Khamis, 28 Oktober 2010

Entah lah



salam, lama sungguh aku tidak update blog aku ini, bukan tak ada aktiviti yang ingin aku kongsikan di sini, tetapi kebelakangan ini aku terasa macam sibuk ngan kerja dan bermacam-macam lagi hal. macam-macam yang aku alami, gembira, suka dan duka.

kadang-kadang aku tidak pasti mengapa bermacam-macam masalah yang aku perlu lalui, kepada yang tahu hidup aku bagaimana, itu merupakan salah satu yang aku fikirkan. hari makin bertambah tapi aku seperti juga begini. sampai bila pun aku tidak pasti. yang pasti aku terasa tersepit dengan keaadaan. untuk diluahkan di sini menjadi satu masalah pula nanti.




yang kedua, tentang kewangan aku, bukan tidak cukup, buat masa ini cukup aku menanggung diri aku dan bil-bil dan loan yang perlu aku bayar, cuma kepada sahabat aku itu, harap maaf terpaksa menanti, tetapi aku cuba usahakan yer. tidak pernah aku lupa. tapi kenapa terasa macam tak cukup. hahahahaha. entah lah, apa masalah kewangan aku pun tidak tahu. "merepek".



di office: aku ok jer, tetapi ada yang mata-mata yang memandang hujung mata pada aku, terutama budak-budak yang dulu tu, kenapa jaki sangat dengan aku pun aku tidak tahu mengapa. sampai bila agaknya mereka ingin sedemikian rupanya. kekadang tertanya juga pada diri ini, "apa salah yang telah aku lakukan, sehingga demikian rupa mereka lakukan", entah lah. tapi aku dengan diri aku sendiri dan lakukan sahaja kerja aku sendiri, biar lah mereka, cuma hanya terfikir.



dan sebenarnya aku juga tidak tahu apa masalah sebenar aku ini, hermmm.... kenapa ya?

2 ulasan:

Kecomelan Terserlah berkata...

kerana kamu terlalu kacak..kuikuii

Faizal Husin berkata...

kacak.... hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...