Rabu, 9 Disember 2015

Perginya Seorang Teman.


Dalam minggu lepas, aku mendapat perkhabaran dengan membaca status facebook sahabat aku. Beliau menyatakan bahawa teman lama aku, Muzammil telah kembali ke pangkuan ilahi. Aku agak terkejut juga, kerana sebelum ini aku tiada pula mendengar sahabat aku ini mempunyai masalah kesihatan.

Ajal dan maut di tangan tuhan, apa-apa kemungkinan boleh terjadi. Beliau meninggal seorang balu dan seorang anak perempuan yang baru berumur 3 bulan. Meninggal pada usia 36 tahun. Merupakan seorang anak yang baik dan selalu berbakti pada ibu dan bapa beliau, selama aku mengenali dan aku melihat apabila bersama-sama beliau dahulu.

Sekadar teringat, pada satu ketika, aku bertandang ke rumah ibu bapa beliau. Aku memerhatikan beliau sabar melayan karenah arwah abapa beliau. Memang seorang anak yang baik.

Pada rakan-rakan pula, beliau tidak lokek menghulurkan bantuan, dari segi tenaga. Sering membuat suasana disesuatu majlis ceria. Dan tidak pernah pula bibir beliau sepi tanpa sesuatu yang boleh membingitkan keadaan.

Sebenarnya banyak kenangan sewaktu aku aku tinggal di Puchong dan bersahabat dengan beliau. Sering juga membantu aku di kala aku mengalami kesulitan. Orang yang menghantar aku pulang ke kampung sewaktu pemergian arwah ayah aku. Tidak membenarkan aku pulang ke kampung dengan menaiki motosikal. Beliau sememangnya seorang yang baik, walaupun nakal.

Mungkin disebabkan jarak menjadikan aku jauh dan tidak serapat seperti dahulu. Dan ada beberapa perkara yang tidak dapat aku elakan daripada berlaku. Aku menyimpan hasrat untuk bertemu dengan beliau. Tetapi aku tidak berkesempan untuk berbuat demikian. Aku terasa sangat sedih sebenarnya dengan pemergiannya, mengalir juga lah setitis dua air mata. (lelaki wei... x macho nangis... hahahaha).

Aku doakan beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

P/S: aku tidak akan punya masalah dengan seseorang selagi orang tu tidak buat masalah dengan aku. Tetapi, bila sudah buat hal.... minta maaf banyak-banyak. sendiri mahu ingat.

Selasa, 8 Disember 2015

Orkid.

Asslammualaikum w.b.t.
Lama sudah aku tidak update page aku ni, mungkin kekangan kerja-kerja di pejabat juga di rumah. Maca-macam perkara yang perlu aku lakukan. Tapi tidak seperti sibuknya seorang menteri. Gambar-gambar orkid yang aku selitkan di dalam post ini adalah antara orkid yang ada dalam koleksi aku.


Jika sesiapa yang mengikuti blog  aku ini, pasti mengetahui bahawa aku sering menemankan ibu aku pergi ke nursery mencari orkid. Kadang-kadang habis beribu kerana minat beliau. Sekarang ini, Aku pula telah terikut-ikut hobi beliau yang satu ni. 


Jika diikutkan, penjagaan dan penyelenggaraan pokok orkid ini tidak lah berapa cerewet sangat. hanya jaga keperluan iaitu air dan baja. In Sya Allah, pkok akan gemuk dan sering berbunga. Alhamdulillah, setelah mengikuti cara penjagaan di internet dan nasihat juga tunjuk ajar dari kenkawan di facebook dan kenalan dunia nyata, juga beberapa tips yang aku baca dari internet. Pokok-pokok orkid dalam jagaan aku gemuk dan rajin berbunga.


Tidak seperti dulu, beli berpasu-pasu sampai habis beribu, tetapi pokok kering dan akhirnya mati begitu sahaja. Sekarang ini, ada beberapa jenis orkid dari spesisnya sendiri dan sering berbunga. termasuk orkid hutan yang aku beli di Muadzam. penjual orang asli.


Yang menariknya orkid hutan ini, walaupun saiz bunga tidak begitu besar. Namun ia boleh mengeluarkan harum. Walaupun kecil saiznya, orkid hutan mempunyai daya tarikan tersendiri.


Mengikut pemerhatian aku, peminat-peminat orkid ini ada cara mereka tersendiri. Maksud, mereka ini mengumpul spesis-spesis yang mereka minat. Aku ada niat aku nak kumpul satu spesis orkin ini, bunga tidaklah besar, tetapi warna dan corak yang terdapat pada kelopak bunga memamg menarik minat aku. Phalaennopsis deliciosa, kalau tidak silap.


Sekian sahaja post kali ini.





nopsis deliciosa

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Phalaenopsis deliciosa

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Selasa, 27 Oktober 2015

Facebook Account

Baru-baru ini ada kenalan aku menghubungi aku dan bertanyakan tentang account facebook aku. Dia bertanya samada aku mempunyai account lain selain yang sekarang. Aku memberitahu kepada beliau bahawa aku hanya mempunyai satu account sahaja (buat masa ini)

Sahabat aku ini menyatakan bahawa account tersebut mengandungi gambar-gambar yang agak seksi. 
"Benarka?", aku mencari kepastian di dalam ceritanya.
"Ya zal, budak-budak kecoh berbual tentang perkara ni", jelas belia kepada aku.
Aku meminta id facebook tersebut. Dan memang benar account tersebut menggunakan gambar aku sebagai profile picture.

Apa yang mampu aku lakukan hanya menghubungi owner facebook tersebut untuk menghentikan perbuatan beliau terhadapa aku. Meminta secara baik.
Alhamdulillah, beliau telah meminta maaf dari aku dan akan delete account tersebut. Dan beberapa hari ini, profile tersebut telah tidak nampak di laman sosial tersebut.

Terima kasih aku ucapkan kepada beliau.


https://www.facebook.com/mfaizal.danny
ini sahaja lama facebook yang aku ada

Manusia.



Assalammualaikum, Salam Selasa. post kali ini aku nak ceritakan tentang manusia dan perhubungan. Baru-baru ini, seorang kenalan aku menghubungi aku bercerita dan meminta bantuan dari aku dalam menyelesaikan masalah beliau. Ia berkaitan dengan orang yang rapat dengan aku.

Semasa perbualan tersebut, sahabat aku ini terlepas cakap tentang apa yang orang itu bercerita tentang diri aku. Dalam baik rupa-rupanya mereka memburukan aku dibelakang orang lain. Mereka juga menyebar-nyebarkannya. Walhal bukan jauh mana mereka dengan aku.


Bukan sekadar diri aku sahaja, selama aku mengenali mereka ini, bermacam onar yang telah mereka timbulkan. Ramai juga kenalan aku yang telah menjadi mangsa mulut mereka ini. Untuk menutup dan risau keburukan diri sendiri diketahui umum, mereka menggunakan kelemahan, kesilapan dan keburukan orang lain untuk dijadikan isu hangat supaya yang lain lupa tentang apa yang telah berlaku pada diri mereka.

Bukan aku dan mangsa-mangsa mereka tidak mengetahui apa yang telah terjadi di kalangan mereka. Setiap keburukan mereka telah lama diketahui oleh aku. Hanya aku diamkan diri dan tidak menyebarkan aib mereka kepada orang lain. Boleh sahaja aku post  di facebook/ twiter bermacam lagi laman sosial.

Tapi bagi aku, untuk apa. Apa yang aku dapat dengan menyebarkan aib mereka. Tidak mendatangkan keuntungan pada diri aku mahupun keluarga aku. Sesungguhnya Allah itu ada, mereka tidak sedar bahawa keburukan mereka semakin lama semakin diketahui orang. Bukan dari mulut aku sendiri, tetapi orang lain. Aku mengetahuinya kerana ada orang lain hadir bertanyakan perihal mereka pada aku. Jawapan yang aku beri sekadar "tidak tahu".

Biarlah apa yang mereka ingin lakukan kerana Tuhan itu ada untuk membalasnya. Dan aku ingin menyampaikan ribuan terima kasih di atas information yang diberikan kepada orang sekitar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...