Sabtu, 17 Oktober 2015

Pernikahan & Persandingan Adik.

Assalammualaikum, Pada bulan september yang lepas, telah berlansung majlis persandingan adik bongsu aku. Taniah aku ucapkan kepada beliau dan menjadi seorang isteri.

Aku doakan beliau akan menjadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada suami. Pada pernikahan beliau, aku telah menjadi wali memandangkan ayah kami telah meninggal dunia pada tahun 2008.

Tidak banyak yang aku ingin type kerana sejak kebelakngan ini, aku seperti tiada idea untuk menulis. Mungkin kerana kesibukan kerja otak aku menjadi tepu.

Aku sekadar konsikan beberapa keping gambar sahaja.












Isnin, 13 Julai 2015

Mersing.

Pada 5 Julai yang lalu aku telah dipelawa oleh sahabat aku untuk bertandang ke rumah abang beliau dan berbuka bersama. Pada awalnya aku agak keberatan kerana aku bukanlah seorang peramah, tetapi merupakan seorang yang sedikit pemalu dan tidah pandai berbual. Tapi difikirkan semula why not,

Oleh itu pada hari Jumaat 3 Julai, sahabat aku ini menaiki bas dari TBS menaiki bas dan turun di Segamat. Dan aku menanti beliau di bustand Segamat. Setibanya beliau di Segamat, kami meneruskan perjalanan menuju ke Mersing. Muadzam, Pahang merupakan lokasi pertama yang aku singgah, ini kerana ingin mengisi minyak dahulu sebelum meneruskan perjalan.



Kali pertama aku pergi ke Mersing dengan menggunakan jalan Muadzam ke Rompin. Apa yang menarik pada hari itu jalan agak lengang dan dapat menikmati pemandangan dan melihat suasana kampung orang. Perjalanan pada hari itu memang lancar,  mengikut kata sahabat aku, apabila musim perayaan, jalan tersebut menjadi sibuk juga dengan kenderaan.

Setibanya di Pekan Rompin, aku mengajak sahabat aku untuk berhenti melihat dan meninjau bazar Ramdhan di situ, mungkin boleh bertemu dengan kuih yang agak istimewa (kuih tempatan). Boleh juga merasa kuih-kuih tradisional negeri orang. Sahabat aku membeli kuih Akok, kalau tidak salah ejaan. Selesai "tawaf" bazar ramadhan tersebut, kami meneruskan perjalanan.

Azan Maghrib, waktu berbuka puasa aku tiba di rumah abang sahabat aku. Dan seperti "langkah kanan",  kami turut serta berbuka puasa pada petang itu. Kami dihidangkan dengan juadah berbuka, Laksa Johor. 
"pergh.... memang terbaiklah, kegemaranku", bicara aku di dalam hati. 
apa yang membezakannya pada hari itu, kakak ipar beliau mengguna laksa bukan spegetti seperti kebiasaan.

Alhamdulillah, kenyang pada petang itu. Manakan tidak, dua pinggan aku layan Laksa Johor itu.

Pada malam itu, sahabat aku mengajak aku pusing (berjalan) di Bandar Mersing, dan "lepak" di tepi laut. Tetapi, lepak tepi laut diwaktu malam, sekadar dapat melihat cahaya dari kapal-kapal dan cahaya dari rumah api yang berhampiran. Seronok juga, kerana terasa suasana  sejuk dan tenang terasa dalam diri.

Keesokkan paginya, seperti yang sahabat aku janjikan, kami perlu pulang semula ke Segamat, kerana aku bekerja pada hari Ahad. Maka bergeraklah kami dari rumah abang beliau meneruskan perjalanan pada jam 11.00 pagi. Sempat juga aku singgah basuh kereta kerana berbulan rasanya aku tidak mencucinya, dan agak comot kelihatan.

Sempat pula sahabat aku membawa aku singgah di Pantai Pasir Lanun, sekadar duduk-duduk dan menikmati pemandangan sahaja. Kerana berada di dalam bulan puasa, jika tidak dah pasti duduk berendam di dalam air yang nampak kebiruan itu.

Setibanya di simpang antara Bandar Pekan dan Bandar Muadzam, aku bagi request pada sahabat aku.
"Bandar Pekan jauh tak dari sini?", tanya aku.
"Tidaklah terlalu jauh, kenapa", jawab dan tanya beliau kembali.
"Boleh tak bawa pi ke sana", aku membuat permintaan.
"Boleh jer", ujar beliau.
"wow. best", jawab aku kegirangan.
Niat hati sebenanrnya ingin merasa sejenis makan yang ada di Bandar Pekan, Puding Raja namanya. 

Setibanya di Bandar Pekan, sahabat aku membawa aku ke Muzium Sultan Abu Bakar. Rupa-rupanya dia juga telah lama simpan niat nak berjalan-jalan di kawasan itu. Tetapi tidak keseluruhan kawasan kami lawati. Ini kerana cuaca agak panas dan dalam keadaan berpuasa. 

Apa yang aku nantikan telah tiba, pergi ke bazar ramadhan yang mana terdapat pelbagai juadah-juadah berbuka puasa yang dijual. Dan sudah tentu aku mencari Puding Raja. Dan aku dapat apa yang aku inginkan, terasa seperti tidak sabar ingin merasa juadah tersebut.

Perjalanan pulang ke Segemat diterukan kembali, Kami tiba di Segamat Yayasan hampir jam 7, dan memutuskan untuk berbuka di kedai makan berhampiran sahaja.

Di sini ingin juga lah nak ucapkan terima kasih kepada sahabat aku yang sudi membawa aku bersiar-siar walaupun dalam berpuasa.

Khamis, 2 Julai 2015

Akhirnya

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Terlalu lama aku meninggalkan dunia blog ini. Entah ada lagi atau tidak peminat dan pengikut-pengikut blog aku ini kan?

Telah di pertengahan bulan Ramadhan kita sekarang ini. Tidak lama lagi akan menyambut Syawal. Corong-corong radio telah menyiarkan lagu-lagu raya. Tapi untuk menyambutnya aku seakan tidak punya semangat.

Manakan tidak, bermacam yang aku lalui, hadapi dan terima pada awal tahun. Kebanyakan yang duka-duka sahaja. Tetapi Alhamdulillah, aku telah dapat kembali semangat aku kembali. Yang lepas biarkan lepas, tiada guna aku kenang-kenangkan. Untuk berdendam tidak sesekali.

Segalanya aku serahkan kepada Yang Ilahi untuk membalas segala perbuatannya, segala tuduhannya dan segala yang dia telah lakukan pada aku. Biarkan, yang penting aku perlu teruskan kehidupan dan membentuk semula kehidupan yang telah aku sia-siakan.

Sudahlah, aku ingin memulakan lebaran baru bermula pada hari ini. Aku cuba update astu hari satu post. hehehehe....


Ahad, 10 Mei 2015

Belajar Memaafkan.

Assalammulaikum dan salah sejahtera.
Berbulan-bulan lamanya saya tidak membuka blog ini, sehinggakan saya sendiri hampir lupa password untuk log in.

Pelbagai perkara yang aku lalui selama awal tahun ini, kebanyakannya berduka. Sehingga hampir setiap malam aku menangis mengenangkan apa yang telah aku lalui selama hampir sebulan. Sehingga ada seorang sahabat menasihati aku supaya cuba untuk memaafkan. 

Pada mulanya, memang sukar untuk aku lakukan kerana memikirkan sakit yang telah aku terima. Mengingatkan apa yang telah aku lakukan dan berikan. Sebenarnya apabila aku mengingatkan itu semua, maka akan bertambahlah rasa sakit dah tersiksa lah bain dan hati.

Sekarang aku cuba untuk melupakan daripada terus mengingat perkara-perkara yang telah berlalu. Suapay tidak terasa sangat dengan apa yang telah berlaku. Belajar menerima dan redha.

Bila difikirkan semula, hampir aku tergelak. Manakan tidak, tidak pernah aku berduka sedemikian rupa walau apa yang aku tempuh itu lebih menyakitkan dan lebih memilukan. Sekarang aku hanya lakukan dengan mencari kawan-kawan lama semula dan mencari kenalan baru yang boleh dibuat rakan unyuk berbual atau bersenda supaya tidak memikirkan apa yang telah berlaku.

Dan aku juga telah melakukan beberapa aktiviti semasa lapang bagi sibukkan diri aku agar tidak terlalu mengingat. Bila berada di pejabat, memanglah dipenuhi dengan kerja-kerja, tetapi apabila di rumah banyak masa yang aku bazirkan begitu sahaja.

Aktiviti pertama: Aku telah membina sebuah reban ayam, niat dalam hati ingin membela ayam kampung dan ingin aku jual apabila sampai tempoh. Pada awal-awal ini aku sekadar membeli dan membela 10 ekor anak ayam yang aku beli di sebuah kedai yang membekalkannya di Muar. Dalam bulan depan aku merancang ingin membeli lagi 10 ekor. dan begitulah juga pada bulan-bulan yang berikutnya. Harap-harap Tuhan menyebelahi aku dari segi rezeki, Amin.

Aktiviti kedua: Ingin aku menanam cili, tapi ini dalam perancangan kerana keluasan tapak rumah ibu aku tidak seluas mana. sekadar kecil-kecilan. Juga dengan niat sibukkan diri dengan kerja-kerja berfaedah. Memandangkan ingin membeli dan mencari cili kampung agak sukar pada masa ini. Sekadar ingin makan sendiri boleh lah.

Harap-harap apa yang aku lakukan ini tidak "sehangat tahi ayam sahaja" 
hahahahaha.... doa kan aku jadi penternak berjaya yer kawan-kawan.
terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...