Ahad, 3 Januari 2010

CaMErON HiGHLaND




salam, rasa nya dah begitu lama aku tak update blog aku ni, sorry guys, bukannya apa , aku perlu menghadirkan satu kursus di mersing baru-baru ini, dan ini lah last aktiviti sebelum aku menghadirkan diri di kursus dalam minggu lepas.







berjalan di cameron highland, saja nak bercuti bersama dengan family tercinta dan kesayangan aku yang seorang tu, kami pergi ke cameron highland tu seramai 10 orang, termasuk 2 org sahabat aku dan seorang lagi sahabat adik aku.






macam biasa di cameron highland tu cuma boleh melawat, berjalan dan membeli belah, tapi seronok, jugalah, apa yang dibeli? bunga-bunga kering, cactus, sayuran dan juga cenderamata untuk diberikan kepada sahabat handai.........










dalam keseronakkan bercuti tu, terselit juga insiden yang tak diingini, aku akan luahkan dalam post yang seterusnya, memang aku tidak puas hati sangat. biarlah, dan di sini aku letakkan beberapa keping gambar semasa kami di sana.

















Ahad, 13 Disember 2009

KeNDuRi

semalam, 12 dec 09, aku telah pergi ke felda tenang, labis, johor. untuk menghadiri majlis potong jambul, aku telah diundang oleh cik jasmin, pada mulanya aku segan nak pergi sebab hanya aku seorang sahaja yang ada di rumah, disebabkan dia dah cakap dia dah ada kat kampung dia aku pula yang tak mahu datang, bukan tak mahu, tapi aku ni pemalu.


setibanya aku di rumah datuk beliau, belum pun ada jemputan yang tiba, aku the first. kenal dengan mak dia dan ayah dia, ermm kemudian aku duduk menanti kan majlis tersebut. ye lah dia cakap ngan aku yang majlis bermula selepas zohor. aku call sayang aku dan dia bising, biasa lepas zohor tu majlis bermula jam 23op.m, huhuhu....


aku tak lama sangat dekat sana, sebab famili dan saudara mara dia dah ramai berkumpul, dan aku mula menarik diri. for jasmin, terima kasih atas undangan kau.




Rabu, 9 Disember 2009

SeNGaL


petang tadi selepas balik kerja, mak aku call suruh ambil dia di depan jackel segamat, so aku pergilah, dan makan di satu kedai makan di situ.

bukan nak cerita pasal kedai makan tu, memang sedap pun lauk-lauk yang ada di kedai tu, yang aku nak ceritakan adalah tentang giant di segamat tu (sorry), aku bengang betul, aku masuk pakai lah jacket, lepas tu ada sorang guard tu datang dan cakap tak boleh pakai bila masuk, pelik, selalu aku pergi di mana-mana pun tak ada yang macam tu. tah lah,

kalau sebelum aku masuk dia dah cakap tak apa, ni dah masuk dan pusing-pusing kat dalam tu baru nak bagi tau, walhal mamat bangang tu duduk kat pintu masuk giant tu lagi, sekadar pandang dan bukan nak bagi tau yang tak boleh nak pakai jacket tu...sengal....

hilang mood aku nak bershopping hari ini...

BuDAk MoToR

aku bengang betul dengan budak-budak motor kat tempat aku ni, memang kelas bawahan, yer lah, macam tak ada tempat lain nak melepak, kat sinpang-simpang jalan juga dia nak melepak, ada ke baghal sungguh,
aku tak kisah kalau dia nak melepak kat mana pun, ini di tengah-tengah simpang, pi lah lepak kat warung ker, tepi parit ke, duduk dalam parit pun tak der hal lah. sungguh menyusahkan orang sahaja. kalau kena langgar siapa yang susah, tak mak bapak ko org juga ker.....
dah tak perlu lepak jer, baring sekali kat atas jalan tu, senang kurang sikit budak-budak yang bermasalah dan susah nak dengar cakap ni, boleh melepak tapi tempat yang strategik lah bro.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...