Semalam, sewaktu aku sedang menikmati makan tengahari, aku mendapat panggilan daripada sepupu aku yang telah lama putus hubungan dengan aku. mungkin kerana kehidapan masing-masing yang perlu diuruskan, pada masa dulu, dia adalah sepupu aku yang terbaik dan banyak membantu aku.
Cukup, aku ingin bercerita apa yang telah terjadi pada beliau. Sebenarnya dia bukan sepupu aku yang betul, hanya sepupu angkat kerana beliau telah diambil oleh pakcik aku dan menjadikan beliau sebagai anak angkat. Pakcik aku ini mempunyai seorang anak lelaki, anak betul pakcik aku lah, sebelum ini hubungan mereka sangat baik, termasuk isteri beliau yang mempunyai hubungan yang baik dengan sepupu angkat aku ini.
Dan perkhabaran yang aku dengar dari mulut beliau sendiri amat mengejutkan aku. Yang mana beliau telah berpindah dari rumah keluarga angkat beliau. Hanya kerana diakibatkan rasa takut abang angkatnya terhadap harta ayahnya yang akan jatuh ke tangan sepupu angkat aku ini. Kerana harta putus terus hubungan yang sebelum ini aku lihat amat erat.
Aku cuma kasihankan kepada pakcik aku dan makcik aku itu kerana telah tua, pakcik aku pun tidak berapa sihat, sebelum ini, sepupu angkat aku itu ada boleh juga dia tolong lihatkan mereka berdua, tetapi kerana harta jadi begitu, menangis orang tua itu menahan sepupu angkat aku itu supaya jangan keluar dari rumah. Kerana risau masa akan datang dan kemungkinan beliau ini akan dihalau keluar begitu sahaja, maka keluarlah beliau dari rumah.

2 ulasan:
kerana wang bisa merusak hubungan keluarga, kerana wang bisa merusak persahabatan, kerana wang juga akan merusak diri kita sendiri....
Biar hidup sederhana, tapi bahagia
daripada hidup kaya raya, tapi selalu bimbang takut harta kekayaannya di curi / di ambil orang...
yer... kerana wang dan harta segalanya hilang,
Catat Ulasan