Ahad, 21 November 2010

Sejarah Islam


Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

Sabtu, 20 November 2010

Aku BUkan Baik

salam, untuk menjadi yang terbaik bukannya mudah, aku hanya manusia biasa ada kelebihan dan ada kekurangan, aku tidak sempurna, untuk :-

menjadi seorang anak yang baik = kerana aku punya kenakalan aku sendiri, aku akui bahawa aku sering melakukan kesilapan. Sering juga melawan kata ibu aku. aku mungkin pandai berlakon dihadapan ibu aku. menjadi baik dihadapannya tetapi di belakang aku sering melakukan kesalahan yang mungkin secara sengaja.

menjadi seorang teman atau sahabat yang baik = kerana sering kali juga aku mengeluh dengan sikap mereka, dan aku juga bersikap hipokrit dihadapan mereka, tetapi di sebaliknya aku sering mengeluh dengan tindakan mereka juga dengan kelakuan mereka walaupun di luaran aku nampak baik sahaja.

menjadi kekasih yang baik = kerana kekadang aku terfikir untuk mencari yang lain, akibat dari diri aku yang kadang-kadang tidak tahan dengan sikapnya, sungguh mencabar dalam dunia bercinta ini, banyak dugaannya, terluka kecewa, dan macam-macam lagi yang terpaksa ditempuhi.

menjadi seorang yang jujur = ini merupakan satu perkara yang amat sukar untuk aku lakukan kerana aku sering berbohong, dan terpaksa berbohong, seperti yang diperkatakan oleh budak muda sekarang "bohong sunat" tidak ada istilah itu sebenarnya.

dan yang paling utama adalah = aku bukan hamba Nya yang baik, kekadang bila sendirian, sering terfikir, sampai bila aku akan jadi seperti ini, banyak dosa yang aku lakukan, hingga ada masa untuk duduk ditikar sejadah pun aku terasa malu pada diri aku sendiri. entah lah.

Jumaat, 19 November 2010

Pulau Aur


Pulau Aur, seperti Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang yang terletak di Taman Laut Johor berhampiran Mersing terkenal sebagai salah sebuah destinasi menyelam skuba yang terunggul. Kawasan laut yang lebih dalam di sekitar pulau ini menjanjikan jarak penglihatan bawah laut yang jelas serta pelbagai jenis spesis hidupan laut yang mempesona yang dapat menarik ramai pelancong dan penyelam di hujung minggu.

Keadaan hidupan laut yang sihat dan pelbagai di sini juga menarik minat pemancing ikan yang berharap dapat menangkap spesis ikan besar seperti ikan mersuji atau ikan layaran di luar kawasan Taman Laut yang terlindung. Banyak kapal-kapal layar bersauh di perairan laut tenang antara Pulau Aur dan Pulau Dayang.


Terumbu karang utama terletak di sebelah selatan Pulau Aur dan Pulau Pinang. Bahagian teratas terumbu di sini terletak di kedalaman lebih kurang 12 meter dan melandai ke bawah sedalam lebih 25 meter membuatkan lokasi ini amat menarik untuk diselam.

Terdapat tempat penginapan calet yang kadangkala tutup sewaktu hari minggu sekiranya tiada pengunjung yang datang di sini


Khamis, 18 November 2010

Tersilap

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...