Jumaat, 29 Oktober 2010

Bengang.



Salam, mungkin kau orang semua tertanya, mengapa aku selalu luah kan rasa bengang di sini. untuk pengetahuan semua, hari ini, aku telah pergi ke petronas untuk mengisi minyak kereta aku, then aku terpandang pada front skirting aku, tertanggal tapi belum jatuh. aku bawa pergi proton service. then dia cakap, benda itu bukan terlanggar sesuatu, tetapi telah ditendang atau diketuk. entah terasa sedih juga.

aku pusing ke belakang kereta, dan satu lagi yang mengejutkan aku, bonet kereta aku juga bercalar. aku betul-betul sedih dengan tindakan mereka itu. sebenarnya aku pakai kereta tersebut belum pun sampai sebulan, tetapi macam-macam yang telah mereka lakukan.

aku kerja di office tersebut, tidak pernah pula aku nak kacau anak dara orang, bini orang ker waima laki orang, tetapi mengapa mereka-mereka ini busuk hati dengan aku, apa yang telah aku lakukan, belum lagi aku pergi pada mereka dan mengutuk-ngutuk atau menyakiti hati dia orang tu.

mengapa ya begitu. betul-betul kecewa dengan tidakan dia orang. biar lah, aku berserah pada Allah, semoga perbuatannya itu diberi balasan, amin.



6 ulasan:

Indah Cuma Seketika.... berkata...

Salam Teman,
Coba amalkan membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.

Indah Cuma Seketika.... berkata...

dan satu lagi... kamu bisa amalkan membaca asma' al-husna yang ke 7 iaitu Ya Mu'min sebanyak 136 kali, insya Allah akan amanlah harta dan diri kamu daripada sesuatu yang menakutkan.

Kalau mengucapkan Ya Mu'min tanpa had bilangan tertentu, insya Allah akan terselamat dari bencana.

rujukan Dzikir Asma' al-husna & fadhilahnya.

Faizal Husin berkata...

terima kasih indah cuma seketika

Kecomelan Terserlah berkata...

apsal ade jugak manusia yg busuk hati camtu...sabar je la awak.

sham berkata...

tahniah...
cantik kereta baru...:D

Faizal Husin berkata...

tah lah tak faham dengan manusia ni kan... hermmm

sham, alah sham tu pun mak aku yang suruh beli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...