Khamis, 29 September 2011

Anuar Zain 2011



Dengan menggunakan nama beliau sendiri sebagai judul album kali ini (Anuar Zain). Album beliau telah dilancarkan pada 20 September lepas. Terdapat 8 buah lagi yang disisipkan di dalam album ini :

Ku Berjanji Kerna Cinta,
Nadi Terhenti,
Ajari Aku,
Pernahkan,
Simpati Cintamu,
Sempurnakan Aku,
Terindah dan
Cinta Harus Memiliki.

Actually,  aku dah dengar kelapan-lapan buah lagu ini, bagi aku lagu dia best. Tetapi yang tidak berminat contohnya seorang kawan aku di office ni, selera masing-masing, Beli beb Jangan tak beli. pastikan original.

Album English Siti.

Melancarkan album inggeris pasti menyebabkan rasa bimbang, Namun begitu penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza berani mencuba merealisasikan impian beliau mungkin untuk melancarkan album berbahasa inggeris sepenuhnya. Dengan hit song yang sentiasa bermain di corong-corong radio sekarang ini, I'm Falling In Love. 

Terdapat 10 buah lagu yang dimuatkan di dalam album ini dan dan mendapat kerja sama dari penyanyi terkenal, Sean Kingston dengan lagunya Remember You. penyanyi R & B Australia, Christian Alexanda (i'll wait forever). 

Namun begitu terdapat juga suara-suara yang mengkritik usaha beliau, sama ada baik atau buruk, begitulah rakyat Malaysia kan. Bukan lebih menyokong sesuatu tetapi lebih memburukkan. Andai ada idea yang bernas sila kemukakan bukannya dengan bertindak memburuk-burukan dan bercerita di kedai kopi.


Cuba bagi sesuatu perkara yang bernas. Walau apa pun Tahniah buat Datuk, dan semoga berjaya dan tingkatkan segala usaha untuk menjadi yang lebih baik

Libas.

Skrip : Martias Mohd. Ali
Arahan : Jurey Latif Rosli
Terbitan : Mdag Marketing Sdn Bhd



Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (libas), sehingga dia digelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, “killer” pasukan mereka. Di perlawanan libas yang lalu, Ak Nangkhon secara kotor telah mencederakan kaki raja libas, menyebabkan kehebatannya merosot. Bukan itu sahaja, kecederaan itu juga telah mengakibatkan tekong malaysia (Dali) parah apabila libas gagal menampan libasan kuat Ak Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Malah jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan ratna anaknya.

Kebimbangan Raja Libas memuncak bila Mr. Wilson seorang lelaki Inggeris sanggup menaja perlawanan Libas pada tahun ini, lebih awal dari selalunya. masa yang suntuk dan kecederaan kaki yang belum pulih sepenuhnya menjadi masalah yang besar kepada Raja Libas. Malah kebimbangannya menjadi bertambah kerana pertaruhan perlawanan kali ini adalah bola warisan, simbol keagungan permainan sepak raga yang diwarisi oleh orang Melayu sejak 500 tahun dahulu. Seandainya kemenangan memihak kepasa pasukan Thailand, bermakna bola warisan menjadi milik mereka untuk selama-lamanya dan Malaysia akan kehilangan bukti bahawa permainan sepak takraw adalah berasal dari Tanah Melayu dan merupakan permainan tradisi orang-orang melayu. Dan Raja Libas adalah waris penyimpan bola itu.

Tanpa diketahui oleh Raja Libas, bola warisan itu kini menjadi buruan oleh pengumpul barang-barang antik yang mengetahui bahawa bola warisan itu memiliki nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran terbaru untuk bola itu adalah sebanyak USD 15 juta dan tanpa diketahui oleh Raja Libas juga, Mr. Wilson telah bersekongkol dengan pasukan Thailand demi mendapatkan bola itu.


Raja Libas tertekan bila jurulatih mendesaknya mencari pemain baru bagi berhadapan dengan pasukan Thailand. Bagi Raja Libas, agak mustahil dalam masa yang singkat dia dapat mengumpul pemain bagi menubuhkan pasukan yang baru. Namun, demi mempertahankan maruah, tradisi dan keagungan adat, Raja Libas berusaha mencari pemain. Lebih dari itu, Raja Libas sebenarnya mencari pewaris kepada bola warisan itu, yang menurut jurulatih, pewaris itu haruslah seorang yang sebangsa dengan Raja Libas, seagama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Dan bola itu hanya boleh dipegang oleh pewarisnya sahaja.

Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Baginya dia masih boleh bergantung harap pada Megat, walaupun Megat masih membenci libas kerana kekalahan yang lalu. Tanpa diketahui oleh Raja Libas, Megat sudah pun menjadi duri dalam daging bila dia setuju belot setelah dirasuah oleh Ak Nangkhon. malah sudah menghasut jurulatih untuk menjual permainan kepada Thailand dan memberitahu Ratna bahawa pertunangan libas dengannya sudah diputuskan oleh ayahnya. Ratna marah dan menuduh Raja Libas mementingkan bola warisan lebih daripadanya.

Sewaktu memandu melewati KLCC, Raja Libas telah terlihat kehebatan seorang remaja (Hamadi) menimang bola futsal, yang dengan kehebatannya itu dapat mempertahankan diri dari serangan 3 remaja yang lain dengan hanya menggunakan sebiji bola dan Raja Libas menawarkannya untuk bermain libas. Dan Raja Libas fikir mungkin dialah pewaris bola itu. Namun Hamadi itu menolak tawaran libas kerana baginya permainan sepak raga adalah permainan yang ketinggalan zaman. Namun Raja Libas telah mempamerkan kehebatannya melibas apabila dia menyelamatkan hamadi dari dipukul oleh tiga remaja tadi yang kembali membalas dendam.

Akhirnya Hamadi setuju untuk menyertai Libas selepas diberitahu bahawa dia harus mempertahankan maruah negara dalam permainan itu. Bagi Raja Libas dia harus mendapatkan pemain yang lain bagi mencukupkan satu regu. Sepengetahuan Libas Ratna juga mempunyai kehebatan menimang bola. Sewaktu dia ingin menemui Ratna untuk memujuknya menyertai pasukan, Libas terserempak dengan seorang remaja gemuk (Kumok) yang mempunyai kelebihan pada perutnya. Kumok dapat menyambut buah-buahan dan sayur-sayuran yang dilontarkan kepadanya, malah telur yang dilontar tidak pecah bila ditampan dengan perutnya.

Akhirnya Raja Libas dapat mengumpulkan regu pasukannya iaitu Megat, Hamadi dan Kumok. Raja Libas berusaha mengajar mereka dengan segala pengetahuan yang dia ada untuk permainan Libas. Libas sedar pasukannya tidak sehebat pasukan lawan. Namun dia masih mengharapkan Megat dapat mengepalai pasukan.

Di hari perlawanan, Megat tidak muncul, Raja Libas resah. dia terus memupuk semangat Hamadi dan Kumok. tanpa diduga, mereka berdua dapat mengalahkan pasukan dari China. semangat Raja Libas bertambah dan Ak Nangkhon cemas bila melihat potensi pasukan Malaysia. Ak Nangkhon merencana sabotaj kepada pasukan Malaysia yan menyebabkan Kumok dan Hamadi tercedera ketika di perlawanan separuh akhir dengan Iraq. Raja Libas sedar ada sesuatu yang dikehendaki oleh Ak Nangkhon bila Megat tiba-tiba muncul dalam keadaan parah selepas dibelasah Ak Nangkhon. Akhirnya Raja Libas mengeluarkan bola warisan dari tempat simpanan rahsianya dan mempertaruhkan bola itu untuk perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand.

Di perlawanan akhir pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Jurulatih mula kelihatan tidak yakin dan ketika Raja Libas melambung kain putih mengaku kalah, Ratna muncul menyelamatkan keadaan. Kelebihan Ratna dengan aura rambutnya menyelamatkan Malaysia dari kekalahan. Dan ketika pasukan Malaysia alpa meraikan kejayaan, bola warisan dicuri oleh Mr. Wilson. Namun jurulatih cepat sedar dan Raja Libas dengan Libasan luar biasanya dapat menghalang bola itu dari di bawa lari oleh Mr. Wilson dan lebih mengujakan bila juru latih dan Raja Libas melihat bola itu di pegang oleh seorang budak lelaki sambil melaung “Malaysia juara”. Raja Libas melihat pewaris kepada bola warisan.

Rabu, 28 September 2011

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR





Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Jimat Petrol?

Salam, setiap hari apabila start enjin kereta untuk pergi ke pejabat, mata pasti melihat bayak mana minyak yang ada. Memandangkan kereta sahaja yang aku ada untuk aku bergerak ke mana pun jua destinasi aku, terpaksa lah jua aku mengikat perut aku untuk menyimpan duit untuk perjalanan harian aku sama ada ke tempat kerja atau ke mana sahaja.

Yang pasti apabila tiba di tengah bulan aku telah pun sekat perjalanan aku ke tempat-tempat yang tidak penting, hanya ke tempat kerja sahaja. Aku ada jumpa satu artikal ni, saja nak kongsi bersama:

1-  ISI PETROL PADA WAKTU MALAM.

Sekiranya kita mengisi minyak pada waktu malam atau pada ketika waktu sejuk, mengapa? sekiranya kita mengisi minyak pada ketika waktu siang atau dalam keadaan cuaca sedang panas, keadaan gas adalah tinggi da haba petrol akan bercampur dengan lebihan gas dalam kendungannya.


2-  PENUHKAN TANGKI.

Petrol juga boleh tersejat, sekiranya tangki petrol penuh, ruang untuk petrol menyejat adalah kurang. Tetapi sekiranya terdapat ruang yaang besar, maka perkara yang sebaliknya akan berlaku, dan enjin tidak membakar petrol yang termeruap atau tersejat, dan pembaziran akan berlaku.


3-  KURANGKAN MEMECUT.

Had laju yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia ada sebabnya. Yang pastinya aturan itu adalah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya dan mengelakkan kehilangan nyawa. Ianya juga dapat menjimatkan petrol kita apabila kita membawa kenderaan pada had laju yang ditetapkan dan tidak memecut. Tetapi perlu diingat juga, jika kita membawa kenderaan dalam keadaan yan terlalu perlahan juga akan menyebabkan penggunaan minyak yang berlebihan kerana ia akan memberikan tekanan pada enjin.


4-  SELENGGARA KERETA MENGIKUT JADUAL.

Kereta merupakan jentera yang dicipta untuk bekerja. Oleh sebab itu ia perlu diselenggara mengikut jadual terutama dibahagian enjin.


5-  TEKANAN ANGIN TAYAR.

Keadaan angin tayar juga memberikan kesan, periksa keadaan angin tayar sekrang-kurangnya seminggu sekali, pastikan ia dalam keadaan yang bersesuaian dan sepatutnya, cengkaman tayar lebih kukuh dan ini sekaligus memberikan penjimatan berganda pada penggunaan petrol.


6. KURANGKAN PENGGUNAAN PENHAWA DINGIN.

Gunakan penghawa dingin apabila perlu sahaj contohnya semasa cuaca panas atau pada siang hari sahaja. Pada waktu malam pula buka tingkap sahaja, tetapi jangan terlalu besar ditakuti akan mengancam nyawa.


7-  BEBAN YANG TERLALU BERAT.

Keluarkan barang-barang yang tidak diperlukan, jika keadaan kereta yang mempunyai barang dan berat, ini akan menyebabkan bebanan terlalu berat dan penggunaan kuasa yang lebih, secara tidak langsung akan menyebabkan berlaku pembaziran petrol.


8- ELAK GUNA GEAR RENDAH.

Gunakan apabila perlu,


9-  MATIKAN ENJIN SEMASA MENUNGGU.

10- GUNAKAN UNTUK PERJALAN JAUH SAHAJA.



Jom sama-sama kita cuba amalkan petua-petua di atas.

Selasa, 27 September 2011

Berkecil Hati.

Post ini bukan untuk menyakiti hati sesiapa, sekadar meluahkan ketidak puasan hati aku terhadap seorang sahabat. Sebelum ini ada satu blog meletakkan satu pos mungkin untuk aku, jika untuk diriku aku berterima kasih dengannya.

Pada Jumaat bersamaan 23 sept yang lepas, aku telah pergi ke Putrajaya untuk bertemu dengan insan kesayangan aku. Dan terima aksih kepada beliau kerana menjemput aku di Terminal Bas Tasik Selatan. Bukan tidak mahu menaiki kereta sendiri, saja ingin bertukar angin dan merasa menaiki bas. Yang pasti, aku telah mabuk sebelum aku keluar dari segamat lagi, dan aku mengambil keputusan untuk pejamkan mata dan hanyut dibuai mimpi.




Setibanya di TBS, aku menyuarakan hasrat aku untuk bertemu sahabat aku yang berada di Puchong itu. Sekadar ingin berjumpa dan berbual kerana telah lama tidak berjumpa. Menggagahkan diri kami berdua menaiki tangga ke tingkat 5, kerana block tersebut tidak memiliki lift. Seperti biasa salam diberi, hanya kawan serumah beliau yang ada. Dan kami dikhabarkan bahawa beliau telah keluar dari petang lagi.

Cuba menghubungi beliau, tetapi phone  tidak diangkat. hanya tinggalkan pesanan ringkas (sms) sahaja yang berbunyi:
"**** aku datang rumah kau tadi, ingat nak jumpa dan berbual sempena hari raya, tapi kau tiada, mungkin lain kali",

Kami terus meninggalkan block kediaman tersebut dan menuju pulang ke Putrajaya. Dalam beberapa jam kemudia, dia call semula dan menyatakan kemana beliau telah pergi, memandangkan hari dah lewat malam dan keesokan harinya beliau kerja, aku mendiamkan diri untuk menyatakan hasrat ingin bertemu.

Sehingga hari Ahad aku berada di Putrajaya, aku ingatkan dalam tempoh tersebut beliau akan menghubungi aku. Kebiasaannya beliau akan menghubungi aku apabila mengetahui aku berada di Putrajay, tetapi keadaan tidak sama seperti dulu kerana couple beliau, i'm sorry to say this. Mungkin kerana sayang dia berkelakuan begitu, biarlah, janji dia bahagiakan.

Kepada couple  beliau itu, kau bukan tindak kenal kami, dan apa hubungan kami dengan  lover kau itu. Jika hubungan persahatan itu kau cemburui, aku minta maaf. dan kau juga mengetahui bahawa kami ini couple perlukah dicemburui andai ada perjumpaan dengan lover  kau itu. 

Biarlah, aku harap beliau bahagia, lagipun aku dan lover aku bukan ada kepentingan sangat dalam kehidupan beliau. Yang lepas biarkan berlalu, dan apa yang penting kehidupan diri sendiri yang perlu dijaga dan mesti difikirkan.

4 Golongan.

Salam, hari ini aku membaca post-post dari kawan-kawan aku dan tertarik aku pada satu artikal. Dan aku akan konsikan artikal tersebut di sini.



Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)



2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)





3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)




4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

Khamis, 22 September 2011

Filem Bini-biniku Gangster arahan Ismail Bob Hashim lakonan Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ladyana akan ditayangkan di pawagam pada 22 September 2011. Filem ni bergenre aksi komedi. Penerbitnya tak lain tak bukan, David Teo. Kali ni bukan lelaki je banyak buat aksi tapi dalam filem ni pelakon perempuan banyak buat aksi lawan, kedua-dua pelakon Yana dan Intan memang ada sedikit skill atau bakat dalam aksi lawan. Memang menarik dan terhibur tengok pembikinan filem ni..ada pulak hero paling popular masa kini ,Shaheizy Sam. Skrip cerita ini ditulis oleh Yana Samsudin dan Fadzil.


Sinopsis :
Manja lakonan Yana Samsudin dan Herry (lakonan  Shaheizy Sam) adalah pasangan yang bahagia dengan perkahwinan mereka. Mereka sangat romantik dan saling sayang menyayang. Manja di mata Herry seorang surirumah yang rajin dan pandai melayan suami.

Ada satu rahsia yang tak diketahui oleh Herry, Manja rupanya menyembunyikan identitinya sebagai Ketua Kumpulan Gangster. Di pejabat , Herry selalu dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali dia dibuli pasti Mat Saja akan mendapat balasannya.

Walaupun dah 2 tahun Herry dan Manja bernikah, namun mereka tak dapat anak , sebab Manja mengalami kecederaan di perut pasa masa lepas. Disebabkan rasa bersalah kepada suaminya, Manja dengan rela hati mencari seorang wanita lain untuk dijadikan madu atau isteri kedua Herry. Baik betul Manja. 

Lagi satu agenda Manja untuk mengahwinkan Herry ialah kerena nak mengalihkan perhatian Herry kepada urusan lain, kerana Manja semakin sibuk setelah dijadikan Ketua Kawasan, dan kawasannya telah diganggu oleh Min Siam.

Manja melamar Reanna ( Intan Ladyana), rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Ada satu lagi rahsia, Reanna rupanya seorang gangster jugak dan mempunyai agenda tersendiri.
Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam

Rokok.



Merokok, satu perkara yang sukar bagi aku untuk meninggalkannya. Dahulu aku bukanlah perokok tegar, tetapi semakin hari semakin parah. Cuba juga untuk berhenti merokok, mungkin dalam masa yang terdekat. Pokok pangkalnya terletak pada hati, walaupun kita mengikut segala saranan bagaimana ingin berhenti merokok tetapi di hati kita tidak kuat untuk melaksanakannya hanya menghabiskan masa mungkin juga wang dengan mengikut segalanya tetapi di hati masih juga ingin merokok, betul atau tidak? Pendapat anda?



Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok.  Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.  Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.  Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 
 
Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi.  Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal.  Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.  Jangan lakukan ini pada mereka.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
 
Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda. 
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
 
Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni.  Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.
 
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.  






 
Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan.  Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia.  Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.
Berhenti Merokok
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif.  Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
 
Merokok sememangnya satu tabiat buruk.  Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok.  Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia.  Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok. 
 
Sayangkan Jantung Anda
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok. 
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat.  25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
 
Asap rokok mengeluarkan hampir  4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru.  Ia merupakan kanser paling kerap  dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. 
 
Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang
 
Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru.  Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka.  Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.
 
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.
 
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
 
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
 
Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
 Metanol  Bahan Api
 Nitrobenzena  Gasolin
 Karbon Monoksida  Asap kereta
 Butana  Cecair pemetik api
 Raksa  Logam dalam jangka suhu
 Vinil Klorida  Bahan utama plastik
 Toulena  Pelarut industri
 Ammonia  Pencuci lantai
 Arsenik  Racun tikus
 Kadmium  Bahan utama bateri alkali
 Stearik  Bahan utama dalam lilin
 Sianida  Racun berbisa

Rukun Negara.

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
  • memelihara satu cara hidup demokratik;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

Satu perkara yang mudah dilupkan oleh rakyatnya sendiri, percaya atau tidak atau anda menyokong saya atau tidak.

Memang diakui ada masyarakat Malaysia yang masih lagi mengingati setiap baris dan patah yang terkandung di dalamnya, tidak salah kalau saya mengatakan bahawa Rukun Negara ini hanya diingati waktu di bangku sekolah sahaja. Dan tidak mustahil majoriti kita membaca ikrar ini di sekolah hanya sekadar mengikut dan tidak menghayatinya.

Mengapa saya berkata sedemikian, cuba lihat rakyat malaysia pada tika ini. Andainya kita menerapkan nilai-nilai yang ada dalam Rukun Negara ini tidak berlaku masalah-masalah dan juga gejala-gejala sosial yang boleh dikatakan membimbangkan di negara ini.

Bukan sahaja dikalangan remaja, tetapi semua peringkat umur. Dan dalam semua bahagian dan hampir setiap peringkat di Malaysia kita dapat lihat ianya amat membimbangkan. Hilang rasa hormat antara sesama kita, demi kepentingan diri sendiri, dengan sengaja menimbulkan masalah di dalam negara dan menimbulkan kucar kacir dan huru hara.

Lihat sahaja sejak kebelakangan ini, andai ada masalah. Jalan mudah yang diambil adalah dengan mengadakan demonstrasi. Apa keuntungan yang mereka dapat dengan menimbulkan masalah huru hara tersebut. Bukankan merugikan diri sendiri, orang lain, masyarakat dan akhirnya merugikan negara. 


Kekadang adakah mereka lupa bahawa kita hidup di Malaysia yang mempunyai beberapa kaum di dalamnya. Dan yang terbesar adalah Melayu, Cina dan India, masing-masing mempunyai agama dan budaya yang berbeza. Seharusnya ada sikap memahami dan bertolak ansur antara sesama kaum. Telah 30 tahun saya berada di Malaysia, saya dapat lihat ada dikalangan mereka ini punya sikap anti perkauman. Perlukah sikap sedemikian. Cuba fikir, tidakkah kita hidup di Malaysia ini saling memerlukan antara satu sama lain. Cuba duduk sejenak dan memikirkan kitaran ekonomi di Malaysia ini. Sememangnya kita amat memerlukan antara satu sama lain. Setiap orang, setiap kaum menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

Adakah mungkin kerana kesesakan hidup dan wang adalah perkara utama yang diperlukan pada masa ini untuk menjamin dan menikmati hidup yang mewah atau mudah dan dengan itu kita lupakan nilai-nilai yang ada di dalam Rukun Negara demi kepentingan diri kita sendiri. Perlukah kita merosakkan keamanan negara kita sendiri? Perlukah kita merosakkan anak bangsa kita sendiri? Perlukah kita memusnahkan masa depan negara kita?

Mungkin sia-sia sahaja jika kita ingin mengingatkan tentang keamanan negara andai individu itu sendiri tiada kesedaran dan hanya mementingkan diri sendiri, kesenangan diri sendiri dari memikirkan masa depan negara. Nafsu mungkin telah membutakan segalanya, demi mencapai niat dan haluan diri sendiri.

adakah kita dapat menikmati keamanan seperti ini di tempat lain? tidak perlu saya menyatakan di mana. Kita lihat dan fikir semula, terdapat penindasan terhadap kaum lain, melaungkan demokrasi tetapi sebaliknya, pergolakan politik, semuanya akan merosakkan negara. dan yang sudah pasti diri sendiri yang akan mendapat susah dan merana kerana tiada kebebasan melakukan aktiviti diri.

Terserah pada diri kita bagaimana menentukannya. Setiap individu yang ada di negara ini adalah aset yang berharga, dan amat bernilai untuk negara. Walaupun tidak besar tetapi nilainya untuk negara tetap ada. Ingat juga bahawa kita saling memerlukan anatara satu sama lain bagi membina satu negara yang maju.


Rabu, 21 September 2011

Sahabat.

Pendahuluan kata, aku akui aku sekadar manusia yang bisa melakukan kesilapan dan bisa mnyakiti hati orang lain tanpa aku sedari. Kerana aku bukan manusia sempurna, banyak kekurang yang ada dalam diri aku, that why aku perlukan kawan dan sahabat untuk membaiki sikap dan kekurang yang ada dalam diri aku. Dan kerana itu juga kita diperlukan mencari kawan dan sahabat, begitu juga di alam perkahwinan, di mana perkahwinan itu melengkapkan kekurangan yang ada dalam diri kita.



Sebenarnya aku mempunyai seorang sahabat lama, masuk empat tahun aku berkawan dengan dia, sebelum ini segala masalah yang aku hadapi akan aku luahkan pada beliau. Begitu juga dengan dia, ya, aku happy mempunyai kawan seperti dia. Tetapi aku tidak pasti mengapa sejak awal tahun ini, dia menyepikan dirinya. Adakah aku telah menyakiti hatinya mungkin. 
"Beb, aku memang kecil hati sangat-sangat dengan kau",

Jika aku ada melakukan kesilapan dan kau memang marah betul dengan aku, aku minta maaf, sila luahkan pada aku tentang ketidakpuasan hati kau itu, bukan begini caranya (senyap n menyepi). Seperti yang kita perkatakan sebelum ini, kita seperti adik beradik, tidak kah menyepi diri itu menyakitkan hati orang lain.


Aku tahu kau juga sering menghubungi kawan kita yang seorang itu. terasa juga hati aku ini, jika kau ingin menjauhkan diri kau dari aku, aku redha. dan aku doa kan kau bahagia. amin.


Pelajar Lembap.

Pagi tadi selepas menikmati sarapan pagi di kantin, aku mencapai surat khabar Metro Harian. Tertarik aku dengan tentang pelajar lembap. 

Untuk menjaga nama sekolah dan prestasi sekolah mereka tidak dibenarkan mengambil peperiksaan. Untuk mendapatkan prestasi sekolah terbaik, sesebuah sekolah itu perlu mendapatkan kelulusan pelajar 100%. Tetapi tidak adil begitu, kerana ini kes menipu dan menganiayai organg lain. Ambil sahaja tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara buruk itu.

Tidakkah cikgu yang mempunyai pemikiran yang baik dan berpelajaran itu memikirkan bagaimana kehidupan dan masa depan pelajar terbabit. Bukankah gelap masa depan mereka? Sungguh tidak patut cikgu-cikgu tersebut. Maka ramai lah yang menganggur, jika sekadar menganggur tidak mengapa, jika mereka ini mengambil jalan singkat dan menjadi penjenayah bagaimana. Apa jenis cikgu tersebut yang telah diberi mandat untuk mendidik anak bangsa tetapi terbalik pula jadinya.

Baca beri lengkap di sini.

Selasa, 20 September 2011

Suprise Party For Me.

Pertama sekali aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat owner for entry Kau Dan Aku dah family aku kerana mengada majlis ini.


Pada hari sabtu (10 sept) aku hanya berada di rumah sahaja kerana ingin berehat untuk menyertai perbarisan pada keesokan harinya. Tetapi apabila berada di rumah sudah pasti akan berasa bosan, lebih-lebih lagi aku berseorangan di rumah, dalam kesempatan itu aku mengambil tindakan untuk mengemas rumah sahaja.



Dalam jam 6 petang, Fitrie norsalim telah membuat panggilan,
"awak, saya nak minta tolong temankan saya ambil barang di Putrajaya",
"Barang apa pula, esok kan saya kena menyertai perbarisan, malas nak keluar", soal aku.
"Saya nak ambil geran motor lah, urgent", ujarnya.
"yer lah, tapi kena balik awal, sebab esok seawal jam 630 pagi saya mesti berada di Dataran Segamat",
"ok", sambungnya.

Dalam jam 9 malam dia datang mengambil aku di rumah, dengan menaiki keretanya kami menuju ke Sendayan, Negeri Sembilan untuk singgah di rumah adik aku. Semua adik-adik aku memang telah berada di rumah tersebut, tetapi aku tidak syak apa-apa pun. Tetapi mengambil masa yang agak lama juga aku menanti di Sendayan, sedikit risau kerana aku perlu bangkit awal untuk berada di Dataran Segamat.


Dalam masa beberapa minute kemudian, aku di kejutkan dengan kehadiran sebiji kek. Sememangnya mereka ini sedikit menyusahkan aku," hahahahaha", tetapi terima kasih buat semua.



Dan Keesokan harinya, aku bangkit dari tidur jam 3 pagi dan bertolak terus Balik Ke Segamat.






Sambutan Kemerdekaan Peringkat Daerah Segamat.

Assalammualaikum.

Seperti yang aku khabarkan semalam, aku akan letakkan beberapa keping gambar kenangan aku semasa menyertai perbarisan pada Sambutan Kemerdekaan ke 54 di Dataran Segamat pada 11 September 2011.



Perbarisan tersebut disertai lebih kurang 30 lebih agensi dari agensi keraan juga swasta. Buat pengetahuan semua, ini adalah kali pertama aku menyertai perbarisan diperingkat daerah. Seperti yang diketahui umum, aku bekerja di sektor awan di bawah Kerajaan Negeri Johor, di bawah jabatan Pejabat Tanah Daerah Segamat.


Kontijen kami mempunyai 35 peserta dan dua orang menjadi peserta simpanan. Kami diajar oleh En. M. Sahlan Bin Taip, kerana seperti aku juga telah lama maninggalkan kawad. hanay semasa di waktu persekolahan dulu. Kami diberi masa seminggu sahaja untuk membuat latihan kerana minggu sebelumnya bercuti bagi menyambut perayaan hari raya.



Sambutan berlangsung pada 11 September 2011. Diadakan di Dataran Segamat, bermula jam 830 pagi. Acara diadakan secara sederhana kerana ramai yang tidak mengetahui sambutan kemerdekaan ini diadakan. Mengikut kata-kata penduduk setempat. Walaupun disambut secara sederhana tetapi sambutan boleh dikatakan meriah juga,


Acara dimulakan dengan perarakan kontijen dari padang A (Padang Bola di Batu Hampar), Dan berakhir di Padang B (Dataran Segamat). Seterunya menanti ketibaan para barisan VIP pada hari itu.



Seterunya, setelah ketibaan ahli VIP, acara diteruskan dengan nyanian lagu Bangsa Johor, dan lagu Kebangsaan, Lagu Negaraku. Diikuti dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Pelajar dari Sekolah Tinggi Segamat.


Seterusnya beberapa persembahan dari orang perseorangan dan persembahan kebudayaan, juga dari pasukan polis.







 

 

 




Isnin, 19 September 2011

Selamat Hari Raya.

Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkannya, Walaupun dah masuk minggu ke tiga ia berlalu. Tahun ini aku menyambutnya dengan keadaan yang sederhana sahaja, Dan tidak banyak rumah saudara yang aku lawati, 

Tapi menyambutnya dengan insan-insan tersayang cukuplah, gembira juga menyambut hari lebaran.Tetapi aku juga terkilan sedikit pada tahun ini kerana tidak dapan berjumpa dengan beberapa orang sahabat baik aku. Mungkin masin-masing dengan urusan sendiri.

Dan seperti tahun lepas hari lahir aku jatuh dalam bulan syawal, apa yang membezakannya adalah tahun lepas hari ulang tahun kelahiran aku jatuh pada 2 syawal, dan pada tahun ini ia jatuh seminggu selepas hari raya. Dan menarik juga pada tahun ini kerana pada 11 sept (my day) aku terlibat dengan perbarisan peringkat daerah, akan aku buat satu post dan letakkan beberapa keping gambar. Satu pengalaman yang menarik.




Ketandusan.

Salam, terlalu lama aku tidak update blog aku ini, mungkin kerana aku ketandusan aidea dan mungkin juga aku sibuk dengan kerja-kerja di pejabat.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, terlalu banyak juga perkara yang aku alami, sama ada baik atau buruk dan gembira atau sedih. Tetapi di dalam perjalanan kehidupan sememangnya semua itu kita perlu terima sebagai ujian daripada Nya. Dan segala apa yang aku terima dan lalui ini bersebab dan hanya Dia yang lebih mengetahui.

Aku pasti ada beberapa orang yang mengikuti perkembangan blog aku ini. Contoh sahabat aku, sungguh aku tidak sempat nak update. Hanya lihat di facebook, insyaallah aku update segalanya di laman tersebut.

Terima Kasih....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...