Subuh selepas hari raya, saya menyapa seorang jiran yang
bersolat jemaah subuh bersama saya, "Anak cucu ramai balik, penuh rumah
agaknya, Mak Lang. "Dia membalas,
"Mak Lang dah siap awal, Mak Lang dah tempah homestay. Mak Lang suruh yang lelaki tidur di homestay, tinggal anak isteri saja di rumah Mak
Lang. Bimbang balik beraya buat dosa,
dosa melihat aurat ipar lamai, sepupu,
biras. "
Cerita balik raya di kampung memang seronok tetapi
hakikatnya mudah terpalit dosa jika tidak dirancang. Apa tidaknya bila beberapa keluarga berhimpun
dalam satu rumah, tidur bergelimpang
hingga ruang tamu kerana tak cukup bilik, akan berlakulah penampakan aurat
ipar, sepupu, biras dsbnya masa tidur, keluar bilik mandi, masa menyusu badan. Kalau dah tidur, tetaplah terbuka aurat.
Paling resah adalah wanita yang kena berbungkus 24 jam
kerana sentiasa ada orang yang bukan mahram diselilingnya, rimas,
panas. Ditambah pula beratur di
bilik mandi. Inilah cerita tidak seronok
balik kampung beraya yang tidak terzahirkan kerana nak jaga hati banyak
pihak, tetapi wanita yang solehah tetap
berkorban demi menjaga hati suami dan mentua serta ipar.
Namun suami yang perihatin dan mentua yang mengambil berat
sepatutnya mengambilkira persediaan menyambut kepulangan anak cucu dan menantu
agar berhimpun untuk beraya tidak terpalit dosa.
Suami yang perihatin sepatutnya mengambilkira untuk tetap
menyembunyi aurat isteri, meringankan
pengorbanan kena berbungkus 24 jam.
Tindakan Mak Lang itu adalah sesuatu yang betul. Zaman dulu
dimana masalah aurat tidak diberi penekanan,
hal ini diremehkan. Tetapi pada
kita yang sentiasa menjaga aurat, jangan diambilmudah bila beraya bersama ipar
lamai, sepupu, biras kerana hukum aurat tidak berubah dlm situasi apa pun.
Nak jaga hati emak dan mentua, bukan bermakna boleh main
cincai dlm masalah aurat, boleh lebih kurang, biar tidur bersesak, terselak
sana sini, asal boleh tidur. Pemisahan lelaki wanita yang bukan mahram tetap
kena berlaku dan diutamakan dari soal kekeluargaan.
Maka menyedia ruang pemisahan ini wajib atau mengasing
dengan menyewa homestay atau hotel,
walaupun belanja tinggi tetapi itu lebih baik dari sekali terpandang
aurat ipar atau sepupu atau yang lain yang bukan mahram. Bukan sahaja bila
balik beraya, bahkan bila berkampung kerana kenduri kendara.
Keadaan seperti ini sudah menjadi kebiasaan bila berkumpul
beramai-ramai di kampung halaman.Walaupun ianya satu kenangan manis namun perlu
ada ruang pemisah di antara yang bukan mahram.
Jangan ambil mudah soal aurat, kasihanilah isteri anda dan anak dara
anda, kerana suami juga tetap terseret
jika aurat isterinya terdedah jika dia tidak bersedia mengelaknya.
Kisah Tsalabah bin Abd Rahman yang terlihat betis wanita
bukan mahramnya, merasa amat berdosa lalu mengasing diri ke gua hingga nabi
menemuinya, adalah contoh betapa beratnya dosa melihat aurat wanita bukan
muhrim(hadis ini dikatakan daif tetapi boleh jadikan teladan). Jangan balik
beraya, menggendong dosa.
Jangan peduli sindiran orang yang menyebut, "balik
kampung tapi tidur homestay, hotel", kerana mereka mungkin tidak faham
kita nak mengelak dari terbuat dosa. Selain itu faktor keperluan untuk mandi
manda dan membuang air juga penting kerana itu keperluan hidup yang boleh
menjejas kesihatan.
Kesimpulannya, apa juga yang kita buat, jangan kadar
merancang untuk melaksanakannya, tetapi rancanglah supaya apa yang dibuat
menjadi kebajikan, apa yang dibuat terelak dari dosa.
Bantulah isteri anda dlm memelihara auratnya, bahkan
memelihara aurat isteri itu satu kecemburuan y:ang mandatory, yang wajib
dilaksanakan. Wallahu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan