
kami hanya orang kampung sahaja yang hanya kekurangan sahaja yang ada, tidak ada apa yang boleh dibanggakan sangat. dan kami hanya bersyukur dengan Nya, dengan apa yang telah dianugrahkan. walaupun seseorang tu buruk atau indah. semua makhluk tuhan, semua yang diciptakan adalah indah dan juga adalah yang terbaik.
hanya kita sebagai manusia yang menguruskan anugerahNYA. sama ada pada jalan yang baik atau buruk. dan aku juga ingin menyatakan di sini bahawa aku juga bukan manusia yang baik atau nak cakap aku ni seorang yang betul-betul beriman.

terserah lah pada mereka jika mereka berasa tindakan yang mereka lakukan adalah benar atau tidak. sesungguhnya tuhan anugerahkan kita dengan akal fikiran, jadi berfikirlah. sesungguhnya dengan mengaibkan orang lain tidak dibalas. sesungguh nya Dia maha mengetahui dan Dia lebih berkuasa. dan segalanya akan dibalas jua. terserah pada kita yang menentukan.
dan aku ulangi di sini. aku bukan lah hamba Nya yang penuh iman di dada, tetapi aku menjaga sensitiviti orang lain. fikir lah dengan baik, siasat lah dulu sebelum menghukum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan