Khamis, 7 Januari 2010

aKEdEMi FaNTAsia


tahun baru bermula, dan pencarian bintang akedemi fantasia juga bermula, dan kepada sesiapa yang merasakan diri mereka ada bakat yang boleh diketengahkan sila pergi ujibakat, dan tunjukkan bahawa anda boleh, dan serlahkan lagi bakat anda,



aku juga berminat, tapi ok ker suara aku ni, muka pun tak leh nak jual, inikan suara, lagi lah pula, lagi tak leh nak jual. dan pada mereka yang ingin pergi uji bakat, aku wish kau orang berjaya dalam melayakkan diri ke AKEDEMI FANTASI.

AnuGRAh JuaRA LaGU



anugerah juara lagu akan berlangsung pada 10 january ini. entah bagaimana persembahan yang bakal ditonjolkan pada kali ini, sama-sama kita nantikan ketibaan tarikh tersebut.

antara lagu-lagu yang berjaya untuk ke peringkat akhir ii adalah:

  1. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)
  2. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
  3. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)
  4. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
  5. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)
  6. Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
  7. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)
  8. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)
  9. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
  10. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)
  11. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)
  12. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
  13. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)
  14. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)

kali ini ia akan diacarakan oleh tiga pengacara dan personaliti yang dikenali ramai, mungkin ada keserasian di antara mereka bertiga, kita tunggu sahajalah.

Rabu, 6 Januari 2010

PeRisTiwa TaHUn 2009

macam-macam kenangan yang berlaku dalam tahun lepas, suka duka semua kita lalui, dan aku saja nak berkongsi apa yang berlaku pada diri aku:

january:
  1. aku dapat tawaran bekerja dengan goverment sebagai juruteknik komputer setelah sekian lama berusaha mendapatkan jawatan dalam sektor kerajaan ini, alhamdulillah.
feb:
  1. menganggur sementara melapor diri di PEJABAT TANAH DAERAH SEGAMAT.
  2. berkenalan dengan insan yang aku kasihi sekarang semasa ingin membuat medical check up di putrajaya.
  3. hubungan dengan yang lama semakin membosankan aku akibat sikap ex aku tu.
mei:
  1. lahir blog aku yang kekadang membosankan ni,
  2. hubungan semakin parah setelah aku mengangkat insan yang tersayang sekarang sebagai adik angkat aku, bagi warning, tetapi akibat ego dia langsung tak ambil peduli dengan hubungan aku ngan dia,
jun:
  1. tidak dapat menahan dengan sikap sambil lewa ex aku, last-last putus, setelah setahun aku menanggung semuanya dalam hati akibat sikap dan apa yang dia lakukan dibelakang aku, dia ingat aku tak kenal ngan budak-budak yang dia hubungi tu, kaki kelentong number 1. tapi aku pun bodoh gak, dah banyak kali kantol ngan aku still lagi nak bagi peluang, bukan setakat tiga kali beb..... banyak kali.
  2. aku dah tak percaya lagi, tetapi insan yang aku couple sekarang ingin adakan hubungan couple ngan aku, hermm....aku dah malas, tapi bagi lah peluang.
  3. yang lama jumpa adik aku dan menceritakan yang buruk-buruk tentang yang baru cuba untuk pisahkan kita org...hermm.....nasib baik family aku pandai menilai. yang tak tahan tu dia selalu ingat kan aku "awak akan menyesal kalau tinggalkan saya", please..... aku takkan nak memperbodohkan diri untuk selamanya, aku tak menyesal tinggalkan orang yang macam dia tu.
ogos:
  1. ramadhan tanpa ayah.....terasa sebab dia yang selalu masak juadah berbuka puasa.

sept:
  1. first time birthday party aku dibuat waktu bersahur oleh insan yang aku sayang,
oct:
  1. dan first time juga sambut hari raya tanpa ayah, sangat terasa kerana semualah dia yang sediakan, tak lagi kacau dodol, letih owh.......bulan pose nak kacau dodol, tapi semua tinggal kenangan.
dec:
  1. diburuk-burukan oleh rakan atau sahabat sendiri, macam-macam yang diceritakan pada family aku, teringat apa yang ex aku cuba lakukan....huh!!!!!!.............................dan semuanya berjalan dengan baik.


selamat tinggal 2009............



PIC KeNAngaN

salam......rasanya korang akan bosan tgok pic-pic nih.....sajer nak kongsi ngan korang semasa kami di cameron highland.....




acara tawar menawar dengan penduduk orang asli di sana, kesian sungguh makcik tersebut kerana kerugian besar,


tidak melepaskan peluang menikmati durian hutan, nasib baik tak bawa balik sebab aku tak leh nak bau raja buah ni, pening.......


aweks-aweks dan mamat petai.......teruja dengan petai-petai tersebut,




terkejut dengan kelagat dua minah ni yang tak pernah jumpa petai agak nyer.....



aku tak pasti mamat baju merah tu buat aksi apa.....ermmm.........



alahai...comei ler kengkonon nyer....



bersama adik aku.....saper yang nampak muda?...hehehe...perasan aku ni....



eleh....muka kelat......



mak aku ni tak abis2 nak bergambar, aku yang segan...



aksi seorang mat bunga,



teruja dengan keindahan bunga ros,



menanti kaum hawa, bersolek lama sangat, geram sungguh.....



family aku dan dua sahabat aku.....



tak tau nak beraksi macam mana...macam ni ok kot...hehehe



ermmm.........keletihan sebenarnya waktu ni,



di taman rama-rama



berehat seketika,



seronok nyer dia beli bunga kering ni,



tak tahan lihat mamat ni, bukan berbau harum pun bunga tu,



waktu senja di cameron highland,



keletihan dan dahaga,




no comment



lata iskandar,




ok tak? hehehe.........





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...