Kami bertolak dari Puchong, Selangor jam 7 pagi, dan tiba di Brinchang dalam pukul 12 tengah hari. Tiada yang istimewa bagi aku, kerana aku telah pun pergi beberapa kali di kawasan pelancongan ini.
Kami pergi menaiki tiga buah kereta dan penginap di Hotel Titiwangsa. Tapi yang pasti, aku dalam keadaan tidak sihat, demam kerana mengharung banjir dan hujan pada malam sebelum.
Hari pertama:
Setibanya di Cameron Highland, (Brinchang) kami terus pergi chek in hotel yang telah di booking sebelum kami menaiki kawasan tersebut. mereka meminta untuk berehat seketika untuk melepaskan lelah akibat perjalanan yang jauh.
Satu jam selepas, mereka mengajak aku berjalan,
1. Cactus Point.
Apa yang menarik, di sini kita boleh melihat bermacam jenis cactus yang dipamerkan dan dijual, dari semurah 4 pasu berharga 10 hingga beratus ringgit satu pasu. Di sini juga di jual bermacam jenis bunga, juga boleh dibeli, tetapi bagi aku, pokok bunga ini tidak sesuai diletakkan di kawasan rumah aku kerana suhu yang panas. Hanya pokok cactus yang aku beli pada tahun lepas sahaja yang bertahan dan membesar.
Tidak lupa juga, di sini ada dijual pelbagai cendramata yang boleh dibeli untuk simpanan peribadi dan mungkin untuk diberikan kepada rakan.
2. Rose Valley.
Lokasinya terletak di Tringkap, Cameron Hinghland. Aku difahamkan terdapat lebih kurang 450 jenis bunga rose yang ada di sini. Yang mempunya perbezaan dari segi warna, saiz dan harumannya. Memang puas juga aku menikmati keindahan bunga rose di sini.
Terdapat juga bunga yang lain di sini, seperti lily, gerbera dan bermacam lagi. Aku tidak pasti pula apa nama bunga yang selebihnya. Mungkin aku perlu study dulu jenis bungaan yang ada di sana.
3. Market.
Lokasi yang pasti akan singgah. Bermacam-macam perkara yang dijual di sini, sayuran, makanan, teh, kopi, cendramata dan pelbagai lagi barangan yang boleh dibeli. Sehingga rambang mata jadinya.
Ini sahaja lokasi pada hari pertama, kerana hari pun telah lewat, dan semakin gelap, kami menuju ke hotel untuk berehat, tetapi sebelum itu, kami singgah di pasar malam yang akan dibuka setiap hari pada hari cuti dan dibuka pada hari sabtu atau ahad pada hari biasa.
Aku akan sambung pada post yang akan datang tentang pengalaman aku bersama family aku semasa di Cameron Highland.
Yang pastinya, semasa aku menaip post ini, aku baharu tiba dari kuantan setelah seminggu berjalan. Terasa letih juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan