kami bertolak dari puchong jam 730a.m, pada mulanya ingin bertolak awal kerana risaukan jam di kl nanti, tetapi adik aku bangun lewat dan terpaksa menunggu dia siap dahulu. dan seperti yang dijangka kami akan menempuh kesesakan lalu lintas, dan terpaksa melayan kesesakan tersebut. dan alhamdulillah kami tiba di cabel car dalam pukul 845a.m, dan kami menaiki cable car untuk sampai ke atas.
Rabu, 31 Mac 2010
GeNTinG
kami bertolak dari puchong jam 730a.m, pada mulanya ingin bertolak awal kerana risaukan jam di kl nanti, tetapi adik aku bangun lewat dan terpaksa menunggu dia siap dahulu. dan seperti yang dijangka kami akan menempuh kesesakan lalu lintas, dan terpaksa melayan kesesakan tersebut. dan alhamdulillah kami tiba di cabel car dalam pukul 845a.m, dan kami menaiki cable car untuk sampai ke atas.
BuTTerFly FaRM
Ahad, 28 Mac 2010
How To TraIN YoUR DraGOn
salam semua, semalam dari tengahari sehingga awal pagi, aktiviti aku berlangsung, first aku telah pun pergi Plaza Low Yatt, Kuala Lumpur untuk membeli sebuah lap top bagi kegunaan adik sahabat baik aku. tetapi sebelum pergi ke lokasi aku telah pergi ke kawasan Tasik Perdana, Kuala Lumpur untuk berjalan, niat di hati untuk bersiar-siar di taman burung atau taman rama-rama. apa aktiviti di taman tersebut aku akan bincangkan dalam post yang akan datang.
setelah penat bersiar di taman tersebut, aku terus menuju ke Plaza Low Yatt untuk settle kan urusan pembelian sahabat aku itu.selesai dari urusan tersebut, pada mulanya aku ingin pergi ke Menara Kuala Lumpur, tapi memandangnya pada malam tadi telah diadakan earth day, pada jam 8.30pm hingga 9.30pm, akan di padam lampu untuk mengurangkan kepanasan global, aku melupakan niat aku, dan terus menuju ke Alamanda, Putrajaya dengan niat menonton wayang, dan aku menonton How To Train Your Dragon. satu filem yang menarik, memang tidak puas, seperti ingin menontonnya semula.sememangnya aku peminat cartoon,
Khamis, 25 Mac 2010
KeMArAU DaN KRiSis
hampir masuk kepada bulan yang ketiga kawasan aku mengalami musim kemarau. dan ianya sangat menyesahkan. dan tidak pula bila hujungnya. mungkin ini adalah dugaan yang diberi atau sebagai hukuman pada mereka mungkin diri aku juga, tandus dan menjalani hari-hari yang bahang.hujan hanya turun beberapa hari sahaja, itu pun hanya membasahkan permukaan bumi. dan hanya beberapa jam selpas itu kering semula akibat panas di permukaan.
sebenarnya aku mahu berkonsi masalah yang dihadapi di kampung aku, bekalan air. sakit sungguh apabila bekalan air tidak ada. semua perkara pun buat tak jadi. dah hampir sebulan perkara ini berlaku. kampung sebelah tidak mengalami perkara ini, tetapi hanya kampung aku sahaja.mengapa? kerana, kampung aku melakukan sendiri proses tersebut. dan bekalan air yang diambil adalah dari sungai yang berdekatan, dan proses pembersihan juga dilakukan sendiri. akibat dari musim kemarau yang berpanjangan ini, sungai tersebut pun kering kontang, dan ada yang mengatakan bahawa sungai tersebut telah pun dialihkan atau dialirkan ke sungai yang lain untuk kerja-kerja pembinaan jalan raya dari bukit kepong ke cha'ah. aku pun tak tahu.
aku tak pasti sampai bila keadaan ini akan berlarutan, dan sangat memeritkan melalui perkara ini, dan mood aku pun tak stabil sekarang ni, dan cepat sahaj nak melenting.....mari lah bersama agar kita berdoa supaya perkara ini dapat di atasi.
Langgan:
Catatan (Atom)