Ahad, 18 Oktober 2015

Say Thanks.

Post yang satu ni. nak say thanks kepada sepupu-sepupu dan rakan-rakan yang hadir.

sepupu aku idham dan hafiz

ima dan suami juga hamid

anak angkat ayah n  mak aku

Puan Hasnah Omar

keluarga Faridah

from Singapore Aishah

asmahani dan azrul
ramai lagi. tetapi aku sharekan gambar-gambar yang ada pada aku sahaja. terima kasih yang sudi hadir hari tu. kepada semuanya.

Lepaskan.

Dalam kita menjalani kehidupan ini, pasti kita akan lalui pelbagai peristiwa. Sama ada yang suka mahupun duka. Tanpa dapat kita halang dan mengawal, dan kita terpaksa jua lalui atau terima. Setiap orang pasti akan terima. Suka atau tidak kita harus menghadapinya.

Aku juga hanba Nya, harus terima dugaan-dugaan yang diberikan. Sekadar bersabar dan terima juga tawakal. Kepedihannya mungkin amat sakit dan seperti tidak sanggup kita hadapi. Mungkin bersebab segalanya diberikan dan diturunkan kepada aku. Mungkin aku alpa dengan hal-hal dan keseronokan dunia, mungkin juga aku telah jauh menyimpang dan melupakan Nya.

Dalam kesakitan dan kepedihan aku bersyukur kerana telah dijauhkan daripadanya, yang selama ini sentiasa melakukan penipuan kepada aku. Dan apabila aku fikirkan semula, sememangnya dia amat menyusahkan diri aku. Dan kerana dia juga aku telah jauh meninggalkan apa yang penting dalam kehidupan aku.

Selama mengenalinya. Aku melupakan segala tanggungjawab yang seharusnya aku tumpukan, sedar melebihkan segalanya untuknya. Melebihkan dari segalanya, Mungkin juga kerana janji-janji yang telah dia taburkan. Dan rupa-rupanya janji-janji tersebut kosong, sekadar dibibir.

Dia menggunakan kejujuran aku sebagai alasan, Selama aku dengannya, adakah dia jujur? Pelbagai penipuan dan kecurangan yang dia lakukan dibelakang aku. Selama itu juga aku memaafkan dan mendiamkan diri. 

Dalam tidak sedar aku juga berfikiran "untuk apa aku jujur jika pelbagai perkara yang telah aku nampak dan aku telan juga mendiamkan diri. Untuk apa aku harus perbodohkan diri aku untuk terima segala perbuatannya. Sehingga kesalahan yang mengaibkan dirinya sendiri juga aku diamkan dan terima dia semula, andai perkara itu diterima oleh orang lain pasti dilemparkan dia ke jurang dalam dan tidak memaafkan apa yang dia lakukan.

Sebenarnya aku nampak dan melihat dan aku juga mendiamkan sahaja. perubahan diri dia setelah aku tidak lagi mewah. sorry to say, memang ketara. Biarkan lah, semoga dia terima balasan dengan apa yang dia telah lakukan. Amin.

Aku cuba untuk tidak membenci, tapi apa yang dia beri memang menyakitkan. Aku sekadar memaafkan, untuk bersua tidak sesekali. Untuk selisih juga aku minta jauhkan. 

Ya Allah, jauhkan dia dari aku. Amin.

Sabtu, 17 Oktober 2015

Pernikahan & Persandingan Adik.

Assalammualaikum, Pada bulan september yang lepas, telah berlansung majlis persandingan adik bongsu aku. Taniah aku ucapkan kepada beliau dan menjadi seorang isteri.

Aku doakan beliau akan menjadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada suami. Pada pernikahan beliau, aku telah menjadi wali memandangkan ayah kami telah meninggal dunia pada tahun 2008.

Tidak banyak yang aku ingin type kerana sejak kebelakngan ini, aku seperti tiada idea untuk menulis. Mungkin kerana kesibukan kerja otak aku menjadi tepu.

Aku sekadar konsikan beberapa keping gambar sahaja.












Isnin, 13 Julai 2015

Mersing.

Pada 5 Julai yang lalu aku telah dipelawa oleh sahabat aku untuk bertandang ke rumah abang beliau dan berbuka bersama. Pada awalnya aku agak keberatan kerana aku bukanlah seorang peramah, tetapi merupakan seorang yang sedikit pemalu dan tidah pandai berbual. Tapi difikirkan semula why not,

Oleh itu pada hari Jumaat 3 Julai, sahabat aku ini menaiki bas dari TBS menaiki bas dan turun di Segamat. Dan aku menanti beliau di bustand Segamat. Setibanya beliau di Segamat, kami meneruskan perjalanan menuju ke Mersing. Muadzam, Pahang merupakan lokasi pertama yang aku singgah, ini kerana ingin mengisi minyak dahulu sebelum meneruskan perjalan.



Kali pertama aku pergi ke Mersing dengan menggunakan jalan Muadzam ke Rompin. Apa yang menarik pada hari itu jalan agak lengang dan dapat menikmati pemandangan dan melihat suasana kampung orang. Perjalanan pada hari itu memang lancar,  mengikut kata sahabat aku, apabila musim perayaan, jalan tersebut menjadi sibuk juga dengan kenderaan.

Setibanya di Pekan Rompin, aku mengajak sahabat aku untuk berhenti melihat dan meninjau bazar Ramdhan di situ, mungkin boleh bertemu dengan kuih yang agak istimewa (kuih tempatan). Boleh juga merasa kuih-kuih tradisional negeri orang. Sahabat aku membeli kuih Akok, kalau tidak salah ejaan. Selesai "tawaf" bazar ramadhan tersebut, kami meneruskan perjalanan.

Azan Maghrib, waktu berbuka puasa aku tiba di rumah abang sahabat aku. Dan seperti "langkah kanan",  kami turut serta berbuka puasa pada petang itu. Kami dihidangkan dengan juadah berbuka, Laksa Johor. 
"pergh.... memang terbaiklah, kegemaranku", bicara aku di dalam hati. 
apa yang membezakannya pada hari itu, kakak ipar beliau mengguna laksa bukan spegetti seperti kebiasaan.

Alhamdulillah, kenyang pada petang itu. Manakan tidak, dua pinggan aku layan Laksa Johor itu.

Pada malam itu, sahabat aku mengajak aku pusing (berjalan) di Bandar Mersing, dan "lepak" di tepi laut. Tetapi, lepak tepi laut diwaktu malam, sekadar dapat melihat cahaya dari kapal-kapal dan cahaya dari rumah api yang berhampiran. Seronok juga, kerana terasa suasana  sejuk dan tenang terasa dalam diri.

Keesokkan paginya, seperti yang sahabat aku janjikan, kami perlu pulang semula ke Segamat, kerana aku bekerja pada hari Ahad. Maka bergeraklah kami dari rumah abang beliau meneruskan perjalanan pada jam 11.00 pagi. Sempat juga aku singgah basuh kereta kerana berbulan rasanya aku tidak mencucinya, dan agak comot kelihatan.

Sempat pula sahabat aku membawa aku singgah di Pantai Pasir Lanun, sekadar duduk-duduk dan menikmati pemandangan sahaja. Kerana berada di dalam bulan puasa, jika tidak dah pasti duduk berendam di dalam air yang nampak kebiruan itu.

Setibanya di simpang antara Bandar Pekan dan Bandar Muadzam, aku bagi request pada sahabat aku.
"Bandar Pekan jauh tak dari sini?", tanya aku.
"Tidaklah terlalu jauh, kenapa", jawab dan tanya beliau kembali.
"Boleh tak bawa pi ke sana", aku membuat permintaan.
"Boleh jer", ujar beliau.
"wow. best", jawab aku kegirangan.
Niat hati sebenanrnya ingin merasa sejenis makan yang ada di Bandar Pekan, Puding Raja namanya. 

Setibanya di Bandar Pekan, sahabat aku membawa aku ke Muzium Sultan Abu Bakar. Rupa-rupanya dia juga telah lama simpan niat nak berjalan-jalan di kawasan itu. Tetapi tidak keseluruhan kawasan kami lawati. Ini kerana cuaca agak panas dan dalam keadaan berpuasa. 

Apa yang aku nantikan telah tiba, pergi ke bazar ramadhan yang mana terdapat pelbagai juadah-juadah berbuka puasa yang dijual. Dan sudah tentu aku mencari Puding Raja. Dan aku dapat apa yang aku inginkan, terasa seperti tidak sabar ingin merasa juadah tersebut.

Perjalanan pulang ke Segemat diterukan kembali, Kami tiba di Segamat Yayasan hampir jam 7, dan memutuskan untuk berbuka di kedai makan berhampiran sahaja.

Di sini ingin juga lah nak ucapkan terima kasih kepada sahabat aku yang sudi membawa aku bersiar-siar walaupun dalam berpuasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...