Sabtu, 24 Oktober 2009



semalam (jumaat) aku telah pergi ker majlis daerah segamat, untuk belikan borang untuk kesayangan aku, then selepas majlis deepavali yang aku perkatakan tadi, terus sahaja aku ke majlis daerah, aku bawa ekin skali,

dan, aku membeli 5 keping borang 3 untuk lover aku dan 2 untuk ekin, setelah aku menyimak iklan yang disertakan, aku dapati semuanya kontrak, ermmm......aku pun berfikir bahawa tak perlulah sayang aku memohon jawatan tersebut kerana dia jawatan tetap dan sayang sekali kalau dia minta kerja ni, so aku cakap kat dia tak payah lah, rugi jer nanti.....

so, kesimpulannya belum ada rezeki dia pindah ke segamat ni...............


Jumaat, 23 Oktober 2009

maJLis YaNG TerLEwaT

proses terakhir menyiapkan juadah.


nak gelak pun ada, tapi tak baik kan, sebenarnya rumah terbuka untuk jabatan aku ni dah pun diadakan, tetapi majlis ni lebih kepada majlis bersama-sama staff sahaja, mereka telah merancang un tuk mengadakan majlis tersebut awal tetapi akibat daripada masalah dan kesulitan yang dialami terpaksa lah ditangguh dan ditangguh.....

sebenarnya majlis ini juga boleh dinamakan sebagai majlis rumah terbuka deepavali.....tak salah kan walaupun yang kerja kat situ 100% orang melayu.....kerana kita kan satu malaysia....

semangat perpaduan perlulah dipupuk untuk menjadikan malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, aman untuk semua rakyat........










Khamis, 22 Oktober 2009

JaTUh

seperti yang dijanjikan semalam, aku akan mengambil gambar lokasi kejadian, di mana seorang staff jatuh bersama motor nya,





kawasan yang ditanda dengan bulatan adalah di mana kaki beliau termasuk, dan kawasan petak pula lokasi motor beliau,


semasa kejadian, beliau dalam perjalanan utuk pulang ke rumah setelah tamat waktu berkerja, dan pada masa itu beliau mahu keluar dari tempat letak motor (sebenarnya bukan tempat letak motor pun), dalam pada masa yang sama beliau berbual bersama dua orang rakan lagi,

ketika itu aku sedang bercakap melalui talifon dengan lover aku, dan member dia yang seorang lagi tu lah yang telah membantu beliau.......

sorry sebab keadan begitu pantas dan tak sempat aku nak membantu......


SenSOrG

kucing ku yang manja, peneman di kala sunyi




huh..... bosan sungguh terasa....mana kan tidak duduk berseorangan kat rumah ni, sebenarnya dari semalam lagi aku dah berseorangan kat rumah ni, sebab mak aku pergi ke kajang untuk melihat pakcik aku pergi mununaikan haji, semalam petang juga dia baru bagi tahu kat aku, dan seharusnya beliau balik rumah malam ni, dan pada pukul 6 tadi aku call dia, dia still lagi di kelana jaya......ermmm.....

dan pada hari ini (khamis), kampung aku ada pasar malam, so aku pun malas nak masak....sampai jer dari segamat (tempat kerja) terus jer cari sesuatu untuk di makan, tak ada yang menarik perhatian aku, last-last beli burger sahaja, itu sahaja lah makan malam aku untuk malam ni.....






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...