Selasa, 26 Januari 2010

DeSAru

salam....terlalu lama tak update blog aku ni, sibuk dan letih kerana baru pulang dari kursus di Desaru, dan pergi ke kuala lumpur. untuk berjumpa dengan somebody dan menghantar barang untuk adik aku yang belajar di damansara.



aku berkursus selama 3hari dan 2 malam. dan memang menyeronokkan semasa kursus tersebut. sebenarnya aku membawa ibu aku dan menghantarnya ke rumah pakcik aku yang terletak di felda adilla, mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja ke desaru ni.


sebenarnya ku sudah terlalu lama tidak datang ke sini lebih kurang 15 tahun dan begitu juga dengan rumah pakcik aku tu pun aku telah 15 tahun aku tak datang, aku hanya singgah sebentar sebelum mendaftar di DESARU BEACH RESORT. lupa nak bagi tau bahawa kursus tersebut diadakan di hotel tersebut. dan for all, aku nak bagi tahu bahawa memang nice hotel ni dan permandangan di situ juga menarik sangat-sangat.


dan bilik tempat aku menginap memang nice sangat-sangat. boleh lah walau pun bukan bertaraf 10 bintang but hotel tersebut memang selesa sangat. dan aku di tempatkan bersama seorang sahabat technician aku dari muar.


dan aku letakkan beberpa view kat hotel tersebut.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...