Salam semua, sudah masuk minggu ke tiga aku tidak update blog ini. mungkin lebih aku kurang periksa. sebenarnya, aku telah menghadirkan diri ke kursus induksi umum di PLPP Johor Bahru,
Kursus tersebut berlangsung selama 2 minggu, dan cara kursus adalah perkampungan, selama dua minggu kami hanya di dalam kawasan kursus dan tidak dibenarkan keluar. Siang dan malan juga ada kelas yang perlu dihadiri.
Kursus ini wajib dihadiri oleh penjawat awam untuk melayakkan diri masing-masing confirm atau di sahkan dalam jawatan. dan aku salah seorang yang belum disahkan dalam jawatan, dan perlu lulus dalam kursus ini. harap aku lulus.
apa yang menarik adalah, aku dapat mengenal beberapa orang kawan baru yang bekerja di dalam pelbagai jawatan dan jabatan, realy happening kerana mereka ini nice person, tetapi di dalam satu tandan pisang pasti ada yang buruk, begitu juga di dalam siri ini. tapi aku tak tahu lah sesiapa. sebab aku bukan seorang yang perfect pun di dalam kursus tersebut.
yang pasti banyak kenangan yang aku lalui semasa di kursus tersebut. so thanks pada peserta kursus induksi yang tak tersengaja buka blog aku ini dan membaca nya. terima kasih atas bantuan yang diberikan sepanjang aku sertai kursus ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan