Selasa, 20 Jun 2017

Ada Betulnya Di Situ.



Subuh selepas hari raya, saya menyapa seorang jiran yang bersolat jemaah subuh bersama saya, "Anak cucu ramai balik, penuh rumah agaknya,  Mak Lang. "Dia membalas, "Mak Lang dah siap awal, Mak Lang dah tempah homestay.  Mak Lang suruh yang lelaki tidur di homestay,  tinggal anak isteri saja di rumah Mak Lang.  Bimbang balik beraya buat dosa, dosa melihat aurat ipar lamai,  sepupu, biras. "

Cerita balik raya di kampung memang seronok tetapi hakikatnya mudah terpalit dosa jika tidak dirancang.  Apa tidaknya bila beberapa keluarga berhimpun dalam satu rumah,  tidur bergelimpang hingga ruang tamu kerana tak cukup bilik, akan berlakulah penampakan aurat ipar,  sepupu,  biras dsbnya masa tidur,  keluar bilik mandi,  masa menyusu badan.  Kalau dah tidur,  tetaplah terbuka aurat.

Paling resah adalah wanita yang kena berbungkus 24 jam kerana sentiasa ada orang yang bukan mahram diselilingnya,  rimas,  panas.  Ditambah pula beratur di bilik mandi.  Inilah cerita tidak seronok balik kampung beraya yang tidak terzahirkan kerana nak jaga hati banyak pihak,  tetapi wanita yang solehah tetap berkorban demi menjaga hati suami dan mentua serta ipar. 

Namun suami yang perihatin dan mentua yang mengambil berat sepatutnya mengambilkira persediaan menyambut kepulangan anak cucu dan menantu agar berhimpun untuk beraya tidak terpalit dosa.

Suami yang perihatin sepatutnya mengambilkira untuk tetap menyembunyi aurat isteri,  meringankan pengorbanan kena berbungkus 24 jam.

Tindakan Mak Lang itu adalah sesuatu yang betul. Zaman dulu dimana masalah aurat tidak diberi penekanan,  hal ini diremehkan.  Tetapi pada kita yang sentiasa menjaga aurat, jangan diambilmudah bila beraya bersama ipar lamai, sepupu, biras kerana hukum aurat tidak berubah dlm situasi apa pun. 

Nak jaga hati emak dan mentua, bukan bermakna boleh main cincai dlm masalah aurat, boleh lebih kurang, biar tidur bersesak, terselak sana sini, asal boleh tidur. Pemisahan lelaki wanita yang bukan mahram tetap kena berlaku dan diutamakan dari soal kekeluargaan.

Maka menyedia ruang pemisahan ini wajib atau mengasing dengan menyewa homestay atau hotel,  walaupun belanja tinggi tetapi itu lebih baik dari sekali terpandang aurat ipar atau sepupu atau yang lain yang bukan mahram. Bukan sahaja bila balik beraya, bahkan bila berkampung kerana kenduri kendara.
Keadaan seperti ini sudah menjadi kebiasaan bila berkumpul beramai-ramai di kampung halaman.Walaupun ianya satu kenangan manis namun perlu ada ruang pemisah di antara yang bukan mahram.
Jangan ambil mudah soal aurat,  kasihanilah isteri anda dan anak dara anda,  kerana suami juga tetap terseret jika aurat isterinya terdedah jika dia tidak bersedia mengelaknya. 

Kisah Tsalabah bin Abd Rahman yang terlihat betis wanita bukan mahramnya, merasa amat berdosa lalu mengasing diri ke gua hingga nabi menemuinya, adalah contoh betapa beratnya dosa melihat aurat wanita bukan muhrim(hadis ini dikatakan daif tetapi boleh jadikan teladan). Jangan balik beraya,  menggendong dosa.

Jangan peduli sindiran orang yang menyebut, "balik kampung tapi tidur homestay, hotel", kerana mereka mungkin tidak faham kita nak mengelak dari terbuat dosa. Selain itu faktor keperluan untuk mandi manda dan membuang air juga penting kerana itu keperluan hidup yang boleh menjejas kesihatan.

Kesimpulannya, apa juga yang kita buat, jangan kadar merancang untuk melaksanakannya, tetapi rancanglah supaya apa yang dibuat menjadi kebajikan, apa yang dibuat terelak dari dosa. 

Bantulah isteri anda dlm memelihara auratnya, bahkan memelihara aurat isteri itu satu kecemburuan y:ang mandatory, yang wajib dilaksanakan. Wallahu a'lam

Isnin, 19 Jun 2017

Drama Sangat

Salam Ukhwah.

Post kali ini bukanlah satu post yang penting mana pun, Kerana sahaja ingin berkongsi cerita dan apa yang sedang aku alami sekarang ini.

Begini, perkenalan aku dengan partner aku. Menjadikan aku melayan kebanyakan drama-drama television sekarang. Pada waktu sebelum, aku bukanlah seorang yang mengikuti drama-drama tv. Lebih suka menonton movie.  Yang tiada berepisod.

Bagi aku, apabila kita menonton drama tv, dan telah mengikuti beberapa episod. Pasti akan terjadi, kita terikat dengan drama-drama tersebut. Ini kerana ingin mengetahui lebih lanjut apa yang akan terjadi seterusnya.

Pada waktu aku menulis blog ini. Antara drama yang sedang ditayangkan dan menjadi ikutan penonton dan menjadi viral di alam maya, dan aku mengikuti drama tersebut. Antaranya adalah, Andainya takdir, Semusim Rindu dan lain2. Kenapa aku meletakan dua drama ini sahaja? Kerana dua drama ini sahaja yang menarik minat aku untuk terus menonton.

ANDAINYA TAKDIR.

sedikit sinopsis tentang drama ini, aku sekadar berkongsi sahaja,



Drama ini mengisahkan tentang ketabahan seorang wanita bernama Fatihah, yang cuba mempertahankan rumah tangganya bersama Airil. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri bernama Aleeya. Kehidupan mereka sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil. Bukan itu saja, Fatihah juga sering dipukul.

Fatihah yakin dia mampu bertahan dengan sikap suaminya itu hanya kerana Aleeya. Kesengsaraan Fatihah bukan hanya kerana suaminya saja, tetapi ibu mertuanya Normah, seorang yang keras kepala, suka menghasut dan berprasangka buruk terhadap Fatihah. Normah sememangnya tidak disenangi oleh orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat.

Fatihah tidak terlepas menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang oleh Normah. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya dan perkara itu membuat Fatihah berasa terpinggir.

Tidak kurang penderitaannya, Fatihah juga mempunyai adik iparnya Norlin, seorang yang obses kepada kanak-kanak. Dia amat mencemburui kecantikan Fatihah dan rezeki Fatihah kerana mempunyai zuriat. Seperti ibunya, Norlin juga bermulut jahat dan suka menghasut.

Walaupun Airil panas baran dan sering memukul Fatihah, jauh disudut hati dia amat menyayangi Fatihah. Tetapi dia tidak tahan dengan sikap cemburu butanya. Kerana sayangnya pada Fatihah, Airil cuba mengubah sikapnya.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni? Saksikan drama menarik ini di saluran Samarinda TV3.
 
 
Dan satu lagi drama yang aku ikuti setiap hari:
 
SEMUSIM RINDU



 
Drama ini mengisahkan tentang Hajar Adira (Intan Ladyana) yang telah kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun lagi, sejak itu dia tinggal bersama-sama dengan ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Oleh kerana tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilaluinya selama 5 tahun, Hajar telah nekad untuk melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar telah hilang punca tanpa mengetahui arah yang perlu  dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan pasangan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat.
Muncul pula Ikhman (Ben Amir), lelaki yang amat suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun disebabkan keegoannya yang tinggi telah menjadi penghalang untuknya  berterus-terang. Pertemuaan diantara mereka itu juga telah membuka jalan untuk Hajar bertemu semula dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun untuk mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar.
Hajar dan Ikhman pula telah setuju untuk disatukan walaupun, Hajar masih sangsi akan perasaannya. Perkahwinan mereka telah berlangsung dengan syarat, yang mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin.
 Sekian, jom layan Drama.
#dramasangat

Selasa, 13 Jun 2017

10 Artis Malaysia Dengan bilangan Followers

Sekarang ini, Instagram menjadi satu laman sosial yang diminati oleh mereka yang suja berkongsi cerita melalui gambar. Aku juga memiliki account tersebut dengan jumlah pengikutnya yang suam-suam kuku sahaja. Bagi aku, memiliki Instagram sekadar suka-suka dan berkongsi dengan rakan-rakan tentang aktiviti yang aku lakukan.

Tetapi golongan artis sudah pasti mendapat jumlah pengikut yang agak tinggi. Setakat ini, kedudukan mereka seperti di bawah,

10. Yana Samsudin ( 3'093'618 follower)



9. Rozita Che Wan ( 3'191'822 follower)



8. Awal Ashaari (3'313'600 follower)


7. Elfira Loy (3'562'782 follower)


6. Hanis Zalikha ( 3'615'768 follower)


5. Scha Alyahya (3'840'808 follower)


4. Dato' Siti Nurhaliza (3'964'294 follower)


3. Zizan Razak (4'225'747 follower)


2. Neelofa (4'820'687 follower)


1. Nora Danish (4'843'620 follower)





dan akhir sekali, bukanlah artis sekadar org biasa, tidak terlibat di mana-mana senarai pun,
"hahahahahaha........................",

000. Faizal Danny ( 3'288 follower)




Yang Jelek.

Makin diam makin menjadi, Kalau serang pula nanti, salahkan kita.
Maaf jika TERMAKAN CHILI.


Di mana jua kita berada, pasti tidak lari dari hubungan sesama manusia, dari rakan pejabat hingga ke pelanggan. Apabila kita di luar waktu pejabat pula, kita akan berhubung dengan orang lain yang dipanggil jiran atau komuniti setempat sama ada kampung atau taman perumahan.

Kadang-kadang terdapat juga mereka-mereka yang sedikit tidak ada rasa ingin menjaga hubungan sesama sendiri. 

Sebenarnya, aku ingin luahkan sedikit rasa kecewa dan rasa tidak puas hati. Manakan tidak, kes aku boleh sampai ke daerah-daerah lain.

Beberapa minggu yang lepas, seorang sahabat aku dari daerah lain, telah menghubungi aku dan bertanya dengan nada marah.
"zal, kenapa engkau nak berhenti kerja?',
"Bila pula aku cakap aku nak berhenti kerja?', ujar aku.


Dan perbualan kami berlanjutan dan sedikit sebanyak aku tahu cerita tersebut berpunca dari mana. Selama ini aku tidak pernah kacau urusan dan kerja orang lain, walaupun aku mengetahui. Aku juga tahu kelebihan dan kekurangan orang lain, tetapi tidak pula aku menyampai-nyampaikan keburukan orang lain ke orang lain. 
"Maruah dia kot?",

Begitulah manusia, lebih-lebih lagi yang memegang title Melayu. Ada sahaja yang tidak berpuas hati, dan bercerita perihal orang lain menjadi rutin dan kemestian apabila bertemu. Tidak ada perkara lain yang lebih utama dan berfaedah yang ingin dibincangkan.

Bukan sekali perkara ini berlaku, telah berkali-kali. Aku sekadar mendiamkan diri sahaja, malas ambil tahu. Tetapi, bukan aku nak berbaik dengan orang yang seperti itu. Yang tidak sedar akan diri sendiri.

Dan, ada lagi satu perkara.

"JANGAN IKUT PERANGAI BURUK"

Yang ini juga satu hal, ini juga jenis mulut orang-orang yang tidak sedarkan diri. Nampak kesalahan orang lain tetapi kesalahan diri dia sendiri yang amat menyerlah tidak pula dia sedari. Orang melihat dan orang juga akan menilai.

Tidak pernah aku  tidak mengaku dengan kesalahan-kesalahan yang pernah aku lakukan. Tetapi tidak perlu nak bercerita satu kampung. Bukankah perkara itu mengaibkan orang. Boleh sahaja aku aib kan dia. Bukan susah untuk aku melakukan perkara itu, sekadar dihujung jari. Ingin sahaja bercerita di dalam kawasan komuniti. bila-bila masa juga boleh. Tetapi untuk apa.

Memang orang Melayu macam tu ke?

Kalau difikirkan teramat sakit di dalam hati ini. biarlah, bukan Tuhan itu tidak ada.

 



Isnin, 12 Jun 2017

Menjelang Syawal 1439H

Tahun ini, 2017. bertambahnya umur aku. bertambah tua lah juga diri aku ini. Masih juga membujang dan masih juga mencari siapa gerangan yang ingin menghuni hati aku.
"argghhh..... biarkan sahaja, kalau ada rezeki, ada lah nanti",
Bukankah aku perlu berusaha mencari, kerana ia bukan datang bergolek. biarkan lah. banyak perkara yang perlu aku selesaikan.

Syawal tahun ini, kemungkinan besar adik beradik aku akan beraya bersama di teratak ibu aku. Alhamdulillah, mungkin meriah tahun ini. Kerana ada penambahan ahli dalam keluarga aku. Sudah ada empat orang anak saudara aku. Bila pula aku ada anak sendiri kan?

Biar tuhan tentukan.


Ini dia anak saudara aku,  dah hampir setahun dah umur dia ni, merupakan anak kepada adik aku yang bongsu. Agak manja juga dengan aku. Kekadang aku pula yang terasa rindu pada dia ni,

Lupa pula nak bagitahu nama dia ni, Mohammad Rizki Farish.



Yang budak perempuan ni pula, anak kepada adik aku yang nombor tiga. aku lupa nama penuh dia ni,
Qisya jer yang aku ingat, 
"hahahahaha....... ", ketawa.
Yang ini, bukan anak saudara aku. tetapi anak partner aku, Iman luthfiya.

terasa kekok ingin menulis semula ni kan, kena asah balik kepala aku ngan ayar-ayat. dan aku juga kurang membaca sekarang ni. Memang kena membaca semula.

Assalammualaikum,
Salam 17 Ramadhan 1439.

Terasa rindu pada blog  aku ini yang telah lama aku tinggalkan. tetiba sahaja teringat kembali kerana seorang kenalan aku telah bertanyakan tentang perihal blog aku ini.

"Ya, ada", jawab aku. dan aku menerangkan bahawa aku ketandusan idea untuk menulis dan mengarang. Masihkah ada lagi pengikut blog aku ni?

Entah lah, kerana terlalu lama  aku tinggalkan ia bersawang dan berhabuk.

Mungkin sahaja aku terlalu sibuk mengejar hal-hal kerja hakiki dan kerja part time aku.

mungkin banyak perkara yang ingin aku kongsikan di sini.

Aku cuba buat yang terbaik.

Kerana di sini aku meluahkan segala apa yang ada di dalam hati aku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...