Ahad, 16 November 2014

Permulaan Dan Pengakhiran.

Assalammualaikum.

Keadaan dalam diri aku sekarang bercampur baur. Adakah betul tindakan yang aku lakukan, dengan memberikan keputusan begitu. Mungkin betul, kerana tidak mahu melihat kekecewaan juga kesedihan.

Aku sedar aku bukan seorang yang betul-betul sempurna dan boleh memberikan segala kemahuan. Aku punya tanggungjawab yang perlu aku tangani. Di dalam diri ini, tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa. Banyak menda yang perlu aku hadapi.

Tidak pula dapat aku menipu diri aku dengan apa yang ada dalam diri aku, perasaan sayang dan juga rindu. Tetapi sesuatu perlu dilakukan, kerana aku tidak berdaya lagi untuk menahan rasa sakit dan tidak lagi terdaya melihat penderitaan yang dihadapi.

Terpaksa juga aku melemparkan jauh perasaan aku supaya tidak ada lagi hati yang terluka dengan pendirian diri aku. Terluka dengan tanggungjawab yang aku pikul. 

Aku mengerti apa yang dia rasa selama ini, aku hanya menutup mata dan telinga untuk tidak mendengar segala keluhan hati dia. Aku bukan seorang yang kejam sehingga tidak memperdulikan apa yang dia rasa. Hanya, aku tidak mampu memberikan lebih, sekadar yang termampu sahaja. Aku telah lakukan yang terbaik untuk dirinya, dan ternyata memang tidak mencukupi dan sentiasa ada keluhan, malah tidak terdaya menghindar pergaduhan.

Walaupun perkara tersebut sekecil kuman, tetapi boleh menjadi sebesar gajah. Sesuatu perlu dilakukan agar dia tidak berasa seperti yang dia rasa sebelum ini. Walaupun pahit untuk aku membuat keputusan tetapi ia perlu dilakukan demi kebaikan diri masing-masing.

Keputusan telah dilakukan, tidak boleh lagi pandang kebelakang. Penipuan semata dalam diri aku yang aku tidak punya sebarang rasa kecewa atau terkilan. nTerpaksa jua aku pejamkan mata, bekukan hati aku agar tidak merasa terkilan yang teramat.

Maaf kan aku.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...