Selasa, 25 Ogos 2026

Perjalanan Bertugas Di Maha 2026, Serdang.

Hari ini dalam sejarah, yang mana sepanjang aku berkerja dalam sektor ini, pertama-tamanya aku bertugas di luar negeri. Atas arahan pejabat aku ini,

Pada awalnya, aku ingin membawa kenderaan sendiri dan park kereta di pejabat sahaja. Tetapi sahabat aku menawarkan untuk menghantar aku.

Keluar dari rumah seawal jam 9.30 pagi, dan berhenti sekejap untuk bersarapan, tidak molek pula rasa jika aku dah meminta bantuan tetapi tiada sebarang habuan untuk orang yang membantu. Maka akuenawarkan mereka untuk bersarapan pagi. Tidak disangka, order kami lewat dapat. Dan telah mengambil masa di situ hampir satu jam. 
"Argghhhh.... Pasti lewat sampai ni.. ", dalam hati aku berkata.

Perjalanan dari rumah ke tempat yang dijanji mengambil masa selama satu jam lebih perjalanan, disebabkan kelewatan order tadi, aku memang lewat tiba ke tempat perjanjian selama 45 minit. Dalam sejarah aku berjanji dan aku tidak tepati, di situ aku menunjukkan perkara dan tanggapan negative tentang aku, tetapi apa yang boleh dilakukan, terimalah sahaja anggapan orang.

Driver dah mula bising, aku dengar dari call  rakan satu pejabat. 
"Aduh.... Ini yang tak best ni....", sekali lagi dalam hati aku.

Tidak mengapa lah, ambil ini sebagai satu ikhtibar, mungkin selepas ini aku akan bergerak sendiri untuk melakukan aktiviti sendiri.

Apapun... MAHA 2026 tunggu aku.

Isnin, 24 Ogos 2026

Tahniah Dato' Ziana Zain.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dato' Ziana Zain di atas penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato'. Pengiktirafan ini amat bertepatan dengan dedikasi, mutu seni, dan ketabahan beliau sepanjang lebih tiga dekad menghiasi persada seni negara. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat seluruh warga industri kreatif tempatan.
Ringkasan Biografi
 * Nama Penuh: Siti Roziana binti Zain
 * Tarikh Lahir: 2 Mei 1968 (berasal dari Kampung Melayu Subang, Selangor)
 * Latar Belakang Awal: Sebelum menceburi bidang seni secara profesional, beliau pernah berkhidmat sebagai pramugari di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).
 * Kemunculan Awal: Mula mencipta nama dalam arena muzik tempatan menerusi album sulung Madah Berhelah pada tahun 1991, yang melonjakkan nama beliau sebagai antara penyanyi pop wanita terkemuka tanah air.
Sumbangan & Pencapaian Utama
 * Ikon Vokal & Muzik Pop: Terkenal dengan julukan "Ratu Pop" dan teknik vokal julat tinggi (high-pitch) yang menjadi identiti ikoniknya. Beliau melahirkan pelbagai lagu malar segar seperti Setia Ku Di Sini, Puncak Kasih, dan Kemelut Di Hati.
 * Kejayaan Antarabangsa: Mengukir nama di peringkat antarabangsa apabila menjuarai Voice of Asia di Kazakhstan pada tahun 1995 dan meraih Gold Award di Asian Pop Song Festival di Shanghai, China (1996).
 * Dunia Lakonan: Menempah kejayaan besar dalam bidang seni lakon menerusi filem-filem pecah panggung arahan Datuk Yusof Haslam seperti Sembilu, Sembilu II, dan Maria Mariana.
 * Duta Jenama & Ikon Fesyen: Beliau menjadi wanita Asia pertama yang dilantik sebagai duta antarabangsa bagi produk kosmetik Neutrogena, selain kerap menjadi ikutan dalam dunia fesyen tempatan.

Apa Yang Sebenarnya.

Hari ini, melayankan orang atasan aku Berasa agak tertekan dan sedikit stress sehingga berasa bengal kepala aku ini. Manakan tidak, aku diminta mengulas laporan media sosial pejabat di mana aku bekerja.

Pada fikiran aku, (adakah aku salah? Tolong betulkan aku). Aku hanya menyediakan dan mengeluarkan satu laporan dari beberapa akaun laman sosial dan memberikan maklumat kepada beliau, dan beliau akan mengulas dan memberikan arahan atau cadangan terhadap perkara tersebut, maksudnya dia yang menilai dari laporan tersebut.

Sekarang, diserahkan kepada aku supaya mengulas dan memberikan comment dan lain-lainnya. 
"Hurmm.. besar pula pangkat aku untuk mengulas bahagian lain, dan aku juga salah seorang yang upload post-post yang ada, tetapi aku sendiri mengulas kerja-kerja aku sendiri, hurmm.... Itu macam ke?",

"Lantak engkau lah leman, malas aku nak layan...",

Iya lah, kita ini yang menerima arahankan, jadinya akurlah dengan kehendak walauoun perkara tersebut bukanlah tugas kita sendiri. Bos-bos kenkononnya.

Isnin, 17 Ogos 2026

FELCRA BUKIT KEPONG, MUAR JOHOR.

Hai, salam sejahtera, 

Seperti nama blog aku ini adalah DI MATA KU blog ini aku ceritakan apa yang berlaku pada diri aku, tentang diri atau pengalaman aku sepanjang aku hidaupo dan bernafas di dunia pinjaman ini,

Hai guys, apa khabar, seperti sebelumnya, blog aku ini memang bersawang-sawang, umpama ownernya telah menghembuskan nafas terakhir, 
"hahahaha.....",

Bukan begitu, hanya kekangan kerja hakiki dan cuba untuk kembali semangat bekerja setelah beberapa kali ditukarkan ke beberapa bahagian dan pejabat, sedikit sebanyak emosi aku agak merundum juga lah akibat dari tekanan tersebut. Biasalah, kerja di bawah orang-orang ini, beginilah jadinya. Dan hampir sebulan aku berada di pajabat baharu, dan masih lagi belajar dan cuba mengenal dan mengejar kerja-kerja yang ada di pejabat ini. Nama pejabat aku terpaksa rahsiakan untuk menjaga kepentingan tertentu.

Baiklah, Kali ini aku ingin bercerita tentang satu tempat yang sangat berkait rapat dengan diri aku ini, di mana tempat tersebut adalah tempat aku membesar dan mempunyai pengalan dan kenangan-kenangan yang manis dan, pahit, sebenarnya aku tidak nampak pula di mana pahitnya. Kerana apabila aku mengingat peristiwa-peristiwa dulu, pasti membuatkan aku tersenyum dan tiada pula rasa sedih dan ingin menangis rasa kecewa yang teramat.

Berbalik kepada tujuan asal, artikal seterusnya adalah tentang apa seperti tajuk blog pada kali ini.


FELCRA BUKIT KEPONG, MUAR JOHOR.

Di pedalaman Muar, Johor, terdapat sebuah kawasan yang mungkin kelihatan biasa pada pandangan mata. Barisan pokok kelapa sawit menghijau, rumah-rumah tersusun di sepanjang jalan dan kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa. Namun di sebalik pemandangan itu, tersimpan sebuah perjalanan sejarah yang panjang — tentang tanah, usaha, keluarga dan sebuah generasi yang membina kehidupan dari awal.

Perkampungan ini bermula sekitar tahun 1972, yang dibangunkan oleh peserta-peserta felcra, masa ini ayah aku antara orang yang terlibat meneroka kawasan ini, kerana itu, penduduk felcra ini ada yang panggil mereka sebagai peneroka. Kawasan ini dibangunkan atas usaha pembangunan tanah luar bandar atau membangunkan kawasan yang tidak diusahakan atau tiada pemilik atau juga tanah milik kerajaan.

Awal pembangunan kawasan ini, ia lebih dengan kawasan hutan atau kawasan  belukar yang mana peneroka ini perlu membersihkan kawasan untuk membangunkannya sebagai kawasan kampung atau kawasan pertanian. Dan kawasan ini mula ditanam dengan anak pokok kelapa sawit untuk dijadikan sumber pendapatgan negeri mahupun negara.

Peringkat awal pembangunan dikenali sebagai FELCRA Bukit Kepong Peringkat 1/Tambahan, dengan keluasan sekitar 1,235 hektar. dan diikuti dengan  Peringkat 2/3, yang mempunyai keluasan kira-kira 1,211 hektar.

Kawasan perkampungan mula diwujudkan dan berkembang sekitar tahun 1980. yang mana kawasan tersebut diwujudkan sebagai kawasan penempatan peserta, dan mula tumbuh sebagai kawasan penempatan, dan mula berkembang dari sebuah keluarga dan menjadi satu komuniti.

Felcra Bukit Kepong juga mempunyai satu kilang sawit yang dibangunkan sekitar tahun 1983. Kemudahan yang telah ada pada hari ini adalah seperti sekolah menengah dan skolah rendah. sebenarnya aku tidak pernah merasa bersekolah pun di kedua-duanya. 

Mungkin itu sahaja yang aku boleh ceritakan tentang perkampungan ini, kalau ada tambahan, mungkin aku akan tambah untuk pengetahuan kawan-kawan.

Hanya sekadar bercerita, tidak terlibat dengan peperiksaan sekolah pun, hahahaha...........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...