Assalammualaikum kawan-kawan.
Hari ini saya agak berminat dengan satu artikal dalam sebuah majalah tempatan. Di dalam Al-Quran, dan juga di dalam kisah-kisah nabi, ada haiwan-haiwan yang dibutkan dan diceritakan di dalamnya, dan juga mempunyai peranan mereka sendiri dalam kisah-kisah itu.
Gagak.
Aku memang pernah tahu kisah ini, sebenarnya peranan burung ini amat besar pada ketika itu. Tetapi sekarang ini kita sekadar melihat burung gagak ini satu jenis burung yang bawa masalah pada kita. Manakan tidak, kadang-kadang mereka ini mengotorkan kawasan sekitar dengan sampah sarap yang dibawa.
Kisah yang yang melibatkan burung gagak ini ada ketika berlaku pembunuhan pertama dalam sejarah manusia, yang mana Habil menjadi mangsa kepada abangnya sendiri Qabil akibat daripada rasa tidak puas hati dengan keputusan yang telah dibuat.
Yang mana pada ketika itu Qabil terasa buntu bagaimana ingin menyempurnakan jenazah adiknya. Maka ditutuskan oleh Nya sepasang gagak dan memberikan ilham bagaimana mahu menguruskan jenazah adiknya.
"lalu Allah mengutuskan seekor burung gagak yang mengorek-ngorek di bumi untuk memperlihatkan kepadanya cara menimbus mayat saudaranya. Qabil berkata "Aduhai celakanya aku, alangkah lemah dan bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti gagak ini, supaya dapat aku menimbus mayat saudaraku", [Al-Ma'idah 5:31]
Hudhud.
Antara kisah yang aku minati dahulu, kisah Nabi Sulaiman.
Tatkala Nabi Sulaiman sedang memeriksa para perajurit dalam batalion unggas, baginda menyedari ketiadaan hudhud. Pada mulanya baginda bukan sekadara murka, malah mengecam dengan hukuman berat hatta disembelih andainya hudhud tidak dapat memberikan jawapan yang sahih dan kukuh tentang ketidakhadirannya.
Namun keadaan berubah apabila hudhud menyampaikan berita bahawa dia telah bertemu dengan sebuah kerajaan Saba' yang pada ketika itu di bawah pemerintahan seorang ratu dan belum mendapat hidayah.
Boleh dibaca dalam surah al_Naml ayat 20-23.
Burung Ababil.
Kisah sebelum kelahiran Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad. Di mana, terdapat sebuah kerajaan yang rajanya amak cemburukan Makkah. Dan telah menghantar bala tentera bergajah dengan niat memusnahkan kaabah.
Burung-burung Ababil ini telah menggempur tentera Abrahah dengan batu-batu daripada neraka al-Sijjil. Natijahnya pasukan tentera Abrahah menjadi seperti daun-daun yang dimakan ulat.
"tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah lakukan kepada angkatan tentera bergajah? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang merugikan dan memusnahkan mereka?
Dan Dia telah menghantarkan kepada mereke burung-burung ababil. yang melontar mereka dengan batu-batu daripada sejenis tanah yang dibakar keras. Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai-kecai seperti daun kayu yang dimakan ulat", [al-Fil 105:1-5]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan