Dalam kemarahan aku kepada kelakuan budak sengal semalam, aku cuba memujuk hati aku yang panas ini untuk menjaga hati sahabat aku yang seorang bersama adik dan suami beliau. Ikut hati aku yang sedang panas ini, ingin sahaja aku meninggalkan beliau begitu sahaja.
Sebenarnya aku bertolak pada hari Isnin jam 9.30 pm dari rumah aku. Perjalanan di teruskan dengan menuju ke Tangkak dan melalui Tol Tangkak hingga ke Tol Kajang. tiba di rumah sahabat aku iaitu En Mohamad Fitri pada jam 12.15 am, sebenarnya setibanya aku di Putrajaya perut aku ini terasa sangat lapar, tetapi apabila tiba di rumah, malas ingin keluar terasa. Nasib baik sahabat aku fitri sudi memasakkan maggie untuk aku.
Dalam jam 7 am, 22 november, sahabat aku telah membangkitkan aku dari nyenyak tidur kerana sahabat aku Ekin dan keluarganya telah pun bersiap-siap untuk ke Jabatan Imigresen Putrajaya sedangkan aku seperti malas ingin bangkit dari katil, mungkin kerana keletihan memandu semalam.
Urusan dilakukan oleh Ekin pada jam 830 am, dan keadaan di jabatan tersebut telah pun dipenuhi orang yang ingin melakukan urusan masing-masing. Dalam beberapa minit melakukan urusan kerani tersebut memaklumkan bahawa proses tersebut akan selesai selepas waktu lunch. Ekin memaklumkan kepada aku bahawa dia ingin bersiar-siar di kawasan berhampiran dan ingin membasahkan tekak beliau. Tetapi urusan aku terbantut dengan tidakan budak sengal semalam, dan menantikan Ekin dengan urusan pribadinya hampir 30 minute dan terpacak aku di hadapan Jabatan Imigresen itu.
Selepas urusan pribadi yang tidak berapa penting itu aku membawanya ke Alamanda sahaja untuk minum pagi, terasa lapar juga perut aku. aku sekadar menjamah 3 biji telur separuh masak bersama satu keping roti bakar, dan sekeping roti telur bersama segelas air Neslo. Boleh tahan juga aku makan pada pagi itu, lapar punya pasal.
Selesai makan pagi, aku membawa Ekin dan keluarganya bersiar di Masjid Putra, Putrajaya bersiar lah beliau dan keluarga beliau. Seterusnya aku menghantar semula beliau ke Jabatan Imigresen dengan urusan beliau, manakala aku menuju ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menunaikan solat Zohor.
Aktiviti di teruskan dengan perjalan pulang aku ke rumah pada petang itu juga. Terasa letih juga melakukan perjalanan dan urusan dalam satu hari. Kebiasaannya aku luangkan masa dalam beberapa jam untuk berehat sebelum aku memulakan perjalanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan