Sudah masuk bulan ke-5 untuk tahun 2014. Tiada coretan dalam blog aku ini. Aku sekadar membelek, Mengedit dan membuang post-post yang aku rasakan tidak perlu ada di dalam blog ini. Ini kerana aku perlu menjaga nama baik aku agar tidak tergelincir dari landasannya. Tambahan pula blog ini adalah umum, dan tempat aku berkongsi dengan rakan-rakan lama aku tentang aktiviti yang aku lakukan. Kalau diikutkan, dalam tahun 2013 tiada aktiviti yang menarik yang aku lakukan, mungkin kerana masalah kewangan mungkin. Tapi aku akan cuba mencari didalam album-album aku di hard disk mungkin terselit perkara menarik yang aku lakukan dan boleh dikongsikan bersama semua.
Apabila aku membaca semula post aku sebelum ini, tersenyum sendiri betapa aku tidak mempunyai bakat dalam penulisan. Dan aku masih lagi cuba memperbaiki kekurangan aku itu. Boleh dilihat dari segi isi dalam recnana-rencana yang dipaparkan. Mengalahkan budak tadika yang kadang-kadang punya penulisan yang lebih baik.
Baiklah, apa yang menariknya dalam tahun 2014 ini yang berlaku dalam pentadbiran di Negeri Johor adalah hari cuti hujung minggu yang telah bertukar daripa Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu. Awal-awal penyelarasannya aku mengalami juga kejanggalannya, di mana sering tersilap cara pemakaian dan sering bertukar hari. Tetapi ada sedikit kesukaran juga lah apa bila adik-adik aku yang lain tidak mempunyai waktu cuti yang sama dan kesukaran yang timbul adalah apabila ingin melakukan aktiviti bersama.
Sebenarnya dalam tempuh 4 bulan beberapa hari ini, macam-macam yang aku lalui. Baik yang duka mahupun yang duka. Aku cuba dengan sedayanya untuk tabah menghadapi dugaan yang aku lalui ini. Kekadang kekalutan dan rasa amarah membuatkan aku seperti tidak boleh berusaha menanganinya. Sering cepat melenting, di mana letak kesabaran aku, tidak pula aku ketahuinya. Walaubagaimanapun aku cuba berusaha menjadi seorang yang lebih baik untuk tahun 2014 ini. wish me luck.
Ada beberapa aktiviti yang aku lakukan dalam waktu lapang aku. Aku akan kongsikan bersama di sini kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan