Selasa, 25 November 2014

Unggas Di Dalam Al-Quran.

Assalammualaikum kawan-kawan.

Hari ini saya agak berminat dengan satu artikal dalam sebuah majalah tempatan. Di dalam Al-Quran, dan juga di dalam kisah-kisah nabi, ada haiwan-haiwan yang dibutkan dan diceritakan di dalamnya, dan juga mempunyai peranan mereka sendiri dalam kisah-kisah itu.


Gagak.

Aku memang pernah tahu kisah ini, sebenarnya peranan burung ini amat besar pada ketika itu. Tetapi sekarang ini kita sekadar melihat burung gagak ini satu jenis burung yang bawa masalah pada kita. Manakan tidak, kadang-kadang mereka ini mengotorkan kawasan sekitar dengan sampah sarap yang dibawa.

Kisah yang yang melibatkan burung gagak ini ada ketika berlaku pembunuhan pertama dalam sejarah manusia, yang mana Habil menjadi mangsa kepada abangnya sendiri Qabil akibat daripada rasa tidak puas hati dengan keputusan yang telah dibuat. 

Yang mana pada ketika itu Qabil terasa buntu bagaimana ingin menyempurnakan jenazah adiknya. Maka ditutuskan oleh Nya sepasang gagak dan memberikan ilham bagaimana mahu menguruskan jenazah adiknya.

"lalu Allah mengutuskan seekor burung gagak yang mengorek-ngorek di bumi untuk memperlihatkan kepadanya cara menimbus mayat saudaranya. Qabil berkata "Aduhai celakanya aku, alangkah lemah dan bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti gagak ini, supaya dapat aku menimbus mayat saudaraku", [Al-Ma'idah 5:31]


Hudhud.

Antara kisah yang aku minati dahulu, kisah Nabi Sulaiman. 

Tatkala Nabi Sulaiman sedang memeriksa para perajurit dalam batalion unggas, baginda menyedari ketiadaan hudhud. Pada mulanya baginda bukan sekadara murka, malah mengecam dengan hukuman berat hatta disembelih andainya hudhud tidak dapat memberikan jawapan yang sahih dan kukuh tentang ketidakhadirannya.

Namun keadaan berubah apabila hudhud menyampaikan berita bahawa dia telah bertemu dengan sebuah kerajaan Saba' yang pada ketika itu di bawah pemerintahan seorang ratu dan belum mendapat hidayah.

Boleh dibaca dalam surah al_Naml ayat 20-23.


Burung Ababil.

Kisah sebelum kelahiran Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad. Di mana, terdapat sebuah kerajaan yang rajanya amak cemburukan Makkah. Dan telah menghantar bala tentera bergajah dengan niat memusnahkan kaabah.

Burung-burung Ababil ini telah menggempur tentera Abrahah dengan batu-batu daripada neraka al-Sijjil. Natijahnya pasukan tentera Abrahah menjadi seperti daun-daun yang dimakan ulat.

"tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah lakukan kepada angkatan tentera bergajah? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang merugikan dan memusnahkan mereka?
Dan Dia telah menghantarkan kepada mereke burung-burung ababil. yang melontar mereka dengan batu-batu daripada sejenis tanah yang dibakar keras. Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai-kecai seperti daun kayu yang dimakan ulat", [al-Fil 105:1-5]



Ahad, 23 November 2014

Tiba-Tiba.

Tiba-tiba sahaja pagi ini aku teringatkan sahabat lama aku yang telah pun berpindah ke tempat kerja yang baru. Awal perpindahan beliau ada juga beliau menhubungi aku, tetapi tidaklah boleh aku reply teks dia selalu kerana isteri orang. Selepas itu aku tidak lagi membalas teks yang dia hantar kepada aku.

Bermacam yang aku dengar tentang perihal dia di sana. Ada juga rakan-rakan sepejabat yang berceritakan kepada aku bahawa beliau cuba menghubungi mereka. Tetapi masing-masing juga tidak mempedulikan beliau ini, kebanyakannya tidak lagi percaya dengan apa yang beliau ceritakan.

Sejak kebelakangan ini, kerap juga dia teks pada aku. aku sekadar endah tidah endah sahaja membalas teks beliau ni. Bukan apa, sekadar berhati-hati dengan apa yang telah terjadi sebelum ini. Bukan tidak ingin berkawan dengan beliau tetapi apa yang telah terjadi sebelum ini, membuatkan aku tidak lagi sudi berbual-bual dengan beliau. Sekadar jalan berhati-hati.

Bermacam yang berlaku disekeliling aku sekarang ni, ada juga yang makan hati akibat daripada perbuatan rakan sepejabat dan hampir sebulan juga belia menjauhkan diri daripada orang-orang yang telah melukakan hati dia ni. Aku sekadar memerhati dan menasihati sahaja. Hati dah terluka, apa pun dah tidak mahu dengar lagi.

Seperti tidak di waktu dahulu di mana ada kedengaran gelak tawa dan guraun daripada mereka. Sekarang sekadar bertgur sahaja. Tiada lagi kedengaran perbualan mereka yang dahulunya sentiasa kedengaran apabila waktu rehat.

Dalam beberapa ketika sahaja macam-macam yang berlaku tanpa kita duga.


Ahad, 16 November 2014

Permulaan Dan Pengakhiran.

Assalammualaikum.

Keadaan dalam diri aku sekarang bercampur baur. Adakah betul tindakan yang aku lakukan, dengan memberikan keputusan begitu. Mungkin betul, kerana tidak mahu melihat kekecewaan juga kesedihan.

Aku sedar aku bukan seorang yang betul-betul sempurna dan boleh memberikan segala kemahuan. Aku punya tanggungjawab yang perlu aku tangani. Di dalam diri ini, tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa. Banyak menda yang perlu aku hadapi.

Tidak pula dapat aku menipu diri aku dengan apa yang ada dalam diri aku, perasaan sayang dan juga rindu. Tetapi sesuatu perlu dilakukan, kerana aku tidak berdaya lagi untuk menahan rasa sakit dan tidak lagi terdaya melihat penderitaan yang dihadapi.

Terpaksa juga aku melemparkan jauh perasaan aku supaya tidak ada lagi hati yang terluka dengan pendirian diri aku. Terluka dengan tanggungjawab yang aku pikul. 

Aku mengerti apa yang dia rasa selama ini, aku hanya menutup mata dan telinga untuk tidak mendengar segala keluhan hati dia. Aku bukan seorang yang kejam sehingga tidak memperdulikan apa yang dia rasa. Hanya, aku tidak mampu memberikan lebih, sekadar yang termampu sahaja. Aku telah lakukan yang terbaik untuk dirinya, dan ternyata memang tidak mencukupi dan sentiasa ada keluhan, malah tidak terdaya menghindar pergaduhan.

Walaupun perkara tersebut sekecil kuman, tetapi boleh menjadi sebesar gajah. Sesuatu perlu dilakukan agar dia tidak berasa seperti yang dia rasa sebelum ini. Walaupun pahit untuk aku membuat keputusan tetapi ia perlu dilakukan demi kebaikan diri masing-masing.

Keputusan telah dilakukan, tidak boleh lagi pandang kebelakang. Penipuan semata dalam diri aku yang aku tidak punya sebarang rasa kecewa atau terkilan. nTerpaksa jua aku pejamkan mata, bekukan hati aku agar tidak merasa terkilan yang teramat.

Maaf kan aku.

Rabu, 12 November 2014

Pertolongan.

Bagaimana yer ingin aku memulakan cerita ini.

Perkara ini rentetan daripada permintaan seorang sahabat pada tahun sebelum ini, bukan pada tahun lepas. Aku sentiasa ingat perkara ini kerana membuatkan aku sedikit berasa marah.

Seorang sahabat telah bertemu aku bagi meminta pertolongan bagi format semula desktop beliau. Pernah aku nyatakan pada beliau, bahawa dia perlu membawa desktop dia ke tempat kerja. dia menjawab "baiklah",

Aku sekadar menanti sahaja beliau membawa desktop tersebut, sehingga hari ini. Apa yang aku kecewakan sangat adalah, di laman facebook beliau tiba-tiba ingin naik hangin dan menuduh aku tidak mahu membantu beliau, perlukah aku datang ke rumah beliau untuk melakukan kerja pembaikan tersebut? Bukan kah kita perlu membawa desktop ke kedai untuk dibaiki?

Hari ini, beliau bertemu dengan aku dan meminta pertolongan sekali lagi. Apa yang menarik, hari ini beliau ingin memberikan hard disk sahaja kepada aku. dan aku hanya perlu format hard disk tersebut. 

"ikut kat hang lah......", malas aku ingin layan karenah orang-orang yang begitu sikapnya.

P/S: kalau ada yang terasa aku minta maaf..

Tahun Sepi

Assalammualaikum.

Tahun 2014, mungkin satu tahun yang aku betul sunyi dari update blog ini. Agak bersawang. Mungkin kerana aku tidakm punya idea untuk mengarang di dalam blog ini.

Sebenarnya banyak juga aktiviti yang aku lakukan sepanjang tahun. mungkin akibat kekangan kerja yang banyak menjadikan aku terlupa untuk singgah melayari dan membelek-belek blog aku ini.

Mungkin tahun berikutnya aku cuba aktive menulis dalam blog ini, tetapi apa yang aku pandang dan dalam pemikiran aku sahaja. Dah nama pun DI MATA KU.

Stop dulu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...