Rabu, 28 April 2010

Prince Of Persia



Konon, menurut legenda Persia, barang siapa memiliki sebuah jam pasir yang berisi Sands of Time (pasir waktu) akan mampu membalikkan waktu. Jam pasir ini adalah pemberian para dewa yang tak bisa dipergunakan sembarangan. Di tangan orang yang baik, jam pasir ini bisa mendatangkan kebaikan dan sebaliknya di tangan orang yang jahat maka kehancuran yang ditimbulkannya juga tidak terbayangkan.

Satu-satunya orang yang bisa mengeluarkan 'pasir waktu' ini dari dalam jam pasir adalah Dastan (Jake Gyllenhaal) yang memiliki Dagger of Time (belati waktu). Dastan, sang pangeran, bukanlah pria yang jahat namun dengan tipu daya sang wazir (Gisli Orn Gardarsson), Dastan akhirnya melepaskan 'pasir waktu' ini dan mengakibatkan kekacauan di mana-mana.




Seluruh kerajaan seketika musnah dan penghuninya berubah menjadi monster yang menakutkan. Kini keselamatan seluruh dunia berada di tangan Dastan. Ia harus berhasil mengembalikan 'pasir waktu' ini ke dalam jam pasir dan menghentikan kehancuran di muka bumi. Untungnya, Dastan sang pangeran tidak sendiri. Ada Putri Tamina (Gemma Arterton) yang bersedia membantunya dalam misi mulia ini.

Selasa, 27 April 2010

Geram.

hari ini, aku betul-betul bengang dengan seorang mamat mangkuk di office tu, semalam dia dah buat hal, aku anggap dia hanya bergurau sahaja, tetapi hari ini pun sama juga, still nak sakitkan hati aku. apa? dia fikir aku ini tidak ada maruah untuk diperlakukan dan dipermainkan sedemikian rupa.

ada ke dia mengajak melakukan sesuatu yang bodoh. dia fikir aku ini apa? boleh dipermainkan. sakit hati dengan budak gila tersebut. aku betul-betul nak cakap di sini. aku tak kisah aku nak berkawan dengan sesiapa andainya orang tersebut boleh respect diri aku, aku tak mahu mencari masalah dengan orang lain. tetapi kalau dah bersikap kurang ajar faham-faham sendiri.

kadang-kadang aku terfikir, mungkin dia sakitkan hati kerana mungkin dia beranggapan yang aku telah merampas kawan-kawan dia, please lah. bila aku berada di office, semua kawan aku. aku bukan jenis nak baik dengan orang itu sahaja dan tidak membenarkan mereka berkawan dengann orang lain setelah berkawan dengan aku.

konsep aku sekarang, aku berkawan dengan sesiapa sahaja, dan tidak ada istilah kawan baik. kerana aku memang sukar untuk mempercayai seseorang sekarang ini akibat dari diperlakukan oleh orang yang aku angkap sahabat.

apa bila berada dalam kesenangan pasti mendampingi kita, tetapi apabila di dalam kesusahan tinggalkan kita. pernah ada yang meminjam dengan aku (duit) dan sampai hari ini aku ingat lagi, aku halalkan, tetapi selebihnya urusan dia dengan tuhan. ada seorang itu. aku bantu kerana belum lagi mendapat kerja. aku beri pinjamkan duit. tetapi apabila telah mendapat kerja aku minta balik, dia bayar tidak sampai setengah dari jumlah yang dia pinjam. dan hebahkan pada orang lain yang dia telah membayar semula duit aku, dan aku sahaja yang lebih-lebih.


seorang lagi pun begitu juga. entahlah, aku telah pun berhenti mempercayai seseorang. jauh aku lari dari tajuk. aku tidak faham mengapa aku diperlakukan seperti itu. sedangkan aku tidak mengganggu kehidupan mereka, setiap kali aku datang office, aku buat kerja aku sendiri. andai mereka ingin berkawan dengan aku, tidak menjadi masalah bagi aku, hanya aku ini bukan jenis orang yang pandai berbual seperti pakcik-pakcik yang duduk di warung.

tidak juga aku mengganggu awek-awek mereka, isteri-isteri mereka, adik perempuan mereka, atau sesiapa yang ada berkaitan dengan mereka, tetapi mengapa mereka terlalu sakit hati dengan aku. aku pun tak faham apa yang telah aku lakukan. apa masalah mereka dengan aku, datang dekat dengan aku, khabar kan apa yang engkau orang tidak puas hati sangat dengan aku.

Isnin, 26 April 2010

Kecewa

petang tadi sahabat aku call, dia lepaskan apa yang tersimpan dan apa yang berlaku pada dia. sebelum ini perkara ini telah pun berlaku, dan dia betul-betul tertekan dengan apa yang itu lakukan kepada dia. dahulu dia diburukkan. sebelum ini couple dia tu berlaku curang dengan dia. sememangnya dunia kini tidak ada yang boleh dipercayai. dan dengan tanpa rasa bersalah, dia menuduh member aku ini menghidap HIV.


hinggakan di forum juga diletakkan perkara tersebut. dan akibat tidak dapat menanggung apa yang telah diterima, sahabat aku ini telah pergi berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan, (blood test) nyata negatif. tetapi tuduhan tetap dilemparkan.

kemudian dia create satu account di myspace untuk menganiaya sahabat aku itu. dan bermacam-macam call yang masuk kerana number phone juga diletakkan di account tersebut. dengan bantuan rakan-rakannya, juga aku kenali, perkara itu disiasat dan dapat dikenalpasti siapa punya angkara. dan budak tersebut memohon maaf daripadanya. dan aku kenal dan juga pernah bersua dengan budak yang tidak berhati perut ini.


dengan perbuatannya yang sungguh tidak ada rasa bersalah, sahabat aku ini mengambil tindakan memakan pil tidur, dan macam-macam lagi yang telah dilakukan untuk menghadapi perkara tersebut. tapi atas nasihat rakan-rakannya dia cuba untuk pulihkan semangat dia semula.

tetapi beberapa hari ini, ada lagi tuduhan yang dia terima, terkilan rasa dihatinya. kerana dia masih lagi dituduh dengan tidak ada usul periksa. setahu aku dan sebelum perkenalan aku dengan dia, aku diterangkan tentang diri dia dari orang-orang yang pernah mendampinginya. kerana aku cukup berhati-hati dalam memilih kawan.

hari ini, dia call aku bahawa dia dapat call dari tiga number dan budak-budak yang call dia menyatakan ada satu account myspace yang meletakkan number phone dia di laman sosial tersebut. apa yang mereka mahu. setelah sekian lama member aku ini menjauhkan diri dari menimbulkan masalah dengan orang lain, tetapi dia tetap diperlakukan sedemikian rupa.

mungkin akan direportkan sahaja pada pihak berkuasa untuk mencari orang yang cuba menfitnah tersebut agar mereka sedar diri, tetapi aku cadangkan lihat dahulu apa yang mereka lakukan sebelum kita bertindak. kerana ini telah mengganggu hak privacy dan maruah seseorang. dan ini juga menyalahi undang-undang dan tindakan undang-undang boleh dilakukan.

terserah pada mereka untuk berfikir secara waras.


Cuka


CUKA sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.

  1. Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.
  2. Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.
  3. Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.
  4. Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.
  5. Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.
  6. Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.
  7. Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.
  8. Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.
  9. Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.
  10. Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.
  11. Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.
  12. Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.
  13. Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

Ahad, 25 April 2010

Budak Bangang

semalam, sewaktu dalam perjalanan pulang setelah puas berjalan. aku memandu pulang, dan setibanya dia Tangkak, ada satu mat rempit. membawa motor dengan cara yang merbahaya. terhuyung hayang. dan di kepala aku fikir mungkin dia dalam keadaan mabuk. dengan membawa motor dengan kelajuan dan cara yang merbahaya.

member aku cakap pada aku "hisshh..... gila betul budak tu bawa motor. beberapa kali nak jatuh, kalau jatuh pasti dilanggar kereta",

" biar lah dia suka bawa macam tu. kalau dia jatuh atau kena langgar ke, ada lah benda nak letak kat dalam post", jawab aku.

"tak baik cakap macam tu, tapi budak tu memang bodoh, tak sayang nyawa, saya tengok dia macam di hujung nyawa jer", ujarnya.

"alah lantak lah dia", jawab aku untuk menghentikan perbualan tentang mamat yang bodoh itu.


tidak lama kemudian aku dan sahabat aku terlihat seorang budak menaiki motor dah terjatuh di tepi jalan dan ada tiga orang lelaki di situ,

"awak, budak tadi jatuh lah, astaghfirullahalazim, jom wak kita pi tengok", ajak member aku.

"alah malas lah, lantak lah dia, dia sendiri yang cari masalah sendiri tanggung lah", ujar ku. walaupun baru sebentar tadi aku sendiri yang cakap nak ambil gambar andai dia jatuh atau kemalangan, tak sangka pula gurauan aku itu menjadi kenyataan.

"jom lah, pusinglah semula, kita tengok", ajak sahabat aku lagi.

dan aku mengikuti permintaan sahabat aku itu untuk melihat apa yang berlaku, dan apa yang berlaku aku tidak berhenti ditempat kejadian kerana, tiga orang lelaki tadi adalah anggota polis, dari bahagian siasatan, terus sahaja aku meninggalkan tempat kejadian.

tapi sempat juga aku melihat apa yang berlaku, satu batang tembok penanda jarak telah dilanggar, dan budak yang tidak berapa betul itu telah duduk di tepi jalan sambil diceramah dan juga belasah. baguslah, biar dia rasa, kerana sememangnya dia memang menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. kalau aku pun bagi jer satu penyepak, tu pun belum cukup buat dia sedar diri, esok lusa buat lagi.

Sabtu, 24 April 2010

Simply Siti

siti nurhaliza, tidak perlu diperkenalkan lagi di negara ini. dan beliau kini bergelar datuk. dari awal penglibatan beliau dalam dunia seni, pelbagai kejayaan yang diperolehi. dan dengan usaha beliau bermacam-macam lagi kejayaan yang diperolehi, seperti yang Allah janjikan, andainya kita berusaha dan sentiasa bertawakkal dengannya insyaallah diperkenankan.


dan hari ini muncul produk sendiri. satu lagi kejayaan yang diperolehi, hebat dengan usaha sendiri berjaya mempunyai produk sendiri. di sini aku ingin mengucapkan tahniah dengan kejayaan beliau. dan kita cuba berusaha untuk merealitykan apa yang kita mahu. insyaallah Allah akan memperkenankan andainya apa yang kita usahakan itu ikhlas dan membawa kebaikan kepada diri kita sendiri.


kita lihat apa perkembangan produk beliau ini, dan khabarnya sekarang ini mendapat sambutan. aku pun tidak pernah pergi servey barang-barang simply siti ini, sebab tidak ada produk lelaki untuk aku yang dipasarkan di bawah nama simply siti, dan aku juga tidak boleh memberi apa-apa comment kerana belum mencubanya lagi,

kepada Datuk Siti Nurhaliza, semoga berjaya atas apa jua yang diusahakan.

Jumaat, 23 April 2010

Akhir Nya

beberapa hari yang lepas, seorang sahabat aku telah datang kepada aku, menceritakan tentang apa yang berlaku. sebenarnya, beliau telah berkawan dengan suami orang. hubungan yang bagaimana aku tak pasti, yang pasti dia khabarkan kepada aku hanya kawan. tapi mendengar cerita dari beliau yang si suami orang itu mengharapkan yang lebih.

aku ada postkan cerita dia sebelum ini, dalam post tersebut aku ceritakan bahawa isteri kepada si suami itu telah mengetahui dan mengamuk sakan. dan seringkali menalifon aku bertanyakan hal member aku itu, sama ada kerja atau tidak dan sebagainya lah.


oh terlebih pula. sebenarnya aku ingin bercerita di sini bahawa member aku tu telah pun putus hubungan dengan suami orang tersebut. bagi aku, itu perkara yang baik dan dia tidak terus dengan bermain dengan perasaan dan sering diganggu. lagi pula tak elok nak kacau suami orang, akan menimbulkan banyak masalah kelak.

kepada sahabat aku itu belajar bersyukur dengan apa yang kita ada. jangan lupa pada keluarga sendiri semata-mata ingin berseronok dengan orang yang telah dimiliki. ada suami sendiri dan anak sendiri. itu lebih penting dari melayan suami orang yang entah bila kesudahannya.

Khamis, 22 April 2010

Penghibur

dalam aku berkeadaan yang tidak ok. dengannya ada orang yang mengkelas aku sebagai apa dengan tidak mengenali aku sebenar atau dengan lebih dekat dia sesuka hati kelas kan kita di mana dan siapa kita, terhibur juga dengan haiwan-haiwan peliharaan aku, seperti kucing-kucing aku, dan ikan-ikan belaan aku. lupa seketika masalah yang aku hadapi.

kekadang aku berasa kasihan pada member aku kerana menjalani dan menghadapi masalah ini sendirian dan punya family yang jauh di kampung. bersabar sahaja dengan dugaan yang tiba dan terima sahaja. mungkin ada sebab kita diuji sedemikian rupa. biar lah meraka. sesungguhnya tidak mampu untuk kita halang.
banyak juga karenah anak-anak kucing aku ini. actualy mereka tidak cukup susu akibat kekurangan susu dari ibunya. dan terpaksalah aku memberi bantuan dengan memberikan susu. dan terpaksa membawa mereka ke mana aku pergi. kerana tidak ada yang dapat membantu aku untuk memberi susu kepada anak-anak kucing aku ini.


semasa beberapa minggu sebelum ini, mereka kelihatan tidak sihat akibat kekurangan susu. dan sekarang alhamdulillah semuanya sihat dan boleh bermain. itu lah penghibur aku apabila pulang dari office.

Terkilan

aku terkilan dengan sikap beberapa blogger di sini. entah lah apa silap kami aku pun tak tahu. dan pada dia, aku akui bahawa aku dan orang yang dia cakap itu bukan lah manusia yang mempunyai hanya kelebihan, sesungguhnya kami sedar bahawa kami hanya manusia biasa yang ada kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan. kami bukan lah jenis orang yang suka membangga-bangga diri.

kami hanya orang kampung sahaja yang hanya kekurangan sahaja yang ada, tidak ada apa yang boleh dibanggakan sangat. dan kami hanya bersyukur dengan Nya, dengan apa yang telah dianugrahkan. walaupun seseorang tu buruk atau indah. semua makhluk tuhan, semua yang diciptakan adalah indah dan juga adalah yang terbaik.

hanya kita sebagai manusia yang menguruskan anugerahNYA. sama ada pada jalan yang baik atau buruk. dan aku juga ingin menyatakan di sini bahawa aku juga bukan manusia yang baik atau nak cakap aku ni seorang yang betul-betul beriman.



jangan hanya memandang dan melihat kita boleh tentukan bagaimanakah sikap, sifat, perangai dan apa jua lah tentang seseorang. kita hidup bukan seorang, cuba jaga sensitiviti dan hati orang lain. bukan hanya menghukum dan bertindak mengikut diri sendiri, kadang-kadang mata juga melakukan kesilapan, oleh itu ada caranya sebelum menghukum seseorang, siasat, selidik dahulu sebelum bertindak. entah lah aku pun tidak faham.

terserah lah pada mereka jika mereka berasa tindakan yang mereka lakukan adalah benar atau tidak. sesungguhnya tuhan anugerahkan kita dengan akal fikiran, jadi berfikirlah. sesungguhnya dengan mengaibkan orang lain tidak dibalas. sesungguh nya Dia maha mengetahui dan Dia lebih berkuasa. dan segalanya akan dibalas jua. terserah pada kita yang menentukan.

dan aku ulangi di sini. aku bukan lah hamba Nya yang penuh iman di dada, tetapi aku menjaga sensitiviti orang lain. fikir lah dengan baik, siasat lah dulu sebelum menghukum.

Right Klik

salam, aku begitu kecewa sekali dengan apa yang aku alami sekarang. dan sedayanya aku cuba control perkara tersebut. kerana terdapat blog yang copy pic dari blog aku dan gunakan pic tersebut untuk menghiasi blog mereka.

andainya, kami telah melakukan kesalahan pada mereka kami minta maaf sangat-sangat dan memohon agar pihak-pihak itu remove pic-pic aku dan orang-orang yang ada dalam hidup aku. minta mohon dengan jasa baik dari pihak itu. jika kami pernah melakukan kesalahan kita boleh face to face dan settle kan perkara tersebut.

niat post ini bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan tetapi mencari penyelesaian bagi kedua-dua belah pihak. dan berharap sangat perkara ini dapat diselesaikan. mengharap, memohon dan merayu.

pasti kita marah juga apabila ada orang lain copy and paste pic privasi kita dan meletakkannya dengan sesuka hati. dan pasti bagi warningkan. begitu juga dengan orang lain, ada hati ada perasaan. kalau kita marah pada mereka yang berbuat demikian kenapa kita perlu lakukan juga. kami memohon maaf sekali lagi. harap dipertimbangkan.

Rabu, 21 April 2010

Happy Birthday

happy birthday buat En Azlan. yang ke berapa aku pun tak tahu. wish: semoga panjang usia, murah rezeki, dan dipermudahkan dalam hidup.

merancang pada hari semalam bersama masniza, samada nak belikan kek atau tidak. kami merancang untuk hari ini. hanya buat kecil-kecilan dan hanya kek sahaja yang dibeli.


Phone Call

dalam bulan lepas, aku ada post kan cerita tentang member aku yang berkawan dengan laki org dan timbul pula masalah dengan wife dia. buat pengetahuan semua, wife lelaki tersebut telah call aku dan bertanyakan tentang member aku tu. aku cakap baik-baik dengan dia bahawa laki dia dan member aku itu tidak mempunyai apa-apa hunbungan pun, dan dia membidas dan menegakkan yang mereka memang ada hubungan. so aku terasa terganggu dengan perbuatan perempuan tersebut. dan hingga ke hari ini, dia still call aku dan bertanyakan sama ada member aku itu kerja atau tidak, kerana suami dia outstation.

dan aku cakap elok-elok dengan dia bahawa aku tidak mahu campur urusan rumahtangga orang, aku tidak mahu disebabkan dia, hubungan aku dengan member aku tidak baik. aku cuma berkawan, keluar office itu urusan masing-masing, aku tidak mahu campur.





selalu aku cover member aku dengan memberitahu bahawa member aku ni datang kerja, tapi hari ini terkantoi pula, kerana dia telah pun call office terdahulu. malasnya dengan perempuan macam itu. jika sayang pada suami, jagalah elok-elok dan perbaiki diri sendiri agar lebih disenangi suami, jangan hanya tahu serang orang lain. tidak elok bersikap demikian. lihat diri sendiri dahulu, perbaiki kesilapan atau kekurangan diri. entah lah, masing-masing pun dah tua, ingat-ingat sendiri lah.

Selasa, 20 April 2010

Sungai Tekala

pada hari sabtu yang lepas kami bertiga telah pun pergi berehat-rehatkan minda di sungai tekala, ulu semenyih. aku tidak merancang pun nak pergi ke tempat peranginan ni. tapi member aku fitri yang beriya-iya mengajak aku. dan pada masa yang sama aku rasa bersalah pada member aku owner untuk entry PULSE OF MY HEART. kerana telah mengecewakan permintaannya untuk membawa dia ke konsert akedemi fantasia. bukan tak mahu, memang ada keinginan, macam-macam alasan yang aku berikan untuk tidak pergi, kerana untuk memberitahu perkara yang sebenar adalah amat sukar, so sorry sebab dah hujung bulan, pergi sungai tekala ni pun ada yang support. thanks for fitri and sham.


kami bertolak pada pukul 10 a.m dan melalui kajang dan terus ke semenyih. kami singgah sebentar di shell sebelum tol selatan LDP untuk mengisi minyak dan membeli beberapa makanan ringan untuk di makan semasa di lokasi yang dituju.


setibanya di lokasi, fitri singgah di gerai-gerai yang ada di situ untuk memuaskan keinginan nafsu makan beliau. dan bayaran masuk yang dikenakan adalah RM 1 setiap orang. dan pergi lah kami mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi perkelahan.


dan beberapa keping gambar semasa di sungai tekala yang aku sisipkan di sini.


Rabu, 14 April 2010

cLAsH OF The TitAN

pada hari isnin yang lepas aku telah menghantar member aku balik ke putrajaya, dan dalam pada masa itu, member aku di segamat kirim kan big apple, dan setibanya aku di putrajaya aku terus pergi ke alamanda untuk membelikan big apple tersebut. tetapi dalam pada masa yang sama kaki ini gatal nak pergi ke panggung, dan terlanjur lah kami menonton cerita ini.

tentang cerita ini, boleh lah, tapi ada sedikit baring lah, but nice..... grafik dia cantik.....apa2 pun tgok sendiri. dan aku bermalam di putrajaya, dan awal-awal pagi aku dah pulang ke segamat untuk bekerja

Isnin, 5 April 2010

RAfiQIn DaRWisy

pertama sekali al-fatihah buat allayarham, din beramboi yeng telah kembali ke rahmatullah pada minggu lepas kalau tidak silap aku, dan ucapan takziah buat keluarga si mati, semoga rohnya dicucuri rahmat, amin.

dalam beberapa minit yang lepas aku berada di facebook membaca post-post dan comment member aku, dan aku terpanggil untuk melihat satu gambar yang di tagged kan pada member aku, dan sungguh tidak menyangka apa yang dilakukan oleh budah tersebut "rafiqin darwisy". sorry to say: "budak tu budak sial".

aku rasa bukan hanya di facebook sahaja dan ada juga di myspace yang budak-budak menggeleng kepala dengan tingkah lakunya. apa sebenarnya yang dia mahu?




http://www.myspace.com/www.rafiqin_dragon sesungguhnya perkara ini amat memalukan. dan tidak tahu mengapa dia melakukan perkara ini, ada yang mengatakan bahawa dia saja ingin dapatkan publisiti murahan, memang betul pun. apakah ibu bapa dia ni tidak mengajar dia tentang agama, tetapi aku lihat profile dia ada plak menyokong al-quran sebagai buku nombor satu dunia.

tentang dunia akhirat semuanya bergantung kepada Allah untuk menentukan, baik atau buruk Dia yang tetapkan, kalau dia bersalah atau melakukan kesilapan adalah tanggungjawab kita uuntuk menasihatinya. bukan dengan cara ini, perkara ini ada berlaku di dalam politik Malaysia, yang mana beliau ini sesuka hati menhukum murtadnya parti lain "berdosa beb" kau siapa mahu tentukannya. cukup bukti sebelum memperkatakannya. tak faham dengan mereka ini.


sekarang ini, di facebook, rata2 mereka mengutuk keras tindakan budak celaka ini. hermm, buat sesuatu tanpa memikirkan soal agama dan apa kesannya. budak ini patut dihukum dan diajar untuk menghormati orang lain, fikir dia dah bagus sangat agaknya.

http://www.facebook.com/group.php?gid=108038249229889&ref=nf

Sabtu, 3 April 2010

ApAKaH

dalam beberapa minggu yang lepas, aku membuat panggilan ke seorang sahabat aku, tetapi phone dia off, dan aku call dia lagi satu number dia, dan dapat. rupa-rupanya ada cerita tentang tu. aku juga kurang mengerti dengan sahabat aku itu. rupa-rupanya dia berkawan dengan seorang lelaki dan suami kepada orang lain.

akibat dari aku tercall number yang lama tu, perempuan itu sering call bertanyakan tentang sahabat aku itu. sungguh bosan, tiap-tiap hari call atau sms bertanyakan perkara itu. aku malas nak melayan kerana ini adalah urusan rumah tangga orang lain.


aku pernah beri nasihat pada kawan aku itu supaya lupakan sahaja budak tersebut, tetapi dia cakap pada aku yang dia tak boleh lupakan orang tersebut. bagi aku sampai porak peranda macam ini, nak buat apa lagi, hingga aku juga menjadi mangsa keadaan, memang lah kalau ikut seronok macam tu..... tapi kena juga fikir akibatnya, keperluannya, kesudahannya, jangan pakai tempuh sahaja. fikir orang lain.

It'S RaiNIng

alhamdulillah, setelah sekian lama menanti dengan sabar, akhirnya hujan turun juga dikampung aku. walaupun hanya satu atau dua jam sahaja, cukup syukur, dapat juga sejukkan alam dan suasana kampung aku, begitu juga dengan masalah air yang dihadapi, pihak-pihak yang dipertanggungkan juga menyelesaikan perkara tersebut, dan keadaannya kembali seperti dahulu.


sesungguh aku cukup bersyukur atas rezeki yang diberikan, dan hanya padanya lah aku berserah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...