuat baik. Seperti kata perpatah:

 "BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI-KALI"

Dalam tahun 2024 ini, aku cuba jadi seorang yang berkeras hati, tidak mudah ringan tangan untuk membantu orang lain, serapat mana seseorang itu dengan kita, bukan sepenuhnya ikhlas dengan kita. Bukan membenci, aku berpegang, bahawa yang betul-betul ikhlas ada dengan aku adalah, ibu aku dan  Tuhan yang sentiasa memerhatikan aku yang sentiasa dalam kealpaan.

Hakikatnya, walau aku jauh dari mereka-mereka semua, aku menilai setiap darinya melalui laman sosial dan juga group perbualan yang ada. 

"APABILA HATI AKU DIJENTIK DENGAN KATA - CUKUPLAH, BIARLAH"

Isnin, 1 Julai 2024

Perkhidmatan Yang Sementara.

Membaca ayat sahaja seperti yang pelik telah berlaku, perkhidmatan apa yang sementara, jari di dagu. Sebenarnya tidak ada apa yang terjadi, Hanya perkhidmatan oleh pelajar yang menjalani sesi amali di syarikat-syarikat bagi memenuhi syarat untuk kelulusan institusi di mana mereka belajar.

Mai nama beliau, datang dari Kluang, Institusi tempat beliau ini belajar terlupa pula untuk aku bertanyakan di mana tempatnya.

Terima kasih yang tidak terhingganya, kerana telah membantu unit kami tidak sedikit sebanyak juga sepanjang tiga bulan bersama-sama kami menjalani dan menghabiskan dengan jayanya sesi latihan industri.

Banyak juga yang telah membantu dan meringankan beban dengan kerja-kerja yang sedia ada di sini.

Tu Jer lah, Rasanya, hahaha.....



Rabu, 12 Jun 2024

Resepi Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut.

 Simpan Sini Supaya Tidak Lupa.

 


Bahan-bahan:
1cawan gula pasir
125 gram butter/marjerin
1cawan air panas
4 biji telur
1cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat manis
1sudu besar soda bikarbonat

Cara Memasak:
1- Panas gula api sederhana sehingga hangus (tapi bukan hangit)
2 – Bila nampak keperangan, tuangkan air panas tadi sikit demi sikit sampai habis. Kemudian perlahankan api sampai gula hangus tadi dan air sebati. Kemudian masukkan mentega. Kacau rata dan biarkan seketika.
3- Masukkan empat biji telur ke a mangkuk. Kacau sebati dengan susu pekat. (kacau utk sebatikan saja)
4- Masukkan tepung dan baking soda kemudian kacau sebati.
5- Setelah itu, tuangkan air gula hangus td ( ketika masih suam-suam) ke dalam adunan sambil kacau sehingga habis.
6- Griskan loyang (lapik dengan baking paper). Bakar dalam suhu 185°C selama  40 minit menggunakan api atas bawah. Loyang letak paling bawah sekali.

Selasa, 11 Jun 2024

Khasiat Moringa Atau Daun Kelor.


Baru-baru ini, aku ada menjumpai satu produk ini, aku telah mula mengamalkan pemakanannya pada setiap pagi dan petang, dan cuba menghayati khasiatnya, ada perubahan ketara terhadap permukaan kulit aku dalam sedikit sebanyak, Tetapi aku cuba mengaalkannya bukan untuk kulit atau cantik, tetapi kerana paras kolestrol aku yang semakin meningkat, jadinya aku cuba capsul ini, di sini aku kongsikan antara khasiat-khasiatnya, tetapi perlu aku ingatkan, bahawa ubat-ubatan yang dibekalkan oleh klinik kesihatan dan hospital jangan diabaikan.


Kelebihan Khasiat Moringa

Moringa juga dikenali dengan nama lain seperti kelor, merunggai dan rambunggai. Pokok yang dikatakan mempunyai 1001 khasiat. Berasal dari India dan ia tumbuh sihat di kawasan tropika dan subtropika. Malah, ladang tanaman pokok kelor ini ada diusahakan secara meluas di Johor. Masakan India banyak menggunakan bahan daripada pokok ini seperti daun dan buahnya yang berbentuk seperti kacang atau seakan bendi dalam masakan harian mereka, contohnya kari dan dalca.

Dari segi botani, Moringa dikenali sebagai Moringa oleifera dengan pertumbuhan boleh mencapai tinggi sehingga 10 -12 meter. Kulit batangnya seakan kabus yang boleh diumpil atau dikopek dengan diameter pemeluk sebesar 45 cm.

Pokok Moringa memiliki daun yang lebat bersaiz kecil dan mudah luruh serta dahan yang rapuh. Buahnya akan muncul dalam bentuk seperti kantung bendi tetapi bersaiz lebih besar antara 10-25 cm. Benih daripada buahnya boleh dijadikan semaian untuk menanam anak pokok dan pokok ini sangat tahan dengan keadaan cuaca kering atau   kemarau.



Khasiat Daun Moringa

Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Hospital Ottawa, Kanada pada 2012 melaporkan bahawa analisis daun Moringa mengandungi nutrien yang kaya seperti garam mineral (kalium, kalsium, fosforus, zat besi), vitamin A dan D, asid amino perlu dan antioksidan seperti beta karotena dan flavonoid. Penggunaan pokok Moringa yang merangkumi pelbagai bahagian tumbuhan seperti daun, buah, akar dan batangnya diamalkan sejak dahulu lagi untuk aspek perubatan. Malah, masyarakat seluruh dunia memberi gelaran pokok ini sebagai ‘Pokok Ajaib’, ‘Hadiah Tuhan kepada Manusia’, ‘Penyelamat Orang Miskin’ dan sebagainya.

Ciri Antihiperglikemik Menurunkan Gula dalam Darah

Komponen daun pokok moringa telah dikaji secara meluas untuk melihat kesannya dalam menurunkan kadar gula dalam darah terutamanya bagi pesakit kencing manis atau diabetes. Kajian klinikal dilakukan ke atas model tikus dan juga manusia yang kedua-duanya menunjukkan perubahan yang memberangsangkan. Ekstrak daun Moringa sebanyak 300 mg/kg-bw diberi kepada tikus selama 21 hari menunjukkan penurunan kandungan gula sebanyak 69%. Hal ini dilaporkan setanding dengan penggunaan ubatan moden anti diabetes Glipizide yang biasa diambil sebanyak 2.5 mg/kg-bw.

Dalam sampel manusia, terdapat pengurangan kandungan gula dalam darah sebanyak 29% oleh pesakit kencing manis Jenis-2 yang mengamalkan tablet daun Moringa pada kepekatan 98% selama 90 hari. Sebatian aktif yang diberi nama Moringine dalam daun Moringa iaitu sejenis kelas kimia alkaloid dilaporkan berperanan dalam memberikan kesan hipoglisemik atau menurunkan kadar gula dalam darah.



Nama Saintifik Merunggai 

Moringa dengan nama saintifiknya Moringa oleifera mengandungi pelbagai khasiat pada daun, buah, akar serta bijinya. Moringa juga digunakan secara tradisional untuk merawat masalah kesihatan seperti

  • Diabetes
  • Keradangan
  • Jangkitan bakteria dan kulat
  • Sakit sendi
  •  Sakit jantung

KHASIAT MORINGA YANG MENAKJUBKAN

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya Moringa mampu menawarkan khasiat daripada pelbagai vitamin dan mineral. Daunnya mempunyai vitamin C 7 kali lebih tinggi daripada buah oren serta kandungan potassium 15 kali lebih banyak daripada pisang. Ia juga mengandungi kalsium, protein, zat besi dan amino asid yang penting bagi perkembangan fizikal dan pertumbuhan otot.

Khasiatnya yang menyeluruh dan lengkap turut menarik perhatian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjadikan tumbuhan ini sebagai alternatif kepada bekalan makanan yang diimport bagi merawat malnutrisi di serata dunia.

KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN

Moringa diperkaya dengan kebaikan antioksida yang dapat melindungi sel daripada kerosakan di samping menguatkan sistem imun badan.

Sebatian antioksida juga berperanan dalam melawan aktiviti radikal bebas yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif yang sering dikaitkan dengan penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis.

Selain vitamin C dan beta carotene, daun moringa juga didapati mengandungi kebaikan antioksida lain seperti quercetin yang berfungsi dalam menstabilkan tekanan darah.

MENSTABILKAN PARAS GULA DALAM DARAH

Moringa juga mengandungi sebatian yang dinamakan chlorogenic acid yang dikatakan dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Sebuah kajian mendapati pengambilan serbuk daun moringa pada setiap hari dapat mengurangkan paras gula dalam darah sehingga 13.5%.

Para saintis juga mencadangkan kesan antidiabetik ini berpunca daripada komponen yang terkandung di dalam Moringa seperti isothiocyanate. 



Sumber Diet Seimbang

Di negara-negara mundur, pokok Moringa dijadikan sumber makanan bagi mengatasi masalah kebuluran dan kekurangan khasiat makanan dalam tubuh. Hal ini telah diulas oleh penyelidik dari Pusat Perubatan John Hopkins, Maryland, Amerika Syarikat pada 2005.

Kajian tersebut menyatakan bahawa daun Moringa boleh dimakan mentah, dimasak atau disimpan dalam bentuk kering untuk berbulan lamanya tanpa kehilangan kandungan nutrien di dalamnya. Malah, daun Moringa dilaporkan mengandungi lebih kandungan vitamin A berbanding lobak merah, lebih kalsium berbanding susu, lebih zat besi daripada bayam, lebih vitamin C daripada oren dan lebih kalium daripada pisang. Kandungan protein dalam daun Moringa juga menyamai pengambilan telur dan susu!

Pencegahan Kanser

Pokok Moringa telah digunakan sebagai ramuan ubatan sejak turun-temurun walaupun kajian saintifik yang menyokong dakwaan tertentu masih belum diluaskan. Namun, kajian awal menunjukkan penemuan yang meyakinkan mengenai kesan positif kandungan dalam pokok Moringa yang boleh merencat pertumbuhan kanser limfoma dan kanser kulit.

Kajian lepas juga menunjukkan bahawa sebatian dalam daun moringa boleh menghentikan pembentukan sel kanser baharu supaya kanser tidak terus merebak.

Meningkatkan Sistem Imun Pesakit HIV

Walaupun penyakit AIDS yang disebabkan oleh virus HIV masih belum mempunyai penawar, amalan diet mengandungi pokok Moringa disarankan oleh pengamal perubatan herba bagi membantu meningkatkan sistem imun pesakit ini.

Kandungan antioksidan dalam daun Moringa contohnya boleh membantu melawan radikal atau penyakit yang cuba menyerang sistem imun pesakit yang sedia lemah ini. Malah, ekstrak daun Moringa juga dilaporkan mempunyai kesan antimikroba yang sangat baik.



Manfaat Kesihatan Setiap Bahagian Pokok Moringa

Berdasarkan kajian yang diterbitkan di Food Science and Human Wellness oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Bangalore, India pada 2016, berikut ialah manfaat kesihatan setiap bahagian pokok Moringa. Ulasan ini mengambil kira amalan petua yang diamalkan oleh masyarakat di India, jadi, dakwaan ini tidak boleh dianggap saintifik sepenuhnya.

Daun – merawat asma atau lelah, sakit ulu hati, kencing manis, cirit-birit, demam malaria, sifilis, sakit kepala, jangkita mata dan telinga, antioksidan, antimikrob, mengurangkan tekanan darah dan kolesterol.

Biji benih – merawat hipertiroidism, antiherpes, masalah gout, sawan, antimikrob dan anti keradangan.

Kulit akar – anti ulser, anti keradangan, perangsang kardiak.

Bunga – mengurangkan kolesterol, agen anti keradangan sendi, demam sejuk dan masalah sukar membuang air kecil.

Pod atau kantung buah – merawat cirit-birit, masalah hati dan limpa dan sakit sendi.

Kesimpulan

Antara khasiat kesihatan pokok Moringa ialah dapat menurunkan kadar gula dalam darah, sumber nutrien yang mencukupi kepada tubuh, berpotensi mencegah kanser dan pelbagai lagi manfaat daripada setiap komponen pokok tersebut. Namun, harus diingat bahawa kita tidak boleh terlalu bergantung dengan rawatan alternatif petua sebegini kerana pelbagai faktor sebenarnya boleh mempengaruhi kesembuhan kita. Dos atau amaun yang diambil juga boleh menyebabkan kesan sampingan tertentu jika kita tidak mengamalkan konsep bersederhana.


Scamer Oh Scamer

 


Scammer, atau penipu dalam Bahasa Melayu, merupakan individu yang menggunakan strategi penipuan untuk mendapatkan wang atau maklumat peribadi dari mangsanya secara tidak sah. Fenomena ini semakin meningkat dengan pesat dalam era digital ini, di mana teknologi memudahkan akses kepada pelbagai jenis penipuan. Dari e-mel palsu yang meminta maklumat perbankan hingga panggilan telefon yang menggoda, scammer memanfaatkan pelbagai platform untuk menjalankan aktiviti mereka.

Kejadian penipuan ini bukan sahaja memberi kesan kewangan kepada mangsa, malah boleh merosakkan reputasi serta kepercayaan dalam komuniti secara keseluruhan. Dalam masyarakat yang semakin terhubung secara digital, penting untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman scammer serta cara-cara untuk mengenal pasti dan mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan ini.

Baharu sebentar tadi, tidah sampai tempoh setengah jam, sekian kalinya aku menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, "+60163834**", yang menyatakan beliau ini dari DHL cawangan Durian Tunggal, Melaka. Beliau menyatakan aku ada membuat penghantaran bungkusan di cawangan tersebut dan barangan yang ada di dalam bungkusan tersebut merupakan sehelai t-shirt dan terdapat buku cheque dan ada lagi satu item yang aku terlupa apa item yang dinyatakan,

Beliau juga telah menyatakan aku telah melakukan kesalahan yang mana barang-barang tersebut telah menyalahi undang-undang. Walau bagaimana pun, adakah pihak perkhidmatan mempunyai kuasa untuk membuka semua bungkusan-bungkusan yang menggunakan perkhidmatan mereka? bukan itu satu kesalahan? 

Aku terus melayan panggilan tersebut, dan belia menyatakan ada menghantar notis secara sms di nombor telefon aku, dan tarikh-tarikh penghantaran pesanan tersebut tidak pernah aku terima. dan hujungnya beliau menyatakan bahawa aku perlu bercakap dengan pegawai polis yang akan disambungkan oleh beliau kepada aku untuk membuat laporan polis. Sambungan-sambungan talian ini hanya pihak scammer yang akan lebih bijaksana untuk lakukan sedemikian, untuk pengetahuan umum, tidak ada perkhidmatan yang begitu yang dilakukan oleh agensi-agensi. 

 


 

Sebelum ini, aku ada terima panggilan tentang penyalahguna urus niaga import/export, dan penyalahan gunaan lisen perniagaan yang kesemuanya berada sangat jauh dari tempat aku tinggal dan bekerja. dan banyak lagi panggilan tidak masuk akal yang aku terima. 

Mengikut pengalaman aku daripada rakan-rakan aku yang terpedaya dengan pihak scammer ini, sebenarnya tidak perlu dilayan dan perlu berhati-hati dalam menilai dengan setiap tuduhan yang dinyatakan kepada kita.Perlu lebih bijak dalam melayan scammer ini supaya tidak menjadi mangsa. Yang lebih penting tidak perlu menggelabah walaupun pihak scammer ini akan cuma membuat kita gelabah secara menerus dan akhirnya kita terpedaya disebabkan gelabah tidak mampu menangani panggilan tersebut.

Apabila pihak mereka berkata akan menyambungkan ke pihak ketiga dan keempat, iaitu dari agensi ini kepada agensi itu, maka itu ada penipuan, kerana tidak ada perkhidmatan tersebut di Malaysia, yang menyambungkan dari agensi ke agensi.

Juga, jika perlu membuat laporan polis, biasanya pihak scammer ini akan menakutkan kita, bahawa kita perlu membuat laporan polis di balai yang agak jauh dari kita yang sememangnya kita tidak sempat untuk melakukan perkara tersebut. Saya ingin nyatakan bahawa, laporan polis pada masa kini boleh dilakukan di mana-mana bali dan ia adalah secara online dan report tersebut kita boleh nyatakan di mana balai polis tersebut dan balai polis di sana boleh menerima laporan tersebut dari dalam talian.

Dalam perkara ini, kita akan meneroka lebih jauh tentang modus operasi scammer, kesan yang ditimbulkan oleh aktiviti mereka, dan strategi untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan. Dengan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang penipuan ini, kita dapat lebih berwaspada dan melindungi diri daripada ancaman yang dihadapi dalam dunia digital masa kini.


Selasa, 16 April 2024

Maslis Keluarga Ja'ee, Simpang Renggam.

Lokasi : Kampung Shaari, Simpang Renggam.

Tahun 2024, sangat terkesan kepada keluarga aku, tahun ini, ibu aku menyambut syawal dengan 3 orang anak beliau sahaja. seingat aku, aku ada update tentang anak ibu aku yang keempat, telah kembali ke Rahmatullah pada 4 September 2022.

Pada tahun lepas, 24 oktober 2023, seorang lagi anak beliau yang kedua (adik Aku), kembali ke Rahmatullah, meninggalkan dua orang anak lelaki dan seorang suami, "hahaha..... sorg jer lah laki dia",

Aku akan post kemudian tentang adik aku yang kedua tu nanti.


 

Tahun ini, seperti kebiasaannya di bulan Syawal, keluarga nenek aku anak, cucu dan cicit Ja'ee akan mengadakan hari keluarga. Tahun ini majlis diadakan di kediaman nenek busu aku di Simpang Renggam, Johor.

Seawal jam 6.30 pagi aku telah bangkit dari tidur untuk bersiap-siap, terima kasih aku ucapkan buat adik aku yang bongsu kerana telah menggosokkan baju aku pada malamnya. Baby Pink Colour, guys.... aku pun tak ingat baju ini tahun bila punya raya. Mak aku request aku pakai sedondon dengan beliau, yang pada malam itu, ketika aku sedang mengambil baju dalam almari.

Layankan sahaja buat orang tersayang, 

Kami bergerak menuju ke Simpang Renggam pada jam 8.30 pagi, "tolak tambah lah waktu tu",


 

Dengan 3 buah kereta, aku mengetuai perjalanan, dengan pecutan kuasa kuda, kerana kami berpendapat, kami telah lewat bergerak menuju kedestinasi. Seperti selalu di bulan Syawal ini, mana-mana jalan utama juga highway memang sesak dan jem. terpaksa santai-santai juga lah, di jalan raya. tema kerajaan "ingat orang tersayang".

Setibanya di kediaman nenek busu aku, keadaan sangat lengang, tiada kereta dan seorang dua sahaja umat yang ada, aku pun berkata,

"majlis dah habis ke? alamak, memang sungguh-sungguh lambat ni",

Rupa-rupanya tidak, kami orang kedua yang tiba awal pada hari itu. Duduk kami menunggu yang lain tiba, dengan cuaca yang bahang dan berbaju melayu, faham-faham sahaja lah, anak buah aku seorang dah meragam, menangis kerana panas dan berpeluh, mengakibatkan badan beliau berasa miang. Dalam hati aku juga berkata,

"Bilalah agaknya majlis ni nak habis", 

Sebab, aku juga sudah tidak tahan dengan bahang cuaca di situ. 

Apa yang aku ingin ulaskan, Majlis pada hari tersebut tidak meriah seperti majlis-majlis yang sebelumnya, ramai yang tidak hadirkan diri, adik beradik mak aku pun hanya mak aku dan pak long aku sahaja yang ada. Aku juga ada dengar desas desus, merajuk bagai dan lain-lainnya, seperti yang mengenali aku, ambil kesah pula aku dengan hal-hal tersebut. Aku hadirkan diri pun sebab rasa hormat kepada keluarga nenek busu aku, dan mereka memang mengenali aku dan agak sangat baik dengan aku. Dan, nenek aku sendiri, giliran mak aku yang jaga, jadinya, memang kami perlu hadirkan diri membawa nenek aku ke majlis tersebut.

cukuplah, panjang-panjang pun, bukan rajin sangat nak membacanya kan, "hehehe....",



 

Isnin, 15 April 2024

Salam Syawal 1445H.


 Assalammualaikum w.b.t.

Telah tiba syawal tahun 1445H, dan umur aku pun dah semakin nak senja, 

"hahaha.... cenggitu",

Macam biasa, tiaap-tiap tahun aku akaqn mengatakan,

"dah bersawang blog aku ini", 

sekadar alasan mungkin atau bukan,  banyak perkara yang berlaku sepanjang hampir setahun aku tidak mengarang di blog aku ini. 

Pertama, kesibukan aku di tempat kerja hakiki, seperti biasa. Macam biasa lah dalam pejabat, ada suka ada duka, bila ramai mulut, macam itu lah keadaannya, oleh itu, hadap dan hadam sahaja lah apa jua yang ada.

Kedua, Aku telah berkecimpung dalam satu perniagaan di Johor Bahru ini, Dengan seorang kawan, tapi aku akan ceritakan juga perkara ini, mana yang mengenali beliau, diam-diamkan sahaja. tapi rasanya aku tidak akan menyatakan nama sebenar belau, bukan jenis aku nak mengaibkan org.

Ketiga, "hahaqha.....", 

aku warded, ini pun akan aku ceritakan. post yang ini, hanya untuk pengenalan dan pembukaan untuk lembaran baru tahun 2024, dengan keberkatan syawal ini, aku cuba untuk aktivekan semula, dengan menaip dalam blog ini, kekadang boleh rasa tenang jugakan?

Apa pun jua, aku ingin ucapkan, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...