Assalammualaikum w.b.t.
Telah tiba syawal tahun 1445H, dan umur aku pun dah semakin nak senja,
"hahaha.... cenggitu",
Macam biasa, tiaap-tiap tahun aku akaqn mengatakan,
"dah bersawang blog aku ini",
sekadar alasan mungkin atau bukan, banyak perkara yang berlaku sepanjang hampir setahun aku tidak mengarang di blog aku ini.
Pertama, kesibukan aku di tempat kerja hakiki, seperti biasa. Macam biasa lah dalam pejabat, ada suka ada duka, bila ramai mulut, macam itu lah keadaannya, oleh itu, hadap dan hadam sahaja lah apa jua yang ada.
Kedua, Aku telah berkecimpung dalam satu perniagaan di Johor Bahru ini, Dengan seorang kawan, tapi aku akan ceritakan juga perkara ini, mana yang mengenali beliau, diam-diamkan sahaja. tapi rasanya aku tidak akan menyatakan nama sebenar belau, bukan jenis aku nak mengaibkan org.
Ketiga, "hahaqha.....",
aku warded, ini pun akan aku ceritakan. post yang ini, hanya untuk pengenalan dan pembukaan untuk lembaran baru tahun 2024, dengan keberkatan syawal ini, aku cuba untuk aktivekan semula, dengan menaip dalam blog ini, kekadang boleh rasa tenang jugakan?
Apa pun jua, aku ingin ucapkan, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan