Salam, setahun sudah berlalu, dan umur aku menjangkau satu angka, walaupun lahir di bulan September, secara kasarnya umur aku akan bertambah.
Bermacam-macam yang aku lalui sepanjang tahun 2010, sama ada suka mahupun duka, banyak perkara yang kadang-kadang aku tidak ingin laluinya.
Orang pasti akan bertanya "adakah impian kau untuk tahun lepas telah tercapai?",
Bagi aku, aku telah mencapainya apa yang aku inginkan, bagaimana dengan anda, aku telah melalui pelbagai ujian dan syarat untuk aku sah dalam jawatan aku sekarang ini, Walaupun begitu, bekerja di dalam sektor ini, tidak sama dengan keadaan semasa aku bekerja di sektor yang dahulu. Dan lagak mereka ini kadang-kadang amat menyakitkan hati.
Aku juga lalui perkara sedih, dan perkara yang amat melukakan hati aku, entah, aku tidak pasti sama ada aku sengaja diperlakukan sedemikian atau mereka tidak sengaja melakukannya. Tetapi aku sungguh berkecil hati dengan perbuatan mereka.
Aku telah menyaksikan manusia yang mudah lupa pada asalnya, dan mempunyai lagak sendiri apabila mempunyai sesuatu gelaran mahupun pangkat. Dan lagaknya adalah sebesar juga melebihi PM. Sehingga sekarang aku masih lagi berkecil hati dengan manusia tersebut,
Biarlah, dan aku berharap pada tahun depan aku akan lebih berhati-hati untuk berbaik dengan orang, dan aku akan pastikan aku lebih berwaspada dengan mereka yang pernah menyakitkan hati aku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan