Sejarah
Johor sudah pun
bermula pada tahun 800 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting.
Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit
sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi
pula salah sebuah jajahan pemerintahannya.
Pada
tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan mahmud Shah, Sultan
Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor.
Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah, anakanda Sultan
Mahmud Shah pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh
kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang
hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi
dan pulau-pulau lain di pantai timur semenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan
Karimunan, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di
Sumatera.
Semasa
di Bentan, Sultan Mahmud Shah telah mengumpulkan semua bala tenteranya untuk
mengusai semula untuk menyerang dan menakluki Melaka dan menyekat laluan
perdagangan ke Melaka yang pada ketika itu telah ditawan oleh Pihak Portugis.
Setelah beberapa kali cuba menewaskan angkatan tentera Sultan Mahmud Shah,
akhirnya Portugis telah menghantar sebuah kapal besar di bawah Pedro
Mascarenhaas pada tahun 1526 bagi memusnahkan Bentan, manakala Sultan Mahmud
terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera dan belianu
mangkat di situ.
Sultan
Mahmud Shah telah meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan
Tengku Alauddin Riayat Shah. Yang mana Tengku Muzaffar Shah menjadi sultan
Perak manakala Tengku Alauddin Riayat Shah menjadi sultan pertama di Johor.
Sultan
Alauddin Riayat Shah meneruskan sistem pentadbiran terdahulu sama seperti yang
diamalkan di Melaka. Iaitu kuasa pemerintahan tertinggi adalah sultan. Dan
sultan dibantu pula oleh Majlis Orang kaya yang berperanan menasihati Sultan.
Ahli Majlis orang Kaya ini juga dikenali sebagai Bendahara, Temenggong, Laksamana,
Shahbandar dan Seri Bija Diraja.
Pada
kurun ke-18, Bendahara tinggal di Pahang manakala Temenggong Johor pula tinggal
di Teluk Belanga, Singapura dan setaip mereka berperanan mentadbir kawasan
mereka itu dengan kuasa yang diberikan oleh Sultan Johor. Oleh dengan itu,
Pusat Empayar Johor dipecahkan dan menjadikan Empayar Johor terdiri daripada 4
wilayah pegangan atau wilayah yang dipertanggungjawabkan kepada pembesar
tertentu.
Wilayah Muar - Raja Temenggung Muar,
Pahang
- Bendahara johor,
Riau
- Yang Dipertuan Muda,
Tanah
Besar Johor dan Singapura - Temenggong Johor.
Manakala
Sultan hanya berkuasa di Lingga dan pulau-pulau sekitarnya sahaja. Seluruh
Empayar Johor diketuai oleh Sultan yang bersemayam di Pulau Lingga, Semua orang
kaya kecuali Raja Temenggong Muar melaporkan terus ke Sultan. Raja Temenggong
Muar adalah berdaulat dan diakui oleh Sultan kerana Muar adalah jajahan yang
dikurniakan oleh sultan kepada pembesar yang bergelar Dato' Pasir Raja, tetapi
Muar kemudiannya diambil oleh Sultan Abu Bakar dari wangsa Temenggung dengan
syarat membayar pencen setiap bulan kepada pewaris Raja Temenggong Muar untuk
selamanya.
Pengaruh kesultanan Johor
meliputi semenanjung Selatan Malaysia, bahagian selatan-timur Sumatera dan
Kepulauan Riau dan kawasan sekitarnya. Empayar ini termasuk negeri Phang, Muar,
Johor darat, Kepulauan Riau dan Pulau Lingga,
Pusat pentadbiran pula telah
beberapa kali berpindah di Sayong Pinang, Kota Kara, Seluyut, Johor Lama, Batu
Sawar dan Kota Tinggi, semua di Johor darat dan kemudian ke Riau dan Pulau
Lingga. Kemudian pusat pemerintahan beralih dengan kelahiran Kesultanan Johor
Moden di Tanjung Puter yang sekarang ini dikenali sebagai Johor Bahru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan